Episode 7

1.1K 22 0
                                    

“Dengar sini! Saya tak tahu siapa awak! Dari mana asal usul awak! Tapi apa yang saya tahu, awak jangan sesekali ganggu saya lagi, jangan cuba-cuba ikut ke mana saja saya pergi! Faham!” entah syaitan mana yang menghasut Eric waktu itu, dia sendiri tidak pasti. Apa yang pasti dia begitu tidak selesa dengan perasaan yang dialaminya ketika itu.

“Eric! Tak baiklah you buat macam ni dekat dia,” Tengku Amanina yang mengikut Eric ketika itu langsung tidak menyangka lelaki yang menjadi sahabat baiknya selama ini bersikap sekasar itu. Dia kenal Eric, memang lelaki itu agak dingin tetapi lelaki itu bukan jenis yang suka meninggikan suara dengan orang sebarangan tanpa sebab yang munasabah.

“Tak baik you cakap! You tahu tak, perempuan ni menakutkan! Ke mana saja I pergi I pasti akan terjumpa dengan dia, kalau tak dia ikut I macam mana dia boleh ada di mana saja I ada, dan satu lagi apa sahaja yang berlaku pada I dia mesti tahu! Menakutkan you faham tak!” suara Eric begitu kuat. Langsung tidak mempedulikan bahawa mereka sedang berada di perpustakaan ketika itu. Walaupun ada suara yang melarang namun semua itu langsung tidak diendahkan.

“Kan aku dah beritahu kau! Perempuan ni obsess dengan kau!” suara Ferhad pula kedengaran. Serentak itu satu tamparan kecil singgah di lengannya. Tengku Amanina menjeling tajam. Tidak suka dengan sikap Ferhad yang seakan-akan sedang menuang minyak ke atas api.

“Kalau saya beritahu, bukan saya yang ikut awak, macam mana? Awak percaya?” akhirnya Ardiana bersuara. Dia bangun dari kerusi lalu mengadap memandang lelaki yang sedang merenung bengis ke arahnya.

“Habis tu saya yang ikut awak?”

“Kalau saya katakan semua tu hanyalah takdir macam mana?” soal Ardiana sekali lagi. Lelaki di hadapannya direnung dengan mendalam dan penuh makna.

“Mengarut sajala! Habis tu yang awak telefon dan kacau saya malam-malam buta tu? Takdir juga ke? Dah! Saya tak nak dengar cakap mengarut awak ni lagi! Ingat! Saya bagi amaran! Jangan cuba ikut saya lagi! Faham!” Eric melangkah meninggalkan Ardiana sendirian. Mata-mata nakal mula memandang kepadanya dengan pandangan yang serong. Tiba-tiba Ardiana berlari pantas.

“Awak kena hati-hati! Hati saya berasa tak sedap dalam dua tiga hari ni! Macam ada sesuatu yang tak diingini akan berlaku! Awak kena hati-hati!” laung Ardiana dengan kuat. Air mata mula bergenang di tubir matanya. Bagaimana harus dia jelaskan semua yang terbuku di dalam hatinya ketika itu.

Putera Eric Zulkarnai berhenti melangkah buat seketika. Namun dia langsung tidak menoleh. Selepas itu dia kembali menyambung langkahnya. Ada perasaan aneh sekali lagi menyusup masuk ke sanubarinya. Tiba-tiba muncul perasaan sedih yang sukar untuk dia mengertikan. Kenapa dia harus sedih? Adakah dia sedang melakukan perkara yang salah? Adakah gadis itu sebenarnya langsung tak bersalah.

KEABADIAN CINTA  (ERIC & ARDIANA)Where stories live. Discover now