Episode 10

1.5K 24 1
                                    

Putera Eric Zulkarnai melabuhkan punggung di atas bangku kayu di sebelah Putri Ardiana Aryasha. Jarak mereka agak jauh ketika itu. Waktu itu, perasaannya mula diruntun rasa sebak. Gadis yang jauh termenung yang langsung tidak menoleh memandangnya diamati lama. Akhirnya air mata lelakinya jatuh membasahi pipi.

“Baby sihat?” dia terus bertanyakan soalan.

“Baby? Arwah ayah cakap, arwah ibu yang beri gelaran tu pada Ardiana, kata dia itu panggilan manja Ardiana dan juga panggilan yang…."

“Along guna untuk panggil adik kembar kesayangan Along dulu kan?” dia menyambung kata-kata Putri Ardiana Aryasha. Ardiana hanya mendiamkan diri. Lama kelamaan terdengar esakan kecil dari arah gadis itu.

“Along minta maaf! Along ingat-ingat lupa, Along langsung tak ingat nama sebenar Baby, masa tu umur kita baru tiga tahun, Along langsung tak ingat yang Along sebenarnya ada adik kembar. Walaupun kadang-kadang bayang-bayang kita bersama kerap muncul, Along tak dapat nak bezakan sama ada benda itu realiti ataupun hanya fantasi Along,”

Akhirnya Putri Ardiana Aryasha menoleh. Wajah lelaki yang begitu dirinduinya diperhati lama. Air mata yang mengalir hanya dibiarkan sahaja tanpa diseka. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia merindui kembarnya itu. Insan yang selalu wujud di dalam hatinya. Yang sentiasa dia merasakan kehadirannya walaupun jarak antara mereka begitu jauh. Naluri dia terhadap abang kembarnya itu begitu kuat.

“Dah berapa lama Baby tahu Along ni kembar Baby?”

“Dua tahun!” jawab Putri Ardiana Aryasha jujur. Semenjak dia tahu, kembar yang dia cari selama ini adalah Putra Eric zulkarnai, dia sering kali menjadi bayang-bayang lelaki itu. Walaupun pertemuan mereka tanpa dirancang, tetapi mereka sering kali bersua tanpa dipinta.

“Dua tahun? Dan Baby hanya diamkan diri! Langsung tak beritahu Along perkara yang sebenar?” hati Putra Eric zulkarnai semakin pilu. Pedih hatinya bila memikirkan perasaan adik kembarnya yang terpaksa menanggung hakikat itu sendirian tanpa diluahkan. Betapa adiknya begitu menyayangi dan merinduinya selama ini.
“Baby tak tahu nak cakap macam mana? Tapi Baby bahagia kalau dapat tengok Along bahagia!” jawab Ardiana teresak-esak. Tanpa ragu-ragu lagi Eric terus mendapatkan Ardiana lalu diraih gadis itu ke dalam pelukannya. Dahi gadis itu beberapa kali dikucup dengan penuh kasih sayang dengan penuh rasa rindu yang terpendam. Sesungguhnya perasaanya selama ini tidak pernah menipu. Perasaan yang dia rasa apabila berdekatan dan bersentuhan dengan gadis itu sebenarnya perasaan yang wujud disebabkan mereka mempunyai hubungan yang begitu erat. Rupa-rupanya gadis yang

“Baby sayangkan Along!”

“Iya! Along juga sayangkan Baby!” pelukannya semakin dieratkan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan yang dirasai oleh mereka berdua ketika itu. Putri Ardiana Aryasha! Adik kembar yang selama ini dia tidak menyedari akan kewujudannya. Putera Eric zulkarnai bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk dia bertemu semula dengan satu-satunya insan yang pengikat hubungan cinta sejati antara arwah ayah dan ibunya.

KEABADIAN CINTA  (ERIC & ARDIANA)Where stories live. Discover now