Episode 5

1K 22 0
                                    

Ardiana termenung sendiri. Tiba-tiba hatinya diruntun rasa pilu. Pilu bila teringatkan kembali peristiwa dahulu. Peristiwa yang banyak meninggalkan kesan di dalam kehidupannya. Dulu dia bukannya seorang yang pendiam seperti sekarang. Kata Ibu Zaleha, dia dahulunya seorang yang ceria, suka bercakap tidak kira masa. Namun segala-galanya mula berubah setelah kematian ayahnya. Ayahnya yang mati akibat menghidap penyakit berbahaya membuatkan dia terus berubah. Dia tiba-tiba sahaja memencilkan diri. Hidup dalam dunianya sendiri malah begitu pendiam. Bercakap bila perlu sahaja. Perwatakan tersebut terus dibawa sehingga ke alam dewasa.

“Ardiana!” suara yang cukup dikenalinya mula kedengaran.

“Ada apa ibu?” Ardiana menyembunyikan sekeping gambar lama di tangannya ke belakang. Dia tidak mahu wanita yang banyak berjasa kepadanya itu sedih pula melihat keadaannya.

“Ardiana buat apa lagi kat sini, dah  ni sayang, masuk ke dalam,” arah Ibu Zaleha, wanita yang mengambil alih rumah anak yatim tersebut setelah kematian ayah Putri Ardiana Aryasha. Dahulu rumah anak-anak yatim ini diuruskan sendiri oleh arwah ayah Ardiana. Siapa bilang dia tiada asal keturunan. Dia ada ayah dan dia begitu jelas dengan asal keturunannya. Walaupun sejak kecil dia memang dibesarkan di sini, tetapi dia adalah anak pemilik rumah anak-anak yatim ini yang kini diserahkan kepada sahabat baik arwah ayahnya, Ibu Zaleha. Walaupun pelbagai tanggapan yang dibuat oleh masyarakat sekeliling mengenai status sosialnya, dia langsung tidak ambil peduli. Yang penting dia tahu siapa dirinya yang sebenar.

“Ardiana masuk dulu ibu,”Ardiana meminta diri lalu melangkah meninggalkan Ibu Zaleha yang hanya memandangnya sambil menggelengkan kepala beberapa kali.

“Leha tak tahu lagi apa yang harus Leha lakukan untuk kembalikan Ardiana sama seperti waktu kanak-kanak dulu Syam, Leha gagal untuk buatkan dia kembali ceria seperti dulu!”

KEABADIAN CINTA  (ERIC & ARDIANA)Where stories live. Discover now