Episode 8

1.1K 20 0
                                    

“Alhamdulillah Eric dah sedar,” Tengku Badariah terus memeluk erat cucu kesayangannya. Sudah beberapa hari cucunya itu tidak sedarkan diri setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

“Eric kat mana ni nenek?” tanya Eric sambil memegang kepalanya yang berbalut.

“ Dekat hospital. You accident la Eric! You dah takutkan semua orang tahu tak! Macam mana you boleh bawa kereta dalam gelap tanpa buka lampu!” marah Tengku Amanina. Namun dia begitu gembira apabila sahabatnya itu sudah sedarkan diri.

“Macam mana keadaan cucu saya doktor?” soal Tengku Badariah sebaik sahaja melihat seorang doktor masuk ke bilik cucunya dan ditemani dua orang jururawat.

“Alhamdulillah cucu Tengku dah sedar, mengikut pemeriksaan saya sebelum ni, tak ada kecederaan yang serius, dia hanya kehilangan banyak darah saja, nasib baik ada insan yang baik hati sudi dermakan darah memandangkan jenis darah yang dimiliki oleh cucu Tengku ni susah untuk didapati, dekat hospital masa tu pun darah jenis tu memang dah berkurangan,” doktor tersebut berterus terang.

“Siapa yang baik hati tu, saya teringin nak kenal dengan dia, nak ucapkan terima kasih,” Tengku Badariah bertanya lagi.

“Maaf, saya diminta merahsiakan perkara tersebut,” doktor itu berterus terang. Eric pula terdiam seribu bahasa. Hatinya mula terdetik sesuatu.

“Doktor, orang yang dermakan darah untuk saya tu perempuan kan? Tinggi, putih, cantik orangnya, dan dia bertudung kan?” entah dari mana semua itu datang Eric sendiri tidak pasti. Apa yang pasti dia hanya terfikirkan gadis itu. Memang dia hanya terfikirkan gadis itu sahaja. Gadis yang sudah lama tidak dilihatnya. Gadis yang sentiasa melarikan diri apabila mereka terserempak semenjak peristiwa di perpustakaan dahulu.

“Doc please!” rayu Eric apabila dia melihat doktor tersebut seakan-akan masih lagi enggan memberitahu perkara yang sebenar. Dengan berat hati, akhirnya doktor tersebut mengangguk. Eric tersenyum dan tanpa dia sedari air matanya tiba-tiba gugur tanpa dia pinta.

“Kenapa? Eric kenal ke?”

“Putri Ardiana Aryasha nenek! Perempuan satu kolej dengan Eric,” giliran Tengku Amanina pula bersuara.

“Putri Ardiana Aryasha?” serta merta wajah Tengku Badariah berubah.

KEABADIAN CINTA  (ERIC & ARDIANA)Where stories live. Discover now