Episode1 (part3)

1.3K 28 0
                                    

"Kau kenal dengan minah tu?" Ferhad lebih dulu menyoal. Setahu dia Eric ni perangai dia lebih kurang sahaja dengan gadis tadi. Harapkan muka sahaja kacak tetapi pendiam dan agak sombong. Sampai sekarang Ferhad dan Hakim tidak tahu bagaimana dia boleh berkawan dengan lelaki itu.

"Sejak bila kau bercakap dengan perempuan ni? Tak ke kau takut dengan perempuan?" Hakim memberikan soalan maut. Eric terus menjeling tajam. Faham sangat dengan soalan yang sengaja memerli dirinya.

"Ni aku nak tanya, siapa perempuan tu?" soalan balas daripada Eric sekali lagi membuatkan Ferhad dan Hakim melopong buat kali kedua. Seakan-akan tidak mahu mempercayai apa yang baru sahaja keluar dari mulut sahabatnya yang dingin itu.

"Kau ni nak buat lawak pun agak-agak la, takkan kau tak kenal kot, habis tu macam mana dia boleh bagi kau ubat ni, siap tahu lagi kau demam, kau ngigau ek?" Ferhad tak puas hati.

"Lawak apa benda pulak ni, aku tahulah dia pelajar kat sini, Id kad dia kan tersangkut kat leher dia tadi, aku pun selalu saja nampak dia dalam dua tahun kita belajar kat sini, masalahnya dia tu siapa? Apa nama dia?" Eric mula meluaskan biji matanya dengan harapan kawan karibnya yang berdua itu tidak lagi main-main dalam menjawab soalan yang dia kemukakan.

"Betul kau tak kenal ni?" soal Hakim pula.

"Aku tak ada masa nak buang masa beharga aku dengan kenal budak-budak perempuan dekat sini, faham!" Eric melenting. Ubat yang berada di atas meja dicapainya. Waktu itu timbul satu perasaan halus yang menyelinap masuk ke dalam badannya sehinggakan bulu romanya tiba-tiba berdiri. Satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Malah mindanya mula teringat kembali bagaimana dia boleh membalas senyuman gadis itu kembali setelah gadis itu tersenyum kepadanya. Apa yang dah jadi dengan dia?

"Habis tu yang tadi kau tersenyum kat dia kenapa?" Ferhad tetap melontarkan soalan. Tak puas hati dengan jawapan yang dia terima sebelum ini.

"Dah dia senyum dekat aku, jadi aku senyumlah dekat dia," bersahaja Eric menjawab.

' "Betul kau tak kenal?" Hakim mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Memang ajaib! Ataupun mereka berdua sebenarnya saling mengenali antara satu sama lain namun pura-pura tidak kenal sewaktu di kampus bagi mengelakkan gosip liar menular di sini.

"Ah, malas aku nak layan korang, pening kepala aku yang memang dah pening ni, aku nak balik, petang ni aku tak masuk kelas, penat!" Eric bangun dari kerusi lalu melangkah meninggalkan kawan-kawannya yang masih lagi terpinga-pinga tanpa jawapan.

"Woit! Tunggu!" Serentak mereka berdua turut bangun dari tempat duduk lantas mengejar Eric yang sudah agak jauh meninggalkan mereka.

KEABADIAN CINTA  (ERIC & ARDIANA)Where stories live. Discover now