Sara tertawa terbahak bahak apabila melihat cerita komedi yang dipasang oleh Ammar.Diantara mereka semua yang menonton itu sara la orang yang paling kuat gelak.Entah apa yang menggeletek hatinya sehingga gelaknya melampau lampau.
"Oi kuatnya gelak seronok sangat ke tengok cerita ni?" Tegur seseorang dari belakang Sara sambil menepuk bahu sara.Untung sara tidak terkejut.
"Engkau lagi." Kata Sara sambil menayangkan muka menyampahnya.
Aliff hanya tersengih seperti kerang busuk.Dia langsung tidak terasa dengan kata kata Sara kerana dia bukan kesah pun Sara hendak cakap apa tentang dirinya yang pasti dia ikhlas berkawan dengan Sara.
Sara melihat Aliff yang kini duduk disebelahnya itu.Hm tiada apa apa ditangannya.PELIK.Bukankah slalu nya Aliff akan membawa makanan kemana mana? Dia dan makanan bukankah tidak boleh dipisahkan? Fikir Sara sehingga dahinya berkerut.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Aliff apabila menyedari Sara memandangnya dengan dahi yang berkerut seolah olah sedang memikirkan jawapan bagi soalan kbat."Nothing." Jawab Sara lalu matanya kini kembali tertumpu pada screen tv.
Aliff hanya mengangkat bahu sahaja melihat gelagat Sara.Tangannya menyeluk poket seluar track nya itu.
Sara kembali memandang Aliff apabila dia menyedari Aliff tidak reti mahu duduk diam.Kelihatan tangan Aliff sedang menyeluk poket seluarnya seperti mahu mengambil sesuatu dari dalam poketnya.
"Agak dah!" Kata Sara setelah melihat apakah barang yang dikeluarkan oleh Aliff itu.
"What?" Tanya Aliff pelik apabila Sara berkata sebegitu.Apa yang sudah diagaknya?
'Ingatla makanan dengan dia dah boleh dipisahkan rupanya tak.Bermakna tepat la tekaan aku , dia ini tak makan tak sah!'
"Nothing" Jawab Sara ringkas sebelum dia menyambung menonton tv.
"Eh awak memang suka cakap nothing nothing eh?Tak ada ayat lain ke?" tanya Aliff apabila dia menyedari bahawa Sara sengaja tidak mahu bercakap dengannya.Apa salahnya?
"Suka hati aku la nak cakap apa.Mulut pun mulut aku.Susahkan kau ke?" Soalan ditanya dengan soalan semula.
Makanan ditangan Aliff dirampasnya dan dikunyah perlahan.Walaupun hanya oat crunch perisa dark chocolate dia hanya makan sahaja asalkan ia makanan.
'Dia ni diet ke apa tetiba makan oat ? selalu jajan . Hm lantak la nasib kau la liff makan depan aku siapa suruh kan dah kena rembat.'
"Eh tu kan biskut saya." kata Aliff apabila makanannya dirampas oleh Sara.
"so what?Ada aku kesah?" kata Sara selamba menayangkan muka innocentnya itu.
aliff tersenyum memandang Sara.Sara yang perasan akan kelakuan Aliff itu terus menjeling Aliff tak semena mena dia berhenti mengunyah dan menghabiskan oat tersebut.
"Kau kenapa pandang aku senyum senyum?" tanya Sara apabila dia merasa tidak selesa dengan senyuman Aliff itu.
"Tak ada apa..Cuma tak sangka awak nak makan makanan saya.Seolah olah awak sudi nak berkongsi makanan dengan saya." kata Aliff. makin bertambah senyumannya di bibir itu.
Tersedak Sara mendengar kata kata Aliff itu.Segala isi perut nampaknya sudah bergelojak mahu keluar.
"tolong sikit eh , aku makan ni pun sebab aku lapar . Tak ada makna nak kongsi dengan kau please la ei nak muntah pulak." Kata Sara membuat memek muka seperti hendak muntah.Biskut yang tersisa di letak semula disebelah Aliff dan berlalu pergi.Eh tak sanggup dia mahu menghabiskan biskut tersebut.Penyesalan menyelubungi diri.
'Tulah Sara main rembat lagi makanan orang tengok sekarang kau dah menyesal makan.'
• • •
"Fuh ya tuhan aku harap esok aku tak akan jumpa dia lagi . Minta dijauhkan la " Sempat Sara berdoa semasa dalam perjalanan menuju ke biliknya.
Sara pun meneruskan langkahnya.Tiba tiba langkahnya terhenti apabila dia perasan sesuatu yang perlu dia ketahui dari ekor matanya.
"Eh eh aku macam nampak something tadi.. Hm reverse reverse" Sara berjalan mengundur dan melihat sesuatu yang sepatutnya dia lihat.Rasa macam melepas pula kalau tidak lihat.
"Hm dah agak dah mesti dating!Dating dah tak ajak."Omel Sara apabila melihat 2 sosok manusia yang berlainan jantina sedang sibuk memandang langit.
"apa yang diaorang tengok kat atas tu?" Fikir Sara lalu dia juga turut mendongak ke atas.Hm gelap.Tiada apa yang menarik perhatian untuk diperhatikan.
"Woi! Kau buat apa pandang atas?Ada bintang jatuh ke?Cepat make a wish"Sergah Diena dari belakang dan terus menggengam tangannya bersedia untuk membuat permintaan.Hampir gugur jantung nya apabila disergah Diena begitu.
"Kau kenapa?Tak reti bagi salam dulu ke?Jangan nak merepek la mana ada bintang jatuh.Tak payah nak make a wish sangat la macam la aku tak tau kau nak wish yang zaim masuk meminang kau." Bebel Sara kepada Diena.
"Eh kau tau la ish tak best betul.Hm tak ada bintang jatuh ke?Hm takda jodoh." Ujar Diena sambil membuat muka pasrah.
"Tak payah nak pasrah sangat laa..Kau bukan kat dalam bilik ke nak tidur?Asal ada kat sini?"Tanya Sara.Pelik kerana dia fikir Diena sudah pun tidur.
"Aku nak cari kau orang la..Tau tak dah lewat malam? Waktu masuk tidur laa !" kaat Diena dengan mimik muka marahnya.Marah macam tak marah sahaja lagaknya.
"Oh aku nak masuk bilik la ni tapi yang sana tu kau tak nak ajak sekali ke?" Tanya Sara sambil memuncungkan mulutnya ke arah sosok tubuh yang masih memandang langit.Macam patung pun ada tak bergerak gerak.
"Em yang tu pandai pandaila masuk sendiri.Aku tak nak kacau daun , diaorang tengah sibuk ukur jodoh dia orang la tu." Kata Diena membuat hipotesis sendiri.Ikut sedap mulut dia sahaja bercakap.
"Tak habis habis dengan jodoh kau tu." kata Sara lalu mengikut langkah Diena yang sudah beberapa tapak jauh darinya menuju ke bilik mereka.
YOU ARE READING
#2 VIRUS OF RABIES: (LET'S BEGIN)
Mystery / ThrillerKini semua nya terletak pada anggota HAZAZ.Mati atau hidup?Sesiapa pun tidak mengetahuinya.Nyawa terancam.Semakin banyak dugaan dan rintangan yang harus dihadapi.Apakah mereka berjaya? •Sambungan #1 VIRUS OF RABIES : (ADVENTURE COMING) SOME PARTS A...