"Saya apa!" Suara Uncle Kamal naik seoktaf.Terkejut mereka dek kerana suara Uncle Kamal yang kuat itu.
Ketukan di pintu kedengaran.Tania menghembuskan nafas lega.Untung ada yang mengganggu , at least tidak la dia perlu menjawab soalan Uncle Kamal.
"Er Sir,boleh kami masuk?" Tanya Asyraf.Mereka semua memandang Asy dan Myra yang berada disebelah Asyraf.
Semua memandang pelik apabila melihat Asyraf bersama Myra.Like seriously?
Intan hanya memandang melalui ekor matanya . Ah malas la nak tengok.
Tak penting."Silakan.Ya kenapa Asyraf ? Myra ?"
Uncle Kamal kembali kepada suara normalnya.Tidak setinggi seperti tadi.Masalah Tania diketepikan dahulu."Em Sir sebenarnya Asy dia nak minta izin dengan Sir dia nak bawa saya..."
• • •
Asyraf memberhentikan langkahnya apabila kini dia berada betul betul di hadapan bilik pejabat Uncle Kamal.
Myra mula tidak sedap hati.Mengapa dirinya dibawa kesini? Terus sahaja tangannya ditarik supaya dapat lepas dari pegangan Asyraf.
Asyraf menoleh memandang Myra.
Pelik."Aik? Tak suka kena pegang ke?" Kerutan di dahi Asyraf mula kelihatan.
'Gila tak suka? Ofc suka!'
"Bukan tak suka.Tapi kenapa awak bawa saya kesini?Awak tipu saya eh!?"
Asyraf tergelak kecil.
'Alahai jangan la gelak macam tu.Awak buat saya hilang keraguan dekat awak la.Aku gelak pun still tak comel macam dia.'
"Saya bawa awak ke sini sebab nak minta kebenaran dekat Sir bawa awak keluar.Ni kan dah lewat petang.Takut Sir tiba tiba cari saya.Saya tak ada pula."
Myra memandang riak wajah Asy yang tenang itu.Haih sejuk mata memandang.Hilang terus rasa curiga dalam diri pada Asy.
"Dah jom masuk."
Myra mengangguk.
Pintu pun diketuk.
• • •
"Em Sir sebenarnya Asy dia nak minta izin dengan Sir dia nak bawa saya..."
Belum sempat Myra menghabiskan ayatnya sudah dipotong oleh Asyraf.
"Saya datang sini bawa Myra sebab saya nak buat aduan dengan Sir tentang Myra."
Myra memandang Asy dengan tanda tidak percaya.Riak wajah Asyraf sudah bertukar kembali dingin dan serius tidak seperti tadi yang menghadiahkannya senyuman juga gelak tawanya.
"Apa awak cakap ni?"
Asyraf langsung tidak memandang Myra.Matanya fokus memandang Uncle Kamal.
"Aduan apa Asyraf?" Uncle Kamal mula beriak serius.Haih belum satu masalah selesai sudah datang lagi satu masalah.
"Saya tidak mahu Myra sekumpulan dengan saya lagi Sir."
Semua memandang Asyraf dengan riak muka sedikit terkejut.Tetapi berlainan dengan Myra.Riak muka nya jelas terkejut dan mempamerkan berjuta juta rasa.
"Apa awak cakap ni Asy?Awak kata dekat saya tadi lain ! Awak kata awak nak minta izin Sir bawa saya date kan?!"
Muka Myra mula memerah tanda marah.Apa semua ni?
Yang lain terkejut mendengar kata kata Myra.Date? It's mean dating? Berdua? Dengan Myra? Asyraf dah buang tabiat ke?
"Tu cuma lakonan." Jawab Asy bersahaja.Muka innocent ditayangnya.
"Maksud awak?"
Asyraf mengeluh.Haih apa lembap sangat otak minah ni berfungsi.
"Ini cuma muslihat untuk bawa kau datang sini."
Muka Myra sudah merah semerah merahnya.Amarahnya membuak buak.Jadi dari tadi dia diperbodohkan oleh Asyraf.
Crushnya sendiri.
Hancur hatiku."Kenapa bawa saya datang sini?"
"Dengan perangai kau pagi tadi dah cukup buat aku rasa yakin untuk tak bersekumpulan dengan kau."
Mendengar setiap bait bait kata Asyraf bagai menghancurkan hati sendiri.Sudah la hancur berkecai dek ditipu ditambah pula dengan penukaran bahasa diri 'aku kau' makin hancur woi!
"Perangai apa yang kamu buat pula ini Myra?!" Uncle Kamal mula berang.Ada sahaja la budak budak ini buat perangai.
"Tak cukup Tania , Kamu Myra! Pun nak juga buat perangai buruk kamu tu ke?"
Herdik Uncle Kamal.Tahap kesabarannya sudah makin tipis.Yang lain terkejut mendengar herdikan Uncle Kamal.First time beb!Menggeletar lutut.
"Sudah! Kamu Tania dan Myra . Jelaskan dengan saya sekarang apa yang kamu berdua telah lakukan semasa menjalankan tugas.
Terangkan dengan JUJUR!"• • •
Masalah selesai juga akhirnya selepas mereka berdua berterus terang apabila Sir mendesak.Tania dan Myra juga sudah diberi hukuman atas tindakan yang mereka telah lakukan.
Sempat Tania dan Myra menjeling kearah mereka semua.Tatapan penuh dendam menghiasi anak mata mereka.
Mereka hanya membuat tidak endah sahaja dan berlalu keluar dari pejabat Uncle Kamal.Tahu la Uncle Kamal apa yang perlu dia lakukan.
• • •
"Em sekejap."
Belum sempat Intan mengikuti langkah langkah teman temannya yang dilihatnya makin menjauh tangannya sudah ditarik dari belakang.Menghalang dari terus melangkah pergi.
Intan memandang tangannya yang dipegang oleh seseorang sebelum dia merentap kasar.
• • •
Woah guys I'm so impressed !
U guys r so sporting ! Thankyou for the 5 votes! 💋So how about we try to reach 10 votes?
Next target : 10 votes
And i will continue❤️
YOU ARE READING
#2 VIRUS OF RABIES: (LET'S BEGIN)
غموض / إثارةKini semua nya terletak pada anggota HAZAZ.Mati atau hidup?Sesiapa pun tidak mengetahuinya.Nyawa terancam.Semakin banyak dugaan dan rintangan yang harus dihadapi.Apakah mereka berjaya? •Sambungan #1 VIRUS OF RABIES : (ADVENTURE COMING) SOME PARTS A...