9

238 22 2
                                    

"Apa apa jela malas nak layan orang macam awak" kata Irani lalu terus berjalan ke hadapan.Baru beberapa tapak ke hadapan tiba tiba kakinya lemah.Menggeletar lututnya dirasakan. Tak ! Ini tak mungkin !

"Berhenti tiba tiba ni kenapa?Tadi nak sangat blah."Iril mendekati Irani.

"Ril,mana diaorang semua?" Kedengaran getaran suara Irani seakan akan takut.

                 Iril memandang sekeliling.Ya baru dia sedar bahawa mereka sudah tiada.Dan kini hanya mereka berdua sahaja yang tertinggal di belakang.

"Ni semua salah awak! Kalau awak tak kacau saya tadi mesti sekarang kita tak kena tinggal dengan diaorang semua." Irani mendengus marah.Ya ! Ni semua sebab mamat ni yang sibuk nak kacau dia.Semua sebab dia!

"Eh salah i sorang jeke? Kalau u tak layan i semua pun tak akan jadi macam ni." Iril mempertahankan dirinya.Sesenang mulut dia je nak salahkan aq sepenuhnya.

"Tak ! Semua ni salah awak juga!" Irani masih tetap dengan pendiriannya.

"Daripada sibuk nak berdebat salah siapa lebih baik kita cari diaorang semula." Irani menjeling Iril.Masih sakit hati kerana lelaki ini.

"Nak cari macam mana?" Tanya Irani.Iril maju ke hadapan sedikit.

"Kita ikut tanda yang diaorang buat untuk jalan balik.Dari situ mungkin kita akan jumpa diaorang." Iril memandang Irani yang berjalan menghampirinya itu.

"Tapi apa tandanya? Saya tak nampak apa apa tanda pun." Keluh Irani.Janganla mereka sesat disini.Dia tidak mahu.

"Tu." Tunjuk Iril kepada salah sebuah batang pokok yang besar di sebelah kanan mereka itu.Terdapat kesan torehan yang ditanda untuk jalan pulang.

Irani tersenyum. Nampaknya mimpi ngerinya tidak akan berlaku.Dia pun menyusuli langkah Iril yang sudah mendahuluinya itu.

● ● ●

"Eii mana diaorang ni?Saya penat la dari tadi berjalan aje." Keluh Irani.Kakinya sudah sengal sengal kerana berjalan mengikuti Iril.Aih mamat ni tak penat ke? Kaki kayu ke apa?

                        "Kejap lagi nampak la diaorang tu." Singkat Iril membalas . Dia masih meneruskan perjalanannya tidak menghiraukan Irani yang sudah ditinggalkannya dibelakang.

                          "Penat la!Awak tu tak penat ke? Kaki jenis apa awak ni? kaki kayu ke ? " Langkah Iril tiba tiba mati. Dia memusingkan badannya lalu berjalan mendekati Irani.

                      Irani hanya melihat sahaja Iril menuju ke arahnya sebelum dirinya dirasa kan tidak memijak lagi di tanah bumi itu.

                     "Arghhh!!!Lepasla eii lepaskan saya la!" Irani memukul mukul bahu Iril sekuat hatinya.Minta dilepaskan.Tetapi seperti tiada apa apa kesan pada Iril.

                      Semakin lama semakin perlahan Irani memukul Iril.Penat tangannya memukul bahu si lelaki ini.Apalah kudrat seorang perempuan dibandingkan dengan lelaki.Tetapi Lelaki ini tidak sakitkah? Rasanya sudah cukup kuat Irani memukul.

                   "Aih? Dah tak nak pukul lagi ke?Sedap la macam kena urut." Iril ketawa kecil.Sengaja diperlinya si Irani ini.Sudah cukup baik dia mahu mendukung Irani di belakang badannya. Kalau ringan tak mengapa juga ini sudahla berat rasa macam dukung anak gajah pun ada juga.

                     "Lepas la." Iril tidak memberi sebarang reaksi.Masih seperti patung hidup.

                    " tadi kata penat sangat sekarang dah dukung suruh lepas pula.Eh u ni boleh tak diam? Cukup baik i dukung u tau.At least u dah tak payah nak jalan sepatutnya u kesiankan kat i yang kena dukung u ni.Ringan tak apa juga ni dah la berat.U makan apa? Makan gajah eh?" Irani menjulingkan matanya ke atas.

'Dah start dah dia nak membebel'

                   "Siapa yang suruh awak dukung saya?Tak suruh en?" Irani membidas kata kata Iril.Dia juga tak mahu kalah.

                 "Ok fine nak sangat turun.Ha turun la." Hampir sahaja Irani terjelupuk ke tanah akibat Iril yang tiba tiba melepaskannya. Untung sempat dia mengimbangi badannya itu.

                 Irani menjulingkan matanya ke atas lagi.Wahai hati sila kau bersabar dengan mamat kerek ni.

'Haih susah betulla nak tackle perempuan ni.Aku baru nak jadi sweet sikit.'

• • •

           "Kau pergi mana tadi Tania?" Tanya Eirfan yang menyedari Tania baru sahaja muncul di sebelahnya itu.

            "Eh sibukla kau ni.Aku pergi cari bahan la.Kau ingat aku pergi mana?" Tania menjeling Eirfan tetapi senyuman dibibir Tania mencurigakan Eirfan.Kemanakah sebenarnya Tania menghilang?

#2 VIRUS OF RABIES: (LET'S BEGIN)Where stories live. Discover now