"Ikut saya." Myra terkebil kebil memandang Asyraf.
'Gosh!Seriously?dia suruh aku ikut dia? Nak kemana? Date ke? '
"Kemana?" Tanya Myra lembut.Suaranya sengaja dilunakkan.
"Ikut je la" jawab Asy dingin.
'Yeke date ni? Kalau betulla dia ajak aku date eii seriously tak sweet langsung!Ajak date pun perlu ke dingin dingin? Cuba senyum sikit.Pamerkan senyuman manis awak yang mencairkan hati saya ni.'
"Yang tercegat kat sana tu kenapa?" Tanya Asy yang sudah menapak jauh dari Myra.
"Bagitau dulu nak kemana." Kata Myra sambil memuncungkan mulutnya kehadapan.Boleh kot sangkut hanger baju.Acah merajuk!
"Banyak bunyi la dia ni." Kutuk Asyraf tetapi dapat didengari oleh Myra.
"Awak kalau nak ajak saya ikut awak baik awak bagitau awak nak bawa saya kemana? Date eh? Kalau date memang saya nak tapi please romantik sikit la kalau nak ajak tu." Omel Myra .Mulutnya masih dimuncungkan.
Asy mendekati Myra.
Dan berhenti betul betul dihadapan Myra.Dia menunduk sedikit dan mendekatkan wajahnya ke Myra.
Terkebil kebil Myra memandang Asy.Tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang ini.
BAGAI DALAM MIMPI!Bibirnya didekatkan ke telinga Myra.Wajahnya cukup dekat dengan Myra.Sekilas mungkin ada yang tersilap mentafsir bahawa dia sedang berciuman dengan Myra.
"Yes.I wanna date with u.Jom?"
Myra mula menguntumkan senyuman.Hatinya berbunga bunga tak disangka bahawa ini akan menjadi kenyataan.
"Asy?!!"
Asyraf terus sahaja menjauhkan dirinya dari Myra apabila namanya diseru.Dia seperti kenal suara itu.
Myra dan Asyraf memandang ke arah pemilik suara tersebut.
Myra merengus kasar.
'Dammit ! Kacau line !'
• • •
"Hey! Jangan tarik I la ! Sakit tangan I Iril!" Terjerit sedikit Tania apabila tangannya direntap kasar oleh Iril setelah dia baru sahaja turun dari kereta.
"Kau jangan melawan.Aku nak bawa kau jumpa Sir.Kita selesaikan dekat sana." Kata Iril kasar.Bahasa diri pun sudah ditukar kepada 'kau aku' .Rasanya tak perlu kot bersopan kata kata dengan perempuan begini."I kata I tak nak jumpa Sir! I tak buat salah apa apa lah!!!" Tania memberontak.
Iril langsung tidak mempedulikan kata kata Tania.Dia masih menyeret Tania menuju ke bilik yang dijadikan pejabat Sir.
" Iril please.I merayu I tak nak jumpa Sir.Please Ril." Tidak guna dia memberontak Iril pasti tidak akan melayannya.Dan kini hanya dengan rayuan sahaja yang diharapkan bahawa Iril melepaskannya.
"Buat salah pandai!Tanggung tak pandai?!" Pedas kata kata Iril.Menusuk ke dalam hatinya.DUSH DUSH DUSH.
Semua orang yang berada di rumah agam itu melihat Tania yang seperti ditangkap polis sahaja lagaknya.Merayu rayu meminta dilepaskan.
"Eh kau tengok tu.Tu Tania kan?"
"Haah la"
"Kenapa dia kena tarik kasar dengan Iril?"
"Mesti ada apa apa ni kan?"
Tania membuat tidak endah sahaja.Yang penting dia harus mendapatkan simpati Iril.Ya dia tidak boleh berjumpa Sir!Entah apa la nasibnya nanti setelah Sir mengetahui segalanya.Mungkinkah dia akan dibuang dari rumah agam ini dan menjadi makanan untuk zombie zombie di luar sana?
YOU ARE READING
#2 VIRUS OF RABIES: (LET'S BEGIN)
Mystery / ThrillerKini semua nya terletak pada anggota HAZAZ.Mati atau hidup?Sesiapa pun tidak mengetahuinya.Nyawa terancam.Semakin banyak dugaan dan rintangan yang harus dihadapi.Apakah mereka berjaya? •Sambungan #1 VIRUS OF RABIES : (ADVENTURE COMING) SOME PARTS A...