Bab 1

86 5 2
                                    

Raysha mencapai beg sekolahnya di atas meja.Sarapan yang disediakan tidak dijamah.Dia terus laju mengayuh basikalnya ke sekolah.

Raysha mengeluh.Lambat lagi...
Namanya dicatat oleh seorang pengawas yang bertugas. "Raysha..ini kali kelima awak datang lambat.Kenapa?" Tanya pengawas itu.Raysha memutarkan bebola matanya.Kenapalah lelaki ni yang jaga pagar hari ini? Dah takde pengawas lain ke?

"Maaflah ye Haziq..Kau tak payah sibuklah nak tahu apa sebab aku lambat.Kau buat je kerja kau tu." Haziq tertawa kecil. "Inikan kerja saya..Itulah saya nak minta sebab.
Awak ingat saya kisah sangat pasal awak? Tak langsung." Raysha menjeling tajam.Malas dia melayan malaun ni.

"Tak payah tulis..nanti aku bagitau sendiri kat cikgu.Apa denda aku?" Mendatar sahaja nadanya.Terlepas lagilah dia subjek Sains kesukaannya. "Disebabkan ini kali kelima awak datang lambat..Awak kena cuci tandas perempuan blok D petang ni." Haziq ketawa melihat Raysha yang sudah terbuntang matanya. "Ap..Apa?? Tandas blok D?!" Itulah tandas paling sunyi dan ditakuti.

Ramai orang ada ternampak 'benda' di disitu.Dia ingin sangat meraung di situ sekarang. "Yelah2.." Lemah longlai dia pulang ke kelas.Haziq hanya tersenyum melihat Raysha pergi. "Raysha..comelnya dia."

**************

Loceng terakhir berbunyi.Semua pelajar bangun dan memberi salam.Semua pelajar gembira untuk pulang kecuali dia. "Tidakk!!" Dia menjerit.Dia sudah tidak kisah mata yang memerhatinya.Raysha menyandang begnya dan lambat2 turun ke bawah.

Kakinya berhenti di hadapan tandas blok D itu.Terus seram sejuk rasanya.Dia menarik nafas dan menghembusnya. "Raysha..kau boleh! Jangan takut!" Dia mengambil berus dan sabun di dalam stor.Kaki kanannya melangkah masuk ke dalam tandas.

Mata itu hanya memerhati Raysha mencuci tandas.Dia tertawa kecil melihat muka Raysha yang berasa jijik melihat tandas.Raysha memberus lantai sekuat hatinya.Kakinya makin ke belakang dan ke belakang.Tanpa dia sedari, ada baldi penuh air di belakangnya.Splasshh!!

Bajunya yang putih menjadi coklat.
Rambutnya basah sedikit.Raysha yang berasa sangat penat dan tertekan terus menangis.Terhinjut-hinjut bahunya menangis.Sedih betul dia. "Raysha?" Dia mengangkat mukanya.Haziq yang masih memakai baju sekolah menghulurkan tangannya untuk membantu Raysha.

'Alamak..malunya aku! Haziq nampak aku nangis! Oh no..' Raysha mengelap air matanya dan menyambut huluran Haziq. "Kenapa awak menangis ni Raysha?" Jantungnya tadi seperti berhenti seketika apabila melihat Raysha jatuh tadi.Hatinya sayu melihat Raysha menangis seorang diri.

"Kau pula kenapa tak balik lagi? Menyibuk je." Raysha hanya menunduk kerana malu.Haziq hanya tersenyum manis. "Raysha Elina..saya kan tanya soalan dulu.Awak kenalah jawab.Lepas tu, baru saya jawab." Raysha menjeling Haziq kerana memanggil nama penuhnya.Mamat ni memang suka panggil nama penuh aku ni kenapalah?

"Suka hatilah aku nak nangis ke apa? Apa kau kisah?"

"Sebab saya kisahkan awaklah saya tanya dan sebab saya kisahkan awaklah saya nak tengok awak cuci tandas ni.Mula2 saya rasa nak tolong.Tapi, bila tengok kesungguhan awak..saya tak tolonglah." Haziq masih tersenyum manis.Ini lagi satu, mamat ni pun suka sangat senyum.Ada masalah ke apa?

Raysha terkelu seketika mendengar kata2 Haziq. "Kk.. Kau bukan nak tengok aku terseksa ke? Kau mesti suka, kan?" Haziq menggeleng. "Raysha Elina..tak baik bersangka buruk tau.Saya bukan jenis macam tu." Raysha memutarkan bebola matanya.Haziq melihat jam tangannya.
Sudah 1 jam lebih waktu sekolah tamat.

Haziq menarik Raysha keluar dari tandas. "Kau buat apa ni?" Marah Raysha.Matanya membuntang melihat Haziq menyambung tugasannya.Dia menyinsing lengan bajunya dan segera memberus seluruh tandas dan menjirus dengan laju.Semuanya sangat bersih.Haziq meletakkan semula berus dan sabun di stor.

Haziq menyandang beg sekolahnya dan Raysha "Kenapa kau-" Haziq menarik tangannya tanpa sempat dia habiskan ayatnya. "Kau nak bawa aku ke mana ni?" Haziq memberikan dia senyuman sekilas sebelum menghampiri pondok telefon.

****************
Sorry kalau x best ye..Jgn lupa vote ye!!✌

Oh Cinta, Jangan Pergi!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang