Bab 7

33 3 0
                                    

Raysha berlari laju ke arah mereka.Dia merasakan sangat takut.Takut....untuk melihat keadaan..... Naufal. "Woi, korang buat apa ni?!" Jerit Raysha.Keempat-empat budak lelaki popular itu memandang Raysha tajam.Salah seorang dari mereka menghampiri Raysha. "Well, well, well..siapa lagi kalau bukan Raysha Elina yang cantik ni." Zhariff menarik dagu Raysha untuk bertentang mata dengannya.

Muka Raysha sudah merah kerana malu dan marah. "Kau diamlah!" Raysha menepis tangan Zhariff dan terus menghampiri Naufal.Zhariff tersenyum sinis.Dia pernah meluahkan cintanya pada Raysha tapi ditolak mentah2.Dia berasa sangat malu kerana rakan2nya ketawakan dia.Semenjak itu, dia berasa benci dengan Raysha.

Raysha membelek muka Naufal yang sudah lebam2, luka di muka dan tangan. "Na..Naufal..kau okay ke tak? Sakit sangat ke?" Naufal hanya mengerang kesakitan.Raysha berasa sedih melihat keadaan Naufal yang teruk.Matanya sudah bergenang. "Raysha, buat apalah kau nak backup budak cacat ni? Muka je handsome, tapi tangan berkudis! Jijik aku!" Kata2 Zhariff diikuti dengan ketawa kawan2nya.Zhariff menunjal kepala Naufal beberapa kali. "Dahlah bisu, ada hati nak jadi budak popular kat sekolah!" Zhariff menyepak kaki Naufal kuat. "Aargghh.." Naufal mengaduh kesakitan.

Raysha berasa sangat geram.Dia mengepal penumbuknya....dan....Zhariff jatuh ke tanah sambil memegang perutnya.Tiga kawan Zhariff menghampiri Raysha.Raysha pantas menyepak kepala salah seorang dari mereka.Dua orang lagi dia tumbuk di perut juga.Mereka semua mengaduh kesakitan.Zhariff yang masih sakit perlahan menghampiri Raysha. "Heh..hebat juga kau ye.Tak sangka." Pang!! Naufal dan ketiga-tiga kawan Zhariff terkejut.

Berpinar-pinar mata Raysha.Kesakitan menyengat pipinya.Bibirnya yang pecah mengalirkan darah sedikit. Matanya bergenang sedikit.Dia cuba tahan daripada mengalirkan air mata.Dia tidak mahu tampak lemah.Raysha tersenyum sinis. "Itu jeke? Tak sakit langsung." Zhariff mendengus marah. "Kau jangan cabar aku." Zhariff dan kawan2nya berlalu pergi.Air mata Raysha mengalir sedikit.

Dia menghampiri Naufal. "Kau okay ke? Kau nak aku bawa kau pergi klinik ke?" Suara Raysha serak menahan tangisan.
Raysha melihat muka, kaki dan tangan Naufal.Dia berasa sebak melihat keadaan Naufal. "Kenapa...kenapa diorang mesti buli kau?" Raysha sudah tidak dapat menahan air matanya.

Air matanya mengalir deras. "Kenapa, kau?" Perasaan Raysha bercampur baur.Rasa kasihan pada Naufal dan rasa sakit pipi dan mulutnya.Terhinjut-hinjut bahunya. "Ra..Raysha...ja..janganlah nangis.." Kata Naufal lemah.Dia cuba menghampiri Raysha walaupun sakit. "Naufal! Kau jangan bergerak! Kau tu sakit, tau tak?!" Raysha menangis lagi.Tidak sanggup dia melihat Naufal yang merangkak atas rumput.

Raysha mengambil telefonnya dan mendail nombor Puan Mariam. "Mama..." Raysha menangis lagi.

**************

Doktor Syakilla menutup pintu bilik wad Naufal. "Macam mana dengan dia doktor?" Tanya Puan Mariam. "Alhamdulillah, tidak ada kecederaan dalaman.Cuma lebam2 yang agak teruk.Mungkin ambil beberapa minggu untuk hilang.Saya perasan masih ada lebam2 lama yang masih belum hilang.Boleh saya tahu kenapa?"

Raysha dan Puan Mariam saling berpandangan. "Maafkan kami doktor.Sejujurnya kami tak tahu.Kami baru sahaja berjiran.Kebetulan anak saya jumpa dia dekat taman permainan." Doktor Syakilla berasa ragu.Takut dua orang di hadapannya ini menipunya.Dia takut ini adalah kes dera. "Boleh ke saya percayakan Puan? Puan ada bukti?" Puan Mariam mengeluarkan IC nya. "Kalau doktor tak percaya, doktor pegang IC saya dulu dan saya akan panggil ibu bapanya ke sini secepat mungkin."

Doktor Syakilla mengangguk perlahan. "Baiklah.Saya pegang IC Puan." Puan Mariam mengucapkan terima kasih. "Boleh saya melawat dia sekarang?" Raysha yang dari tadi diam menyampuk. "Boleh.Silakan." Doktor Syakilla berlalu pergi. "Sha, mama pergi balik rumah sekejap.Mama kena panggil mak ayah dia.Mesti diorang risau.Sha temanlah Naufal tu ye? Nanti apa2 mama call." Raysha mengangguk. "Sha tak nak letak ubat ke kat bibir tu? Berdarah lagi tu."

"Nantilah.Mama pergilah.Nanti jumpa." Puan Mariam mengucup dahi Raysha dan terus berlalu pergi.Raysha menguak pintu bilik wad Naufal.Dia menghampiri Naufal yang masih tidur.Dia duduk di kerusi bersebelahan katil. Raysha tersenyum sendiri melihat muka Naufal yang tenang.Lebam2 di mukanya nampak menyakitkan.Air mata yang mengalir diseka.Bengkak matanya kerana banyak menangis.

"Naufal...kenapa kau biarkan diorang buli kau? Kenapa kau tak lawan balik? Kau ni..lembiklah.Nasib baik aku ada tau." Raysha bercakap seorang diri.Dia menguap.Raysha meletakkan kepalanya di atas katil.Matanya makin kuyu dan kuyu..dan akhirnya...dia lena dibuai mimpi.

**************

Sorry kalau x best! Jangan lupa vote ye!

Oh Cinta, Jangan Pergi!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang