Bab 3

48 3 0
                                    

Badannya semakin sejuk.Dia memeluk dirinya erat.Menggigil dia dibuatnya. 'Aduhh..kenapa sejuk sangat ni? Bilik ni takde selimutlah pula.' Dia cuba melelapkan mata tapi tak boleh.Dia cuba bangun tetapi dia berasa sangat lemah.Dia hanya boleh bertahan.Dia menutup matanya.

Tiba2,dahinya merasakan sesuatu yang basah.Raysha merasakan ada sesuatu menyelimutinya.Badannya berasa hangat semula.Perlahan-lahan dia membuka mata.Kelihatan Haziq dan senyuman manisnya.Raysha cuba tersenyum. "K..kau-"

"Syhhh..janganlah cuba cakap.Awak kan tak sihat.Badan awak lemah sangat ni.Takkanlah sebab kena cuci tandas blok D terus demam? Nampak sangat antibody tak kuat.Ingat kan Raysha Elina yang garang ni tak takut apa2? Rupanya fragile juga." Raysha memukul bahu Haziq perlahan.

"Wow..boleh pukul orang lagi.Walaupun perlahan tapi berbisa." Haziq mengusik lagi.Dia merendam seketika kain di dalam semangkuk air dan memerahnya.Dia meletakkan di dahi Raysha lembut.

"Awak tunggu kejap ye.Saya pergi ambil ubat demam kat bawah sekejap." Haziq segera ke bawah.Raysha berasa sangat terharu dengan tindakan Haziq yang amat ikhlas di matanya.Bukan senang nak jumpa lelaki macam tu tau.

"Awak boleh duduk kejap? Nak makan ubat ni." Haziq membantu Raysha duduk. "Makan ubat ni.In Shaa Allah, awak sihatlah." Raysha menelan sesudu ubat demam dan terus meneguk sedikit air.Dia berasa sangat ngantuk.Sempat dia mengerling jam di dinding.Patutlah..pukul 12 malam dah.

Aikk? Haziq mestilah tak tidur2 juga dari tadi.Mesti dia ngantuk juga.Esok dahlah nak sekolah. "Kk.. Kau tak tidur ke? Dah lewat dah ni." Lemah saja suaranya. "Awak jangan risaulah.Nanti saya tidurlah. Lepas awak tidur, baru saya tidur. Cepat tidur."

Raysha menarik selimutnya ke atas lagi.Matanya makin kuyu dan kuyu.
Akhirnya, dia lena dibuai mimpi.Haziq menatap muka Raysha lama. Dia mengelus pipi Raysha perlahan. "Raysha Elina..saya akan rindukan awak."

*********************

Perlahan dia membuka matanya dan dia terus berdiri. "Wooww..peningnya kepala aku." Raysha memicit kepalanya.Badannya agak sakit.Dia teringat kejadian semalam. "Baik juga malaun tu.Selalunya asyik sakitkan hati je." Dia mengerling jam di dinding. "Haziq!!" Jerit Raysha.

Haziq yang sedang gosok gigi kelam kabut berlari ke bilik Raysha. "Kenapa? Kenapa? Ada orang jahat ke?" Matanya melilau melihat sekeliling.Takde pula.Tiba2, tawa Raysha menyapa gegendang telinganya. Dia sudah berasa pelik. "Ra..Raysha..awak ni dah kenapa? Tadi awak jerit, lepas tu tiba2 gelak. Awak ni dah kena sampuk dengan hantu ke? Awak jangan takutkan saya." Haziq sudah bersedia untuk lari pecut.

"Woi, aku tak kena sampuk hantulah! Apalah kau ni. Aku gelak tadi sebab mulut kau tu ada buih lagi. Kau lupa nak kumur ye tadi?" Haziq baru tersedar.Dia terus masuk ke dalam tandas dan kumur. Dia ketawa sendiri.Gelabah betul dia tadi bila dengar jeritan Raysha.Risau dia takut apa2 berlaku pada gadis itu.

"Habis..kenapa awak jerit tadi?" Muka Raysha menjadi serious semula. "Kau tengoklah jam tu.Tolonglah cakap dah rosak..Sebab kita dah lambat..
Oopss..bukan lambat biasa ni..Ini lambat sangat tau! Haziq, kenapa kau tak kejut aku? Kau kan pengawas, mestilah biasa bangun awal?!" Haziq hanya tenang.

"Semalam dahlah aku terlepas waktu Sains..Harini pun aku tak dapat belajar Sains..Ish.." Haziq menunduk sedikit untuk bercakap dengan Raysha kerana Raysha agak pendek."Raysha Elina..tak sangka awak suka juga sekolah.Ingat kan selalu datang lambat sebab tak suka datang sekolah."

Raysha mengepal penumbuknya. "Kau nak ni? Ish..tak pasal2 aku tak datang sekolah tanpa sebab.Kau lah ni..tak kejut aku!" Raysha memuncung.Dia merasakan sesuatu yang hangat di dahinya. "Hmmm..agak panas juga." Raysha menepis tangan Haziq. "Apa sentuh2 dahi orang ni?" Mukanya merona merah.

Oh Cinta, Jangan Pergi!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang