Bab 5

39 2 0
                                    

Raysha menyuap nasi ke dalam mulutnya. "Mama, tadi Sha nampak ada lori kat depan sebelah rumah kita ni.Ada orang pindah masuk ke?" Raysha menyuap lagi nasi ke dalam mulutnya. "Yelah kot.Mama tak pastilah.Tapi, tadi mama nampak rumah sebelah ni buka lampu.Ada oranglah tu." Raysha tersenyum nakal. "Yeke orang? Kot kot......ada...ha-"

"Ish Sha ni...tak baiklah cakap macam tu.Mama cubit mulut tu baru tahu." Raysha ketawa kecil. Puan Mariam memang penakut orangnya. "Tolong kemas meja ni ye.Mama ada banyak kerja.Mama masuk bilik dulu." Puan Mariam berlalu masuk ke biliknya.Raysha membasuh pinggan dan mengelap meja.

"Hmm..nak buat apa ye? Homework dah siap.Malas pula nak ulangkaji.Tengok TV lah." Raysha membuka saluran televisyen kesukaannya. "Tak bestlah pula tengok TV takde snek." Dia membuka almari sneknya.Kosong.Dia mencebik. "Mesti Julia yang makan banyak haritu."

Raysha..Raysha...tuduh orang je tahu.
Sedangkan dia yang melantak banyak2 sampai habis.Teruk betul.Raysha menguak pintu bilik Puan Mariam. "Mama...Mama?" Raysha menggoyangkan tangan Puan Mariam ke kanan dan ke kiri.Itu memang habit Raysha kalau ingin memujuk orang. "Ya, Sha? Kenapa?"

"Boleh tak Sha nak beli snek dekat 7 Eleven? Snek Sha dah habislah." Raysha mengerdipkan mata bundarnya beberapa kali.Puan Mariam ketawa kecil. "Ye..ye.
Pergilah.Macam tak biasa pula." Puan Mariam memberi Raysha beberapa keping not merah. "Sha ingat nak duduk dekat taman permainan tu kejap.Nak tengok bintang. Boleh ke?" Raysha mengerdipkan matanya lagi.

"Boleh sayang...tapi, hati-hati tau.Kalau apa2 terus call mama." Raysha mengangguk. "Jangan risaulah.Sha kan ada tali pinggang hitam." Raysha kata dengan bangga.Dia memang ada pergi latihan taekwando sebelum ini. "Sha pergi dulu ye.Bye." Raysha menyarungkan tudung syria hitamnya dan terus mengayuh perlahan ke 7 Eleven.Angin sepoi bahasa menyapa kulit mulus Raysha.

Raysha mengunci basikalnya di hadapan kedai dan terus masuk ke dalam kedai.
Dia pergi ke bahagian coklat, keropok dan roti. Raysha mengambil hampir kesemua yang baginya nampak menyelerakan.Wang bukan masalah baginya.Disebabkan gaji Puan Mariam yang besar dan perbelanjaan agak tidak banyak kerana mereka hanya berdua, Raysha boleh dianggap kaya.Tapi, mereka memang suka bersederhana.Sekali sekala, Puan Mariam tidak lokek untuk bersedekah.

"Hmm..macam ada benda yang aku lupalah.Apa dia ye?" Raysha berfikir seketika dan memetik jarinya. "Hah! Coklat Kisses Cream And Cookies takde!" Raysha terus menyambar tiga peket sekaligus.Dia meletakkan kesemua makanan itu di kaunter. "Wah Raysha, berlambaknya kamu beli.Junk food kan tak sihat." Tegur Kak Farah.Pekerja di 7 Eleven juga mengenalinya kerana dia selalu sangat datang ke situ.

"Hihi..Raysha tahulah.Raysha takdelah makan selalu.Kadang2 je." Raysha menghulurkan duit kepada Kak Farah. "Hmm..yelah.Asalkan kamu bahagia.Kedai ni juga yang untung.Akak lupa pula nak cakap ni.Haritu kan kamu tolong akak kemas kedai, jadi akak nak belanja kamu aiskrim.Ambiklah mana2 yang kamu suka. "

Mata Raysha bersinar mendengar perkataan aiskrim.Dia terus mengambil aiskrim Magnum kegemarannya. "Thanks Kak Farah.Jumpa lagi." Dia mengayuh basikalnya ke taman permainan.Tiada siapa di situ.Raysha duduk di buaian dan membuka plastik aiskrim Magnumnya.Dia menjilat aiskrim sambil melihat bintang di langit. "Cantiknya langit malam ni.Banyak bintang."

1 saat...

2 saat...

3 saat...

"Hiyah!!" Raysha terus menumbuk perut kelibat yang menghampirinya. "Aargghh..
sakitt.." Kelibat itu menunduk sambil memegang perutnya. Raysha tersenyum puas.Tak sia2 dia belajar taekwando selama ini. "Kau siapa, hah?! Kau nak buat apa kat aku?! Lebih baik kau jawab!" Raysha menarik dagu lelaki itu untuk memandangnya.Membuntang mata Raysha. "Na...Naufal?" Naufal menolak perlahan tangan Raysha.

Raysha menghulurkan tangan untuk membantu Naufal bangun. "Tak payahlah.Dahlah tumbuk orang." Gumam Naufal perlahan yang masih boleh didengari oleh Raysha.Dia berasa sangat bersalah.Naufal bangun dan memandang Raysha lama. Anak matanya menikam ke dalam anak mata Raysha.

'Aduhh..kenapa pula dengan mamat ni? Seram pula aku.' Raysha menggaru kepalanya. "Ermm..Naufal.Aku minta maaf sangat2 tau.Aku ingat kau ni orang jahat.
Serious, aku tak sengaja langsung.Sorry tau." Naufal hanya diam. "Ala...kau ni.Takkanlah marah lagi.Sorrylah.Nak coklat? Aku bagi tanda maaf." Raysha perlahan-lahan mengeluarkan coklat Kisses dari plastik.

"Betul ni?" Tanya Naufal.Dia merasakan Raysha ikhlas meminta maaf. "Betul." Naufal tersenyum dan mengambil coklat itu.  "Thanks." Naufal duduk di buaian sebelah Raysha. "Naufal..kau kenapa datang sini? Malam pula tu."

"Saja." Raysha mencebik.Pendek betul jawapan. "Naufal, aku tak pernah nampak kau kat sini pun? Kau baru pindah ke?" Duga Raysha.Hampir kesemua kanak2 di kawasan perumahan ini dikenalinya. "Aah." Haishh..pendek lagi. "Nombor rumah kau berapa?" Tanya Raysha. "24." Ringkas jawapan Naufal. "Kau ni..asyik jawab sepatah2.Cubalah huraikan jawapan panjang sikit macam aku ni?"

"Biarlah." Mendatar sahaja suara Naufal. "Ish kau ni-" Naufal memotong percakapan Raysha. "Raysha?" Panggil Naufal tanpa memandang Raysha. "Kita kawan,kan?" Raysha mengerutkan dahinya. "Mestilah,
kalau kau nak."

"Kau ikhlas tak?" Tanya Naufal.Raysha agak pelik dengan soalan Naufal.Kenapa pula mamat ni, macam nak mati dah je. "In Shaa Allah, ikhlas.Tapi, kenapa kau tanya soalan2 macam ni? Umur kau dah pendek sangat ke?" Naufal menjeling Raysha tajam.
Oopss..dah salah cakap. "Assalamualaikum." Naufal terus bangun dan beredar.

"Ish mamat ni, dia tanya aku jawab.Bila aku tanya tak nak jawab pula.Pelik betullah dia tu." Raysha membebel sendirian sambil mengayuh basikal pulang ke rumah.

****************

Raysha menyusun makanan yang dibeli tadi di rak dengan teratur. "Mama, Raysha tidur dulu ye!" Jerit Raysha. "Ya! Goodnight sayang!" Balas Puan Mariam.Raysha terus merebahkan dirinya di atas katil yang bercadar biru lembut.Dia teringat perbualannya bersama Naufal sebentar tadi.

"Dia duduk rumah...nombor 24.Hmm..24...macam tahu je kat mana.24...24...Eh, itu kan...rumah sebelah aku!"

*****************

Sorry kalau x best, jangan lupa vote ye!

Oh Cinta, Jangan Pergi!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang