Bab 4

49 2 0
                                    

Raysha menangis lagi.Tisu yang ke 10 diambil dan disembur hingusnya.Sudah merah2 hidungnya.Puan Mariam pelik melihat anaknya. "Sedih sangat ke cerita ini? Sampai nangis2 macam ni." Puan Mariam melihat televisyen.Seorang perempuan ditampar kuat oleh mak tirinya. "Sedih mama...sedih sangat cerita ini.Kesian dia.Mak dia jahat sangat."

Sebenarnya, dia sedih tentang Haziq.Tapi, dia hanya cover dengan menonton cerita yang kononnya sedih.Selalunya dia biasa je, tak pernah pun nangis macam ni.Puan Mariam mengusap kepala satu2 anaknya. "Sha ingat mama tak kenal anak mama sendiri ke? Mama tahu Sha nangis sebab lain.Dulu, waktu ayah cerai dengan mak pun Sha berlakon kononnya cerita tu sedih sangat sampai Sha menangis teruk2.Dah lapuk lah." Raysha mencebik.

"Sha nangis sebab apa? Cuba bagitau mama.Kalau pendam lama2,lagi sakit tau." Raysha terus memeluk Puan Mariam.Dia menghamburkan tangisnya.Raysha menceritakan segalanya kepada Puan Mariam. "Sha....tak sempat nak cakap kat dia yang Sha pun dah lama suka dia." Puan Mariam ketawa kecil. "Haishh..macam2lah kamu ni.Macam drama kat TV tu.Janganlah sedih.Mana tahu nanti Sha jumpa dia lagi besar nanti.Dia pun mesti tak suka Sha nangis macam ni, kan?"

Raysha tersenyum hambar.Dia memeluk Puan Mariam semula. "Sayang mama." Dia dan Puan Mariam memang rapat kerana mereka hanya berdua.Mereka saling memerlukan satu sama lain.Raysha memang tak segan menceritakan luahan hatinya kepada Puan Mariam.

*******************

Beberapa bulan kemudian...

Raysha mengunci basikalnya dan terus berjalan ke kelas.Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi tahun 2017.Dia berasa agak berdebar kerana tahun ini dia akan menduduki UPSR.Semua pelajar memberi salam dan menjalankan pembelajaran seperti biasa.

Raysha tekad untuk tahun ini dia tidak mahu hilang fokus.Dia mahu mendapat straight A.Setelah agak lama Haziq meninggalkannya, dia cuba untuk berkawan dengan orang juga.Dia sudah mendapat seorang kawan, Julia.Tapi mereka tidaklah berapa rapat.Hanya biasa2 sahaja.

********************

Perut Raysha berkeroncong. "Aduhh..
laparlah pula." Dia meraba kocek bajunya. "Tak bawa duitlah pula." Dia memegang perutnya.Semua pelajar sudah lama pergi ke kantin.Nak minta tolong siapa pula. "Laparrnya..Takpelah..puasa jelah harini." Dia menyambung menulis nota di hadapan.

Sedang dia khusyuk menyalin, seorang budak lelaki menjenguk kepala di pintu.Kebetulan Raysha duduk bersebelahan di pintu.Terkejut dia seketika.Dia memegang dadanya kerana jantung dia berdegup laju.Eh budak ni...terkejutkan orang tak minta maaf.

"Kau nak apa ni? Tiba2 jenguk kepala kat pintu..Terkejut aku tau tak? Dahlah tak minta maaf." Mulut budak itu terkumat kamit. "Apa? Aku tak dengarlah.Perlahan gila suara kau." Budak itu berdehem.

"Mi....minta ma...af." Perlahan saja suaranya. Raysha mengangguk. "Yelah2.Kau buat apa datang sini?" Budak lelaki itu menunjukkan kertas di tangannya yang tertulis 6 Cemerlang. "Kau budak baru ke?" Tanya Raysha lagi.Budak itu mengangguk.

'Ish budak ni..ada mulut tapi tak bercakap pula.Nak cakap bisu ,tadi ada je suara.Dia memang pendiam kot.'

"Inilah kelas 6 Cemerlang." Budak lelaki itu tersenyum.Hensem juga budak ini bila tersenyum.Haisshh..Raysha..apakah ini? Ingat UPSR. "N...nak du...duk mana ye?" Tanya budak lelaki itu perlahan.

Raysha melilaukan matanya ke sekeliling kelas.Semua penuh. "Hmmm..nampaknya penuhlah.Aku pergi minta tolong pengawaslah ambilkan meja untuk kau." Budak lelaki itu sempat menahannya sebelum dia pergi. "Ish..apa ni? Tepilah sikit.Aku nak tolong kau ni.". Raysha menepis tangan budak lelaki itu dan berlalu pergi.

Matanya dapat menangkap nametag Raysha. "Raysha..." Raysha masih tidak mendengar suaranya. "Raysha..." Raysha sudah makin jauh darinya.Dia kuatkan semangat. "Raysha!!" Terkejut Raysha mendengar suara budak lelaki yang baru dikenalinya. Mak aihh..tadi suara perlahan kemain.Ini apahal kuat macam raksasa nak mengamuk kat aku ni?

Dia berasa bangga dengan dirinya seketika.
Dia tidak menyangka suaranya sekuat itu.Raysha sudah menghampiri dia. "Kenapa kau panggil aku kuat sangat? Aku ingat raksasa manalah tadi. Terkejut aku. Kau ni sebenarnya kena upah supaya terkejutkan aku sampai sakit jantung, kan? Tadi jenguk tiba2 kat pintu, sekarang pula menjerit sekuat hati." Budak lelaki itu ketawa kecil.

Alahai...makin hensem pula dia gelak.
Astaghfirullahalazim...Raysha. Budak lelaki itu menunjuk kerusi di sebelah tempat duduk Raysha. "Kenapa dengan tem-" Raysha mengetuk kepalanya. Dia ketawa sendiri.Apalah bengap sangat dengan dia harini.Dah terang lagi bersuluh yang tempat duduk sebelah dia kosong.

"Kau beria-ia tahan aku tadi sebab nak bagitau ada tempat kosong ke?" Budak lelaki itu mengangguk.Raysha itu menutup mukanya. Malu weyhh... "Hmm..duduklah." Budak lelaki itu meletakkan beg di kerusi.
Perut Raysha berbunyi lagi. 'Aduhh..lapar sangat ni.' Dia merasakan bahunya disentuh.Raysha memandang budak lelaki itu.

Budak lelaki itu menghulurkan sebungkus roti coklat. "Kau bagi aku ke ni?" Budak itu mengangguk.Raysha mengucapkan terima kasih dan mengambil roti tersebut.
Sewaktu itu, baru dia perasan budak baru itu memakai sarung tangan hitam(bukan handsocks tau, tapi macam glove tu). 'Peliknya..'

Raysha hanya makan dengan berselera.
Kenyang sedikit perutnya. "Ermm..nama kau apa? Kau tahu nama aku.Tapi aku tak tahu nama kau. Budak lelaki itu mengeluarkan buku tulisnya dan menunjuk di ruangan nama. "Naufal Mikail..." sebut Raysha perlahan.Sedap juga nama dia. "Panggil Naufal atau Mikail?" Tanya Raysha lagi.

"Suka hatilah." Pendek sahaja jawapan budak itu. "Panggil Naufal boleh?" Budak lelaki itu mengangguk.Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat.Kelas 6 Cemerlang penuh semula.Beberapa pelajar berhenti di meja Naufal untuk berkenalan.
Kebanyakannya mestilah perempuan.
Yelah..lelaki handsome, siapa tak nak kenal.

Raysha berasa pelik dengan Naufal kerana bila classmate tanya dia nama, mesti dia diam.Raysha juga yang kena jawab.Penat betul mulut dia.Loceng terakhir berbunyi.
Semua pelajar berpusu-pusu keluar untuk pulang ke rumah.Raysha mengemas barangnya.Dia merasakan seseorang mencuit bahunya. "Kenapa?" Kata Raysha tanpa menoleh.

"Aw..awak balik na..naik apa?" Tanya Naufal. Raysha mengangkat kening sebelahnya. "Naik basikal.Kenapa?" Naufal hanya menunduk. "Takde pape...saya ba..lik dulu." Naufal terus berlalu pergi tanpa sempat Raysha menjawab apa2. "Pelik." Dia menyandang beg sekolahnya dan terus ke tempat basikal.

"Lamanya kau kat kelas.Lama aku tunggu." Rungut Julia. "Ala..sorrylah.Lambat sikit je pun.Kau tu yang awal sangat." Mereka mengayuh basikal sambil berborak. "Wei, aku dengar cerita ada budak baru kat kelas kau.Betul ke?" Raysha mengangguk.

"Aku pun dengar dia handsome gila. Sampai ada yang fall in love at first sightlah kononnya.Betul ke?" Eh minah ni, banyak pula soalan dia.Menyampah pula aku dengar. "Bolehlah..takdelah handsome sangat sampai fall in love at first sight."

"Dia duduk mana ye? Aku nak usha dialah esok." Raysha sudah menjeling tajam.
Apahal tergedik-gedik pula dia ni? Bukan dah ada pakwe ke? "Dia duduk sebelah aku." Mendatar sahaja suaranya. "Seriouslah?! Untunglah kau.Boleh tatap muka dia tiap2 hari." Raysha memutarkan bebola matanya.

"Lebih baik aku tatap buku yang bagi aku ilmu dari tatap muka dia yang bagi aku dapat dosa." Zapp!  Terkena tepat di hati Julia. Pedas juga kata2 Raysha tadi.  "Ala..aku main2 je.Aku tahulah kau budak paling pandai kat sekolah.Selalu dapat top 3 dalam darjah." Julia tersengih.

"Ish kau ni...suka sangat cakap macam tu, kan? Aku gunting mulut kau kalau kau cakap lagi." Julia mengangkat tangan kanannya tanda menyerah. "Dahlah, aku balik dulu.Assalamualaikum." Raysha terus mengayuh laju ke rumahnya.

*******************
Sorry kalau tak best ye! Jgn lupa vote!

Oh Cinta, Jangan Pergi!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang