Bab 6

38 2 0
                                    

Raysha mengerling tempat duduk di sebelahnya. "Mana Naufal ni?" Dia melihat jam pula. "Dia dah lambat ni.Takkanlah sebab aku tumbuk semalam terus tak datang sekolah? Kuat sangat ke?" Dia membebel sendirian. "Raysha Elina! Apa yang kamu bebelkan sorang2 tu?! Dah takde kerja lain ke?!" Marah Cikgu Lily.Raysha tersengih. "Maafkan saya cikgu." Dia menumpukan perhatian kepada pembelajaran semula.

Tuk! Tuk! Cikgu Lily dan semua pelajar memandang pintu. "Masuk!" Naufal melangkah masuk ke dalam kelas.Dia menguak rambutnya ke belakang dan menghampiri Cikgu Lily.Raysha menarik nafas lega.Ingatkan dah nazak tadi.
Naufal memberitahu Cikgu Lily sesuatu sebelum duduk di sebelah Raysha. "Wah, handsomenya dia harini." Bisik seorang pelajar perlahan.

"Yelah, kan? Bergaya betul dia tadi bila dia betulkan rambutnya ke belakang.I'm melting..." Bisik lagi seorang pelajar.
Raysha yang mendengar berasa agak panas hati.Tidak tahu kenapa.Ya, dia juga akui yang Naufal memang bergaya sewaktu dia menguak rambutnya ke belakang.Tapi, takkanlah nak jujur juga macam budak2 gedik kat belakang dia, kan?

Kalau dia pun dengar, mestilah Naufal pun dengar kan? Raysha mengerling Naufal di sebelahnya.Mukanya kelihatan tenang sahaja sambil menunduk menyalin nota di hadapan.Naufal yang merasakan seseorang melihatnya terus mengangkat muka.Dia agak terkejut kerana Raysha hanya memandangnya lama.Tidak berkelip langsung.

'Kenapa pula dengan minah ni? Handsome sangat ke aku ni?' Naufal tersengih.Sempat pula dia perasan seorang diri.Naufal memetik jarinya beberapa kali di hadapan Raysha. "Raysha?" Raysha tersentak.Mukanya merah menahan malu. 'Boleh pula aku mengelamun depan dia.'

"Ermm..aku..ermm..tak pandang ermm..kau pun tau! Jangan perasan ye! Aku ermm..pandanggg...ermm..
pemandangan sekolah yang cantik ni!" Semangat Raysha menyatakannyan sehingga menarik perhatian beberapa pelajar dan Cikgu Lily.  "Baguslah kamu rasa sekolah ni cantik! Kalau ye pun semangat sangat, tak payahlah beria-ia sangat! Dah siap nota ke belum?!" Raysha tersengih dan menggeleng.

"Kamu ni banyak bercakap sangat! Kalau saya dengar kamu bercakap lagi, awak kena diri kat luar! Nak?!" Raysha menggeleng laju dan terus menyalin nota selaju mungkin.Tulisannya tak payah cakaplah.Memang cakar ayam habis.Naufal yang memerhati dari tadi ketawa diam2.Dia merasakan perangai Raysha sangat mencuit hatinya.

**************

Loceng rehat berbunyi.Harini Raysha tidak lupa bawa duit ke sekolah.Siap bawa 10 ringgit lagi! Hanya sebab nak balas dendam tak dapat makan kat kantin semalam.Dia menunggu Julia di luar kelas.Kelas Julia masih tidak keluar kerana mereka sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja yang banyak yang diberi oleh guru mereka.

Raysha merasakan seseorang mencuit bahunya.Haishh..mamat ni.Panggil nama tak boleh ke? Asyik cuit, cuit, cuit! "Apa?" Raysha memandang Naufal yang berdiri di hadapannya. "Ermm..kau..tak rehat ke?" Perlahan Naufal tanya. "Aku tengah tunggu kawan aku ni.Lembap sangat dia siapkan kerjanya.Kenapa tanya?" Naufal masih menunduk.

"Ermm..aku..ermm..nak-" Raysha laju memotong. "Nak rehat dengan aku ke? Boleh je.Aku pun tengok kau takde kawan.Tapi, kau kena tunggulah.Harap sabar." Naufal tersenyum lebar dan mengangguk perlahan.Mereka menunggu dengan sabar.Akhirnya, Julia melangkah keluar juga dari kelas.

"Raysha, aku-" Bersinar mata Julia melihat Naufal yang berdiri sambil menunduk malu. "Wei, ini ke budak baru yang hot tu?" Bisik Julia teruja.Raysha memutarkan bebola matanya. "Hmm..dan dia nak rehat dengan kita." Makin teruja Julia dibuatnya.Mereka bertiga jalan beriringan ke kantin.

"Hai, nama saya Julia! Nama awak apa?" Bersungguh Julia memperkenalkan diri.Raysha menjeling Julia yang bersusah payah cuba berbual dengan Naufal yang pendiam tu.Julia juga sudah terkena sawan senyum macam Haziq.Aahh..Haziq..rindunya dia pada lelaki itu.Macam manalah dia sekarang ye? Sihat ke? Suka senyum lagi ke?

Oh Cinta, Jangan Pergi!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang