Part 21 🌸

95 9 5
                                    

Masuk je kelas, macam biasa aku orang yang ke-sepuluh terawal yang sampai. Penghuni meja di sebelah aku nampak gaya macam tak datang lagi. Fuh, nasib baik. Aku mengeluarkan buku Bio dan baca apa yang aku tak faham lagi. Memang bagus untuk otak kalau baca buku pagi-pagi. Sedang aku leka membaca, tiba-tiba aku terbau sesuatu.

Wanginya.

"Ingatkan tak datang" Tegur satu suara. Dia menarik kerusi di sebelah aku dan duduk dengan wajah yang bersahaja.

Aku hanya jeling dia. Tak cukup lagi ke semalam dia dah kenakan aku sampai Farhan yang tak bersalah tu pun kena marah. Bila fikir pasal Farhan, aku jadi bersalah tiba-tiba. Tak pasal-pasal aku tipu Farhan kononnya tertidur, padahal pergi berperang dengan Rayyan.

Cis, kawan tak guna kau.

"Kenapa monyok? Semalam nangis tak?" Terdengar dia ketawa halus sebelum dia menghulurkan sesuatu.

"Nah" Rayyan meletakkan coklat Toblerone di atas meja aku.

Harini dah masuk hari yang ke-sepuluh dia bagi coklat dekat aku.

"Takpelah" Aku menolak coklat tu ke meja dia.

"Makan masa rehat nanti" Dia menolak kembali coklat tadi ke arah meja aku sebelum dia mengeluarkan buku latihan Addmath.

Wow. Macam keajaiban dunia bila Rayyan study dalam kelas sebab selalunya dia akan keluarkan Iphone 7 plus dia.

Macam sesuai pulak. Aku tengah baca subjek yang aku power, dan Rayyan tengah buat latihan subjek yang dia power.

"Baca lah buku tu, tengok muka aku tak dapat apa pun" Ucap Rayyan. Tangan setia menulis dan sebelah lagi menekan kalkulator.

Aku mencebik. 

"Macam mana kau boleh power Addmath?" Soal aku.

"Macam mana pulak kau boleh power Bio?" Soal Rayyan pula.

Aku mengerutkan dahi.

"Aku tanya ni" Jawab aku.

"Aku pun tanya ni"

"Sebab aku tak suka Addmath" Balas aku.

"Sama, sebab aku tak suka Bio" Balas Rayyan pula.

Oh, sungguh cliche.

"Orang kata, kalau nak berjaya kena ajar orang lain. Baru semuanya dipermudahkan. So, apa kata kalau kau ajar aku Bio, aku ajar kau Addmath. Deal?" Ujar Rayyan.

"Apa yang aku dapat kalau aku ajar kau?" Soal aku.

"Result gempak?" Balas Rayyan.

"Okay then. So bila boleh start?"

"Nampaknya ada orang tu excited sangat" Rayyan menjungkitkan sebelah keningnya.

Dan bukan Farah Farisha lah kalau tak jeling orang.

Selepas itu aku terdengar Rayyan ketawa halus. Merdu je dengar dia ketawa.

Eh?

___________________________________

Puas aku mencari kelibat Farhan, tapi masih tak jumpa. Mana dia ni? Tak datang ke?

Coklat pemberian Rayyan aku pegang dan kaki masih setia bertawaf satu sekolah demi mencari insan bernama Farhan.

"Farisha?"

Aku menoleh.

Nurin.

"Cari siapa?" Soal Nurin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 10, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pencuri HatiWhere stories live. Discover now