Author's POV
Sudah hampir dua jam sejak hujan rintik-rintik itu turun membasahi muka Bumi. Seorang gadis yang baru sahaja selesai menghadiri sebuah kelas tambahan mengeluh melihat hujan yang masih turun.
Langkahnya diatur sehingga berada dihujung pejalan kaki untuk keluar dari bangunan sekolah. Jika dia melangkah sekali lagi, mungkin air hujan akan menyambar pakaian dan rambutnya. Seul menyuakan tangannya keluar sedikit dan serentak air hujan mula menitik pada tapak tangannya. Lama-kelamaan, tapak tangannya mula penuh dengan takungan air hujan itu.
Seul menghela nafas perlahan lalu beg yang digalasnya ditanggalkan lalu sekaki payung yang diselitkan ditepi begnya itu dibawa keluar.
Payung itu dibuka lalu dinaikkan keatas kepalanya. Beg digalas semula sebelum dia mula melangkah perlahan-lahan untuk keluar dari kawasan sekolah itu. Entah kenapa dia rasa suasana disekelilingnya lebih sunyi berbanding sebelumnya.
Jalan raya lengang.
Tiada seorang pun pejalan kaki yang turut berada disitu pada waktu tersebut.
Mungkin kerana Seul terpaksa pulang lambat hari ini gara-gara kelas tambahan persendiriannya dengan Mr.Won.
Perasaan tidak sedap hati yang mula melingkar didalam hatinya ditolak jauh-jauh. Seul akhirnya mengeluarkan telefonnya bersama dengan fon telinga berwarna hijau. Kedua belah telinganya disumbat dengan fon telinga itu lalu telefonnya dibuka untuk memasang lagu.
Beberapa saat kemudian, lagu 'Perfect' daripada kumpulan One Direction berkumandang ditelinganya. Sedikit sebanyak, hatinya yang tadi berasa gelisah kembali tenang sedikit demi sedikit.
Namun, perasaan tenangnya itu tidak lama apabila hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Seul mengetatkan pegangannya pada kaki payung itu sambil mempercepatkan langkahnya. Angin pula semakin kuat sehingga pegangannya pada kaki payung itu hampir terlepas.
Sedang dia leka melawan arus angin itu, pandangannya tiba-tiba tertancap pada sesusuk tubuh yang berada tidak jauh dihadapannya. Ianya adalah seorang lelaki.
Lelaki itu hanya berdiri statik dilaluan pejalan kaki tanpa sebarang pelindung seperti payung atau pokok. Seluruh badan lelaki itu habis basah kuyup tetapi yang anehnya apabila lelaki itu langsung tidak mengambil peduli tentang hal itu.
Bulu roma Seul mula menegak dan serta-merta langkahnya terhenti. Dia kaku memandang kearah lelaki itu yang ralit memandang keseberang jalan. Lelaki itu bagaikan mempunyai sebuah aura yang mmbuatkan Seul berasa tidak selamat.
Entah kenapa, tiba-tiba sahaja badannya menggeletar. Hatinya cuba dikuatkan lalu sekali lagi Seul cuba melangkah untuk meneruskan perjalanannya. Dia cuba untuk buat bodoh apabila dia semakin hampir dengan lelaki tersebut.
Namun, apabila dia sudah semakin dekat, dia terkejut melihat gerangan lelaki itu. Lelaki tersebut adalah Baekhyun. Salah seorang pelajar disekolahnya.
Baekhyun dianggap pelik kerana tidak pernah sekalipun dia bersuara sepanjang dia bersekolah disitu. Ada yang menganggapnya bisu. Oleh sebab itu, tiada ramai yang berani menegurnya. Kalau ada yang menegur pun, Baekhyun hanya akan membalas dengan pandangan kosong.
"B..Baekhyun?" Hatinya berdegup laju sebaik sahaja dia memanggil nama lelaki itu. Ini adalah kali pertamanya menegur lelaki itu memandangkan Baekhyun jarang berada didalam aktiviti sekolah yang melibatkan seluruh kelas.
Dia hanya akan datang kesekolah, belajar dan pulang. Itu lah rutin harian Baekhyun disekolah.
Beberapa saat Seul menunggu supaya Baekhyun berpaling kearahnya namun lelaki itu hanya membisu sambil pandangannya masih lagi keseberang jalan.
YOU ARE READING
Mask
Mystery / ThrillerSetiap kali pembunuhan berlaku, Pembunuh itu hanya meninggalkan satu petunjuk. Topeng misteri tu... buatkan satu sekolah aku menjadi paranoid untuk keluar berseorangan. "Is it you?" "The Mask?" "..." "Yes." (Book cover tu Anne buatkannnnnn♡)