Seul's POV
Sejak kejadian hari itu, semuanya tidak kena. Perasaan aku tidak tenang dan tenteram. Setiap kali musim panas tiba, aku asyik terfikir akan kejadian itu. Baekhyun tidak pernah lagi datang mencari aku. Dia benar-benar sudah menghilangkan diri begitu sahaja.
Aku cuma tidak boleh menghapuskan memori dimana aku melihat tapak tangannya yang bermandikan darah akibat serpihan kaca. Katanya itu sepatutnya menjadi hadiah buat aku. Tapi apa yang membuatkannya berfikiran aku akan menerima serpihan kaca sebagai hadiah?
Aku mengeluh sambil mula mengacau secawan kopi latte. Sisi pinggang aku sandarkan pada sisi meja itu sambil berpaling menghadap ke tepi. Pandangan aku kemudiannya ditalakan pada tingkap di bilik itu. Cuaca di luar kelihatan sangat terik memandangkan sekarang adalah musim panas. Kadang kala penghawa dingin di apartmen aku juga seperti tidak berfungsi walaupun sudah diturunkan sehingga 16 darjah Celcius.
Sudah 6 tahun berlalu sejak kejadian itu. Dan sekarang aku sudah berumur 25 tahun. Bukanlah ingin berlagak tapi boleh dikatakan aku berjaya mencapai impian aku sejak aku dibangku sekolah. Aku adalah seorang pekerja dibawah syarikat pereka hiasan dalaman yang agak terkenal. Dan aku sudah berpindah ke rumah yang baharu dan mula belajar berdikari tanpa ibu aku. Semuanya sempurna dan mengikut perancangan aku. Kecuali—
"Cik Seul, kopi yang Cik Soojung minta dah siap? Kami dah nak mulakan mesyuarat." Aku tersentak apabila rakan sekerja aku tiba-tiba sahaja menjengulkan wajahnya disebalik pintu. "Ah, ya. Tinggal satu ni saja." balas aku agak kelam kabut. Badan aku tegakkan daripada terus-terusan bersandar pada sisi meja itu.
Ya, aku masih dikira pekerja bawahan walaupun bekerja di syarikat yang aku impikan selama ini. Kerja aku tidak diiktiraf oleh rakan sekerja dan menyuruh aku membantu apa yang perlu sahaja. Jarang sekali mereka menerima hasil rekaan aku dan semua idea aku ditolak mentah-mentah. Kacauan aku pada kopi itu semakin pantas apabila perasaan sebal aku muncul semula. Selesai, aku letakkan kopi itu diatas dulang bersama dengan 19 cawan kopi yang lain.
Sepatutnya boleh sahaja aku bancuh di dalam satu bekas lalu aku tuangkan kedalam cawan tetapi pekerja-pekerja di bahagian rekaan ini semuanya mahukan jenis yang berbeza-beza. Kerja aku jadinya lambat. Aku cuba menahan daripada mulut aku menuturkan kata-kata makian dihadapan Sooyoung yang sedang memerhatikan aku. Risau pula jika dia mengadu kepada pekerja yang lain.
Dua dulang diatas meja yang penuh dengan cawan itu aku perhati lama sebelum aku mengalihkan pandangan aku kearah Sooyoung semula. Sebuah senyuman nipis aku tarik dalam keadaan terpaksa. "Sooyoung-ssi, boleh tolong saya angkat sedulang? Susah kalau saya angkat dua-dua." kata aku selembut mungkin.
Mata Sooyoung membulat sedikit. Jari telunjuknya kemudian diarahkan kepada dirinya sendiri. "Saya?" Aku mengangguk mengiyakan. Senyuman masih mekar dibibir aku. Cuba ingin menjaga perasaannya.
Tapi hati aku pula yang sakit apabila gadis itu bertidak menggelengkan kepalanya laju. Dia kemudiannya tersengih sambil menaikkan tangan kirinya. Belakang tapak tangannya menghadap aku. Dan aku boleh lihat dengan jelas kukunya yang terang diwarnai dengan warna merah dan hitam. "I just got my nails done. Kalau saya angkat nanti rosak pula." balas Sooyoung bersama sengihan yang tidak berapa nampak perasaan sebersalahnya.
Baru sahaja aku ingin membuka mulut membalas kata-katanya, dia terlebih dahulu beredar setelah memberikan sebuah senyuman nipis. Senyumannya kelihatan sungguh palsu dimata aku. Aku memejamkan mata aku erat lalu menarik nafas dalam. Aku harus mengekalkan imej pekerja yang baik. Sekurang-kurangnya mungkin hati mereka akan terbuka untuk menerima aku di dalam kelompok mereka satu hari nanti.
Dan sejujurnya aku sendiri tidak pasti jika hari itu akan tiba.
Tanpa berlengah, aku menatang sedulang air pada kedua-dua belah tangan. Ianya sungguh berat. Dan aku sendiri risau jika ianya jatuh kerana tapak tangan aku tidak cukup luas untuk memberikan kestabilan yang kukuh untuk dulang itu. Jadi, aku membuat keputusan untuk meletakkan sedulang air diatas meja dan membawa satu demi satu. Walaupun aku pasti aku akan dibebel Soojung kerana lambat.
YOU ARE READING
Mask
Mystery / ThrillerSetiap kali pembunuhan berlaku, Pembunuh itu hanya meninggalkan satu petunjuk. Topeng misteri tu... buatkan satu sekolah aku menjadi paranoid untuk keluar berseorangan. "Is it you?" "The Mask?" "..." "Yes." (Book cover tu Anne buatkannnnnn♡)