Seul's POV
"Seul, situ bahaya."
"Mana ada lah. Hehehehe, jom lah. Sekejap saja."
"Tapi kalau mak awak nampak saya macam mana?"
"Jangan risau. Jom lah."
"Tapi—"
"Seul!!"
Nafas aku bagaikan terhenti. Aku cemas apabila tidak dapat merasakan sebarang pengaliran udara dikerongkong aku. Wajah aku berkerut dan aku mula rasa terdesak untuk bernafas. Kedua belah tangan aku genggam erat serentak dada aku turun naik kebawah. Rasa seperti aku sedang memaksa udara untuk masuk kedalam.
Saat aku rasa jantung aku bagaikan sudah berhenti berdegup, saat itu lah rongga pernafasan aku bagaikan kembali terbuka. Udara dan oksigen mula menderu masuk melalui rongga nasalku. Mata aku terbuka luas dan barulah aku sedar aku menahan nafas sepanjang aku tidak sedarkan diri.
Nafas aku tercungap-cungap dan dada aku turun naik dengan laju. Peluh yang merenik pada dahi aku biarkan. Kemudian, pandangan aku mula meliar kesegenap ruang disekeliling aku. Ianya adalah bilik aku.
Aku menghela nafas lega lalu memejamkan mata perlahan, cuba ingin menenangkan diri aku sendiri.
Mimpi apa tadi itu?
Ianya terlalu kabur. Aku tidak dapat melihat apa-apa melainkan suara-suara daripada orang yang berlainan. Semuanya kedengaran seperti aku pernah melaluinya. Seperti itu bukanlah memori baharu buat aku.
Tetapi kalau itu adalah memori lama, kenapa aku seperti tidak mengingati atau mengetahui apa-apa tentangnya?
Aku menghela nafas berat lalu memaksa diri aku untuk duduk. Sebaik sahaja badan aku duduk tegak, kepala aku rasa bagai dicucuk-cucuk. Rasa seperti saraf di otak aku putus satu demi satu. Mata aku pejam erat sambil menggeleng perlahan. Aku tidak boleh jadi terlalu lemah.
Setelah beberapa saat kekal dalam posisi sama sambil mengurut pelipis aku perlahan, rasa sakit yang menjengah tadi mula beransur hilang sedikit demi sedikit. Aku mula mencelikkan mata lalu memandang tepat kedepan. Minda aku rasa kosong.
Aku asyik memikirkan apa yang telah terjadi. Dahi aku kejap-kejap berkerut apabila mengingati apa yang terjadi.
"..cakaplah kau bencikan aku sekalipun. Aku masih sukakan kau, Seul."
Rasa seperti sesuatu yang berat baru sahaja menghentak tepat-tepat pada wajah aku. Aku jadinya terkebil-kebil sambil menggenggam penumbuk aku erat. Entah kenapa aku berasa tidak selamat. Pandangan aku alihkan kearah pintu bilik aku.
Adakah kemungkinan bahawa lelaki itu masih berada didalam rumah aku? Serentak jantung aku mula berdegup laju. Tanpa berfikir panjang, pandangan aku liarkan kesekeliling untuk mencari apa-apa perlindungan jika lelaki itu tiba-tiba memasuki bilik aku. Tetapi lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.
Pandangan aku kini terarah pada satu bekas termos sederhana besar berwarna merah diatas meja belajar aku. Tapi bukan itu yang menarik perhatian aku sekarang ini. Tetapi dua barang yang terletak elok disebelahnya. Ianya adalah sebuah topeng dan setangkai ros merah.
Saat itu degup jantung aku bagaikan berhenti. Mata aku membulat dan bulu roma aku tegak berdiri.
Dengan pantas aku meluru kearah meja belajar aku lalu berdiri betul-betul dihadapan seberkas termos dan topeng dan bunga ros itu. Kejap aku memandang termos dan kejap aku memandang topeng. Mana satu yang patut aku sentuh dahulu? Patutkah aku buka dahulu termos itu?
YOU ARE READING
Mask
Mystery / ThrillerSetiap kali pembunuhan berlaku, Pembunuh itu hanya meninggalkan satu petunjuk. Topeng misteri tu... buatkan satu sekolah aku menjadi paranoid untuk keluar berseorangan. "Is it you?" "The Mask?" "..." "Yes." (Book cover tu Anne buatkannnnnn♡)