👥+1👥

2.8K 362 89
                                    

Seul's POV

Aku cuma mengangguk sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada ibu aku yang tidak henti-henti memberi aku nasihat. 

"Ibu serious ni. Nanti nak balik jangan jalan sorang-sorang. Sekarang ni bahaya tahu tak?" kata ibu aku lagi. Sambil dia membebel, tangannya ligat membuka beg duit yang berada didalam dashboard. Sekali lagi aku mengangguk.

Ibu aku kemudiannya mengeluarkan beberapa keping wang kertas untuk dijadikan duit belanja aku hari ini. Tangannya yang menghulur duit itu aku tolak lembut. "Duit semalam masih ada baki." kata aku ringkas. 

Ibu aku berkerut memandang aku. Aku tahu dia macam berbelah bahagi samada mahu beri duit itu atau tidak. Aku tersenyum sekilas lalu dahi ibu aku cium sebelum pintu kereta dibuka. "Jangan risau. Nanti Seul suruh Yerim temankan balik rumah." kata aku dengan sebelah kaki yang sudah menapak keluar dari kereta. 

Ibu cuma mengangguk lalu kepala aku diusapnya lembut sebelum menyuruh aku untuk bergegas masuk ke kelas. 

Pintu kereta aku tutup lalu berdiri disitu untuk beberapa saat, menghantar pemergian kereta berwarna hitam itu melalui pandangan.

Setelah kelibat kereta ibu aku sudah tidak kelihatan, nafas berat aku hela. Senyuman yang terukir tadi terus hilang entah kemana. Pegangan aku pada beg galas yang aku jinjing itu semakin kuat. 

Dengan hati yang berat, aku mula melangkah untuk masuk ke kawasan sekolah. Bukan macam yang aku sangkakan, orang disekeliling aku jadi senyap bila aku lalu dihadapan mereka. Aku yakin, kes semalam sudah tersebar satu sekolah. 

Sampai sekarang, aku masih tidak percaya bahawa aku baru sahaja menyaksikan seorang mangsa bunuh semalam. Keadaan mangsa tersebut ngeri. Aku tidak akan dapat melupakan apa yang aku lihat semalam, itu aku pasti.

Langkah aku cepatkan apabila kelibat kelas aku sudah kelihatan di depan mata. Sewaktu aku ingin memasuki kelas, langkah aku secara tiba-tiba terhenti apabila aku berselisih dengan seseorang. 

Ianya adalah Baekhyun.

Lelaki itu cuma berjalan melepasi aku bagaikan dia langsung tidak mengenali aku. Entah kenapa aku jadi kaku apabila berselisih dengannya. 

Aku tidak pasti jika ianya cuma aku yang berfikiran negatif, tetapi... apa yang jadi kepada dia semalam?

Aku lihat dengan mata kepala aku sendiri bahawa dia berdiri di tengah-tengah hujan tanpa apa-apa perlindungan. Dan, yang buat aku tidak senang duduk apabila aku sedar dia terus menghilang selepas aku melihat mangsa bunuh tersebut semalam. 

Bukankah sepatutnya dia menolong aku jika dia melihat aku jatuh terduduk diatas jalan tar?

Mustahil dia tidak melihat aku.

Mustahil dia lesap macam tu saja.

Badan aku palingkan kebelakang untuk mencari kelibat Baekhyun yang semakin menjauh daripada tempat aku berdiri. Dari belakang, dia tampak normal. Tapi aku dapat merasakan sesuatu yang aneh tentang dirinya.

Lama aku memandang kearah lelaki tersebut sehinggalah dia masuk ke dalam kelas dia yang selang dua kelas daripada kelas aku. 

Kepala aku gelengkan berkali-kali. Langkah aku kembali diatur masuk kedalam kelas. "Fikir positif. Mungkin orang yang sepatutnya mengambil dia sampai sebelum aku jatuh. Jadi, mungkin Baekhyun tidak melihat aku."

Masuk sahaja ke dalam kelas, aku terus berjalan kearah meja aku yang terletak di barisan ketiga dari hadapan. Kelas itu masih riuh memandangkan cikgu masih lagi tidak masuk untuk mengajar. 

MaskWhere stories live. Discover now