Seul's POV
Kini, hanya bunyi deruan angin dari bilah kipas yang ligat berpusing yang kedengaran. Sungguh aku terkesima saat mendengar soalannya. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengangkat pandangan aku daripada buku. Aku tidak pasti apa reaksi yang aku mahu berikan kepadanya.
Patutkah aku berpura-pura tidak tahu?
Atau berterus-terang sahaja?
"A..apa maksud awak?" soal aku setelah beberapa saat mendiamkan diri untuk menimbang baik buruk memberikan reaksi seperti ini. Akhirnya, pandangan aku alihkan supaya memandangnya. Aku lihat Baekhyun cuma diam sambil turut memandang kearah aku kosong. Wajahnya ditongkat menggunakan tapak tangan.
Pandangannya itu sukar untuk aku tafsir. Dia tidak nampak seperti ingin membawa bahaya tetapi kenapa aku rasa seperti ada sesuatu yang sangat aneh dengannya?
"Huh..." Dia menghela nafas perlahan. Serius, aku rasa seperti badan aku sudah dibekukan setahun. Aku langsung tidak mampu untuk bergerak walaupun seinci kerana terlalu gementar. Rasa seperti ada suatu yang tersekat di jantung aku dan membuatkan aku sukar untuk bernafas. Detak jantung aku juga sudah tidak terkawal.
Soalannya itu tadi serta-merta membawa ingatan aku kepada malam semalam.
Di fikiran aku sudah wujud satu spekulasi yang aku sendiri risau akan kesahihannya.
Dan sekarang ini, suasana menjadi senyap semula apabila lelaki dihadapan aku ini tidak menunjukkan sebarang tanda dia ingin membalas apa-apa. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah bahawa dia sedang tertanya-tanya. Tapi tidak. Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan. Dia seperti ingin membunuh aku dengan pandangannya.
Aku menggigit bibir bawah perlahan lalu senyap-senyap aku kerling jam yang terlilit kemas di pergelangan tangan aku. Ianya menunjukkan masa masih berbaki dalam 20 minit lagi sebelum masa rehat tamat. Dan bagi aku, itu terlalu lama kalau aku cuma duduk disini.
Berduaan dengan lelaki bernama Byun Baekhyun pula tu.
Aku berdeham kemudian dengan tangkas aku mengemas barang-barang aku yang berselerak diatas meja. Aku sudah tidak peduli jika kerja aku tidak siap. Aku akan cuba untuk mencari alasan yang munasabah untuk diberikan kepada cikgu nanti.
Yang penting, aku mahu pergi dari sini. Memikirkan tentang spekulasi aku tadi sahaja sudah membuatkan bulu roma aku meremang. Kalau apa yang aku fikirkan itu betul, maksudnya aku betul-betul berada di dalam bahaya sekarang. Ibarat aku sedang terikat dipokok menunggu binatang buas membaham.
Walaupun aku menunjukkan ura-ura untuk berlalu, Baekhyun masih lagi dalam posisi yang sama. Cuma anak matanya sahaja yang bergerak mengekor pergerakan aku. Dan jujur, aku langsung tidak selesa.
Rasa diperhatikan secara terang-terangan itu teruk.
Buku terakhir aku masukkan kedalam beg kemudian aku zip dengan pantas. Tanpa menuturkan sebarang perkataan lagi, aku mula mengatur langkah untuk keluar. Aku dapat rasa lutut aku yang longlai dan aku berdoa supaya aku tidak tumpas sekarang. Sekurang-kurangnya biarlah selepas aku keluar daripada bilik darjah ini.
Wajah kosong aku tayangkan supaya tidak memaparkan sebarang perasaan gentar aku kepadanya.
Tetapi baru sahaja selangkah aku berjalan, sepasang tangan memegang lengan aku. Terus langkah aku terhenti. Disebabkan aku sudah tahu siapa yang memegang, aku terus memalingkan wajah aku kebelakang. Jelas kerutan di dahi aku. Sungguh aku pelik dengannya.
Orang cakap dia tidak pernah bersuara sepanjang bersekolah di sini. Dan kenapa pula dia tiba-tiba sahaja rela untuk memulakan perbualan dengan aku? Tiada orang lain kah?
YOU ARE READING
Mask
Mystery / ThrillerSetiap kali pembunuhan berlaku, Pembunuh itu hanya meninggalkan satu petunjuk. Topeng misteri tu... buatkan satu sekolah aku menjadi paranoid untuk keluar berseorangan. "Is it you?" "The Mask?" "..." "Yes." (Book cover tu Anne buatkannnnnn♡)