👥+5👥

2.3K 252 125
                                    

Saya tahu ramai yang dh download lagu 4 o'clock jadi saya sarankan awak pasang lagu tu. Dan kalau takde saya sarankan awak download 'It's Raining' by Baekhyun x Soyou. Haa aku pomot lagu husband sendiri nih XD

Seul's POV

"Siapa tadi tu?"

Aku terhenti daripada melangkah sebaik sahaja suara ibu aku menyapa gegendang telinga aku. Pantas kepala aku palingkan kearah ibu aku yang sedang sibuk mengemas dan membersihkan kaunter dapur. Tangannya ligat mengelap kaunter dapur menggunakan secebis kain.

Jelas kerutan di dahi aku. Siapa yang dimaksudkan ibu aku? Terus aku memandang kearah pintu masuk rumah. Kelibat Yerim, Do Yoon dn Hye Jin sudah tidak kelihatan. Mereka baru sahaja pulang setelah hampir 5 jam mereka disini. Dan aku bersyukur aku dapat memberitahu mereka semua yang terjadi dan apa anggapan aku terhadap Baekhyun. Tetapi aku tidak memberitahu mereka tentang kejadian sebelum masuk ke rumah tadi.

Aku cuma memberitahu mereka supaya memerhatikan tindak-tanduk Baekhyun di sekolah. Mana tahu kelakuannya jadi aneh, boleh aku mengumpul bukti dan laporkan kepada polis. Walaupun Baekhyun mengaku dia adalah 'The Mask' tetapi aku tidak boleh menuduhnya begitu sahaja. Aku tidak mempunyai bukti kukuh. Lagipun betul juga kata-katanya. Jika dia 'The Mask' tidak bermakna dia adalah orang yang membunuh.

Tetapi topeng dan bunga ros itu..

Ianya sungguh mengelirukan.

"Maksud ibu? Yerim? Do Yoon? Hye Jin—"

"Lelaki yang Seul jumpa diluar sebelum masuk tadi." potong ibu aku dengan nada yang agak serius. Tiada senyuman diwajahnya seperti selalu, membuatkan aku kecut perut memikirkan mengapa wanita itu seperti ingin memarahi aku.

Adakah kerana dia terlihat akan adegan Baekhyun cuba untuk mencium aku? Oh, habislah. Ibu akan beranggapan lelaki itu adalah teman lelaki aku dan mula lah dia akan bertanya bila ingin membawa lelaki itu bertemu dengannya. Kerana rakan-rakan aku juga arif tentang kehendak ibu aku yang ingin melihat aku bercinta. Katanya itu adalah perkara perlu semasa aku menginjak dewasa. Psh.

"O..oh yang itu kawan Seul." jawab aku dengan cara yang lebih selamat. Kedua belah tangan aku genggam erat bagi mengelakkan rasa gugup yang mula menjalar keseluruh badan aku. Menipu bukanlah kepakaran aku kerana aku tahu wajah aku akan jelas menunjukkan yang sebaliknya jika aku menipu. Lagipula, aku tidak sanggup berbohong terhadap ibu aku. Jarang sekali aku berbohong kepadanya.

Kerana aku percaya pembohongan itu cuma membawa kepada kerenggangan sesuatu hubungan. Dan aku yakin tiada siapa yang mahu hubungan mereka dengan ibu bapa merenggang.

Tapi apa yang aku lakukan sekarang? Aku baru sahaja menipunya. Baekhyun bukan rakan aku. Jauh sekali teman lelaki. Sejujurnya aku sendiri tidak tahu siapa lelaki itu terhadap aku. Baekhyun tiba-tiba sahaja muncul dan itulah caranya dia terlibat didalam hidup aku. Ianya begitu rawak. Tahu-tahu sahaja lelaki itu sudah berani mencium aku. Katanya lah. Aku masih tidak mahu mengaku jika benar lelaki itu mencium aku malam semalam. Di bibir pula tu. Ish.

Berkecai terus lamunan aku apabila ibu aku berpusing untuk menghadap aku. Wajah wanita itu masih lagi serius. Sumpah ianya agak menakutkan aku. "Ibu tak suka Seul berkawan dengan dia." kata ibu aku dengan nada yang tegas.

Oh, wow.

Boleh aku katakan ini adalah pertama kali aku melihat ibu aku tiba-tiba sahaja berkelakuan begini. Sebelum ini, dengan sesiapa yang aku berkawan, tiada pula dia masuk campur. Katanya aku mempunyai hak dalam membuat keputusan sendiri. Sudah cukup dewasa untuk membezakan yang mana yang baik dan yang jahat. Tidaklah aku ingin mengingkari kata-katanya tadi tapi aku cuma terkejut melihat perlakuannya sekarang.

MaskWhere stories live. Discover now