Seul's POV
"Seul, buka pintu ni." Ketukan bertalu-talu kembali kedengaran pada pintu bilik aku. Suara ibu kedengaran sangat letih kerana memanggil aku tidak henti sejak 5 minit yang lepas.
Bukannya aku ingin bertindak biadap dengannya. Aku cuma risau jika aku berhadapan dengan wanita itu, aku mungkin tidak dapat menahan rasa sebak melihat wajah kecewanya nanti. Sampai sekarang aku tidak berani ingin memberitahunya bahawa aku sudah digantung sekolah.
Apa reaksinya nanti?
Mungkin dia akan rasa aku ini seperti anak yang sangat memalukannya kerana ditangkap mencuri jawapan peperiksaan.
Dan biar aku jelaskan, aku langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan. Walaupun begitu, aku tetap rasa bersalah dan rasa seperti aku anak yang tidak reti menjaga air muka keluarga.
Ibu sahaja yang aku ada sejak kematian ayah aku 11 tahun yang lalu, ketika aku berumur 8 tahun. Bila difikirkan kembali, semuanya seperti samar-samar. Aku langsung tidak dapat mengingati wajah ayah aku dan bagaimana dia meningal dunia.
Ibu kata dia dibunuh dan ketika itu aku berada disekolah jadi aku tidak mengetahui tentangnya. Tapi tetaplah, mustahillah aku tidak boleh mengingati apa-apa tentangnya walaupun secebis memori?
"Ibu ada letak makanan depan pintu ni. Nanti makan ya? Janganlah berkurung dalam bilik tu. Ibu sudah tahu semuanya. Pengetua dah telefon ibu tadi. Ibu percaya Seul tidak buat seperti itu jadi keluarlah ya? Ibu perlu pergi ke tempat kerja dan mungkin ibu tidak akan balik malam ni. Jangan lupa kunci pintu sebelum tidur." sambung ibu aku lagi. Panjang lebar wanita itu berbicara.
Oh, dia sudah tahu.
Aku menggigit bibir bawah aku perlahan lalu bantal yang berada disisi aku itu aku capai lalu aku peluk erat. Wajah aku sembamkan pada bantal lalu mata aku yang sudah kering tadi kembali berair.
Walaupun ibu cakap yang dia tidak marah, aku masih kecewa dengan diri aku sendiri. Kecewa kerana tidak dapat menegakkan apa yang benar. Aku biar diri aku ditindas fitnah orang lain dan buatkan diri aku seperti mengiyakan segalanya.
Selama aku bersekolah disitu, tidak pernah walau sekali aku mempunyai masalah dengan pelajar lain. Lagi-lagi guru disitu. Semuanya normal dan kehidupan aku disitu tiap-tiap hari sama seperti pelajar lain. Keputusan peperiksaan aku juga tidaklah bagus mana tetapi aku sudah cukup bersyukur dikurniakan rakan yang sentiasa bersama aku.
"Sekarang kau boleh rehat. Jangan fikirkan pasal sekolah lagi."
Kata-kata lelaki itu bagaikan terngiang-ngiang di benak fikiran aku. Entah apa yang terjadi pada aku tetapi rasa seperti sebahagian daripada aku ingin menerima apa yang dikatakan dan separuh lagi kuat menentang.
Aku mengaku aku terlalu bekerja keras sejak kebelakangan ini tapi aku sudah tekad untuk melakukan yang terbaik sebelum menghabiskan tahun terakhir aku. Aku sudah berangan-angan nama aku dipanggil diatas pentas sebagai salah seorang pelajar dekan.
Tapi nampaknya...
..semuanya cuma tinggal mimpi.
Dengan rekod yang mengatakan aku mencuri jawapan peperiksaan, aku mungkin tidak mampu untuk mendapat gelaran pelajar tokoh.
HACHOOMMM!!!
Ah sudah.
Kepala aku yang terasa pening itu aku pegang lalu pelipis aku picit lembut. Mata aku terpejam perlahan lalu selimut aku tarik sehingga melepasi dada.
Ah, aku sepatutnya terus mandi selepas sampai ke rumah tadi.
No One's POV
Tangannya menyiku lengan rakannya, memberi isyarat supaya gadis itu jalan terlebih dahulu. Mata ketiga-tiga gadis itu tetap pada sebuah rumah teres yang berdiri gah dihadapan mereka. Sedari tadi tiada yang berani untuk menekan loceng.
YOU ARE READING
Mask
Mystery / ThrillerSetiap kali pembunuhan berlaku, Pembunuh itu hanya meninggalkan satu petunjuk. Topeng misteri tu... buatkan satu sekolah aku menjadi paranoid untuk keluar berseorangan. "Is it you?" "The Mask?" "..." "Yes." (Book cover tu Anne buatkannnnnn♡)