8🎈The Vampires' Attack

8.9K 445 8
                                    

[Media]
Bebola plasma sihir kilat

***

"Chris! Chris!" awal pagi lagi aku sudah mengetuk pintu bilik Chris berkali-kali. Bagai nak roboh pintu itu. Setelah hampir sepuluh kali mengetuk, barulah pintu bilik itu terbuka. Chris berdiri di ambang pintu dengan dahi yang berkerut. Wajahku dipandang tajam.

"Kau nak apa datang bilik aku? Pagi-pagi lagi dah bising," soal Chris, dingin. Melihatkan kot putih seperti doktor dan pelindung mata yang dipakainya, aku mengagak berkemungkinan besar aku sedang mengganggu kerjanya.

Aku menunjukkan kedua-dua belah tanganku. "Saya minta maaf kalau saya kacau awak tengah buat kerja. Tapi, saya ada masalah. Tadi lepas saya bangun tidur, tiba-tiba je tangan saya rasa panas. Tak lama lepas tu, saya nampak macam arus elektrik tengah mengalir bawah kulit saya ni! Apa yang peliknya, bila saya angkat tangan saya ke atas macam ni" aku meluruskan tanganku separas dada seperti orang sedang meminta  makanan. "ada pancaran kilat yang tiba-tiba muncul! Habis pecah pintu bilik air saya! Saya tak tahu nak buat apa! Saya terkejut sangat tadi!" aku memandang Chris dengan riak cuak. Perasaan terkejut, takut dan resah semuanya bercampur-baur menjadi satu.

Chris terkaku seketika. Dia kehilangan kata-kata. Aku lihat dia mengurut dagunyahabit yang biasa dia lakukan jika sedang memikirkan sesuatu.

"Apa yang dah jadi kat saya sebenarnya? Saya tak normal ke? Atau cuma saya yang berhalusinasi sendiri?" aku terus-terusan mengasak Chris dengan soalan-soalan sebegitu.

"Sejak bila benda macam ni berlaku pada kau?" Chris menyoalku. Kali ini intonasinya lebih tenang.

Aku cuba bertenang. Otakku ligat mengingati semula bila waktu kali pertama aku mendapat simptom-simptom seperti ini.

"Sebenarnya sejak umur saya 8 tahun, setiap kali saya marah atau merajuk dengan papa atau mama, badan saya mesti rasa panas. Papa dan mama saya selalu juga ulang-alik bawa saya ke klinik. Tapi, doktor cakap yang saya cuma diserang demam biasa. Waktu tu, saya baru mula kenal ayah. Papa dan mama saya memang rapat sangat dengan ayah, jadi sejak tu, ayah ambil saya sebagai anak angkatnya."

"Selepas setahun, gejala panas badan saya ni dah mula berkurangan. Tapi, bila umur saya mencecah 16 tahun, selepas kematian papa dan mama, simptom yang sama berulang semula. Cuma waktu tu saya bukan setakat rasa panas dalam badan, tapi saya rasa macam ada sesuatu yang mengalir dalam badan saya— laju dan banyak. Macam arus elektrik. Saya tak tahu benda apa dalam badan saya waktu tu. Jadi, saya cuba tanyakan pada ayah, tapi ayah cakap itu perkara biasa untuk perempuan yang tengah membesar. Ayah kata saya mungkin tertekan dengan kehilangan papa dan mama. Saya mengaku memang betul apa yang ayah cakap. Saya memang sedih bila papa dan mama meninggal, lebih-lebih lagi sebelum tu, papa kahwin dengan seorang perempuan yang sekarang ni dah jadi ibu tiri saya. Tak cukup dengan tu, ayah pula meninggal dunia beberapa bulan selepas kematian papa dan mama. Saya tak boleh terima hakikat. Saya marah dan kecewa, tapi saya cuma diamkan je."

"Selepas setahun, saya dah boleh terima hakikat yang ayah, papa dan mama dah tak ada. Saya cuba berbaik dengan ibu tiri saya dan akhirnya saya dapat menerima dia dengan hati yang terbuka. Dan yang terbaru ni, waktu saya berbual dengan Edwin malam tadi, saya dapat rasakannya. Saya dapat rasa kehadiran suatu bentuk tenaga dalam badan saya. Tapi apa yang peliknya, kali ni saya tak rasa panas langsung. Saya cuma dapat rasakan daya aliran tenaga elektrik tu je. Benda ni bila saya semakin membesar, dia jadi semakin kuat. Saya tak boleh nak elak, Chris. Saya tak tahu apa yang berada dalam badan saya. It feels like a strong elektromagnetic force is creeping through my veins or something. I don't know..." selesai bercerita, aku mengeluh perlahan. Butir cerita dan perbualan yang lebih terperinci antara aku dan Edwin tidak aku ceritakan dengan lebih lanjut kepada Chris. Cukuplah dia tahu apa yang dia perlu tahu. Aku tak yakin yang aku sanggup untuk mendedahkannya.

Diabolic [[✔]]Where stories live. Discover now