[Media]
Who can tell if he's Reece or nahh?***
Langit kian gelap. Sebentar lagi, senja bakal melabuhkan tirainya. Sebaik saja itu berlaku, maka aku akan mulakan ritual untuk menarik semula roh Reece masuk ke dalam jasadnya.
Aneh. Walaupun jasad lelaki itu sudah terbaring kaku di dalam kerandanya selama dua minggu, aku perhatikan tiada tanda-tanda pereputan atau kecacatan pada mana-mana bahagian tubuhnya. Jasdnya masih elok seperti mayat yang baru saja mati.
Luka berlubang pada leher Reece hampir kering dan semakin pulih. Chris memang hebat. Formula antidot yang dihasilkannya memang berkesan dan berjaya digunakan ke atas Reece. Kesemua sisa dan serpihan perak yang melekat pada sekitar luka itu dapat dibersihkan dan terlupus dengan mudah.
Aku perhatikan keadaan di luar rumah melalui tingkap sekali lagi. Yakin dengan keputusanku, aku mencapai sebilah pisau pemotong buah yang sudah tersedia di sisiku.
Oleh kerana aku memakai gaun tidur putih tanpa lengan, maka ianya lebih mudah untuk aku menghiris lengan kiriku menggunakan pisau buah tersebut.
Darah merah mengalir keluar dari luka tanganku. Menitis sehingga ke lantai. Cepat-cepat aku sedut dan kemam di dalam mulut.
Aku renung wajah pucat Reece sekali lagi. Kemudian, kepalanya aku pangku dengan sebelah tangan sebelum aku membawa bibirku ke bibirnya yang sedikit terbuka dan dingin seperti ais.
Darah yang berada penuh di dalam mulut kupindahkan ke dalam mulut Reece dengan menolaknya menggunakan lidah. Kemudian, aku sedut lagi darah merah dari lukaku sebelum mengulang lagi hal yang sama kepada Reece.
Setelah darah pada lenganku agak kering dan tidak menitis lagi, aku berhenti seketika. Sisa darah yang melekat pada bibirku dikesat menggunakan belakang tapak tangan.
"This should work..."
Aku menghampiri Reece sekali lagi, kemudian melekapkan kedua-dua tapak tanganku ke pipinya. Dia masih kaku tak bergerak.
Aku pejamkan kedua-dua mata sambil tangan masih kekal di posisi tadi. Kemudian, aku mula melafazkan satu rangkai mantera sihir yang diajar oleh Edwin siang tadi.
Dari bintang dalam berjuta bintang
Dari langit berganti malam dan siang
Serangkai mantera dari bangsa manusia
Panggilan kembali roh ke alam nyata.Permukaan kulit tanganku mula mengeluarkan cahaya kebiru-biruan. Aksara-aksara purba turut timbul membentuk rangkaian seperti akar sebuah pokok ara. Aku mula merasakan renjatan elektrik itu. Ianya semakin lama semakin jelas. Aku cuba menyalurkan sepenuh tumpuan dan tenagaku kepada Reece. Aku harap dengan cara ini, roh Reece dapat mencari jalan pulang dan kembali ke jasadnya.
Selesai mantera sihir dilafazkan, renjatan elektrik itu hilang dari tubuhku. Cahaya biru dan rangkaian aksara tadi turut lenyap. Hanya wajah Reece saja yang masih bercahaya dan urat-urat halus berwarna biru juga masih menjalar di sekitar wajahnya. Kemudian, merebak sehingga ke leher, dada, tangan sehinggalah ke tapak kaki lelaki itu.
Aku undur beberapa tapak ke belakang sambil menyaksikan keajaiban yang sedang berlaku di depan mataku saat itu.
Tubuh Reece kelihatan sangat cantik apabila bercahaya begitu. Malah sinarnya juga terlalu terang dan menyilaukan mataku. Oleh itu, aku menghadang penglihatanku menggunakan tangan untuk seketika waktu.
Setelah benar-benar yakin cahaya itu sudah hilang dari pandangan mata, barulah aku turunkan tanganku. Kemudian, aku dikejutkan dengan bunyi kayu berkeriuk seperti ditindih dengan sesuatu yang sedang bergerak.
Bila aku hampiri keranda putih itu, aku lihat Reece sedang cuba menggerakkan tangannya untuk bangun dari pembaringan.
Satu senyuman lebar menghiasi wajahku. Aku tak dapat gambarkan betapa gembiranya perasaan aku ketika melihat tubuh yang kaku selama 2 minggu lalu, kini telah berupaya bergerak seperti sebelum ini.
"Reece?" aku memanggil nama itu ketika melangkah mendekati kerandanya.
Reece menoleh dengan mata yang membulat.
"LISARA!" jeritnya kegirangan. Reece tersenyum lalu dengan sepantas kilat dia melompat keluar dari keranda dan meluru ke arahku.
"Oh my god! I miss you so much, little bitch!" teriak Reece lalu menarikku ke dalam pelukannya. Aku membalas pelukan lelaki itu diiringi dengan titisan air mata kelegaan.
"I thought I was gonna lose you..." ujarku dalam sebak. Reece mengeratkan pelukannya sambil sebelah tangannya mengusap lembut rambutku.
"Me too... I thought I was gonna stay in that horrible place forever. Thanks to you, I'm back. I really miss you, Lisara... Thank you so much," ucap Reece, lembut intonasinya. Kemudian, dia mungucup ubun-ubun kepalaku.
Lama kami berkeadaan seperti itu. Aku rasakan masa seolah-olah berhenti bergerak. Bumi pula seakan sudah berhenti berputar. Kami bagaikan hilang dalam lautan masa tanpa sebarang bicara. Hanya desah nafasku saja yang kedengaran di sebalik kesepian itu.
Setelah agak beberapa lama, akhirnya Reece meleraikan pelukannya. Kemudian, kami saling berlaga renungan. Anak mata biru nilam milik Reece kini tegar menatapku dalam. Aku hanya mampu membalas renungan itu dengan pipi yang sudah membahang.
"Awak tak perlu berterima kasih dengan saya, Reece. Kalau bukan sebab awak yang berusaha untuk cari saya, mungkin sampai sekarang saya takkan tahu macam mana caranya untuk bebaskan awak. All the credit goes to you," akhirnya aku bersuara demi memecahkan tembok hening antara kami.
Gara-gara renungan Reece yang begitu dalam seolah-olah mahu meng'X-ray' diriku, aku jadi gementar dan malu.
"Sebab kau la aku kuat, Lisara. Aku cari jalan untuk jumpa dengan kau semata-mata sebab aku nak balik semula kepada kau. Entah la, aku tak boleh fikir benda lain selain kau sepanjang aku berada kat tempat jahanam tu. I just miss you so damn much! And... I guess I've started to like you even before. Maybe... Love?" Reece mengangkat sebelah keningnya.
Aku tak mampu tahan diri sendiri daripada tersenyum.
"Guess I love you too?" giliran aku pula menjungkitkan kening. Reece tergelak, kemudian dia menarik tubuhku ke dakapannya semula sambil menarik nafas panjang.
"Hahhhhhhh.... It really feels like home..." gumam Reece perlahan.
***
[907 words]
YOU ARE READING
Diabolic [[✔]]
VampireSetelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Ackerman. Tanpa sedar, rumah itu dihuni oleh sekumpulan puntianak remaja 7 bersaudara yang menawan mata h...