[Media]
Sis search gambar macam ni kat Google, takut pulak tengok hasil carian. Haihh... Meremang bulu roma tengok ilustrasi keadaan kat sana tu.Maaf. Ini cuma gambaran sis je. No offense, okay? Sis takda niat nak buat ajaran sesat kat sini. Nama pun novel vampire selit-selit unsur fantasi, kan?
-_-***
"Lisara..."
Aku angkat kepala. Pembacaanku terbantut apabila namaku dipanggil Edwin. Dia kini mengambil tempat duduk di sebelahku di atas sofa ruang tamu.
"Ada apa, Edwin?" aku menyoal. Suaraku masih serak dan mataku masih sembab akibat terlalu banyak menangis malam tadi.
Aku masih sukar melupakan Reece walaupun sekarang sudah hampir seminggu dia pergi meninggalkan aku.
Edwin kelihatan serba-salah. Aku tetap menunggu bicara apa yang ingin dia sampaikan.
Sebenarnya aku tak ada semangat untuk bercakap dengan sesiapa sekarang, tapi memikirkan Edwin yang agak prihatin dengan keadaanku sejak kebelakangan ini, aku jadi tak sampai hati nak memulaukannya.
"Kenapa ni? Awak ada hal penting ke nak cakap dengan saya?" aku mengulang soalanku dalam versi berbeza.
"Sebenarnya, aku nak cakap yang minggu depan ada majlis tari-menari anjuran White Academy. You know, Prom Night Party."
"Majlis Prom?" aku mengerutkan dahi. Bukan kerana aku tak tahu apa itu prom, tapi aku hairan, puntianak pun ada majlis prom juga?
"Yeah, it would be a bit different because there'll be no human, except bunch of vampires," balas Edwin.
"Okay, so?" aku bertanya acuh tak acuh, sekadar melayan Edwin berbual.
Edwin tiba-tiba menarik tanganku lalu menggenggamnya erat. Aku terkejut bercampur hairan.
"I just wanna ask if you would like to be my partner on that night? Be my queen for just one night, only if you don't mind," Edwin akhirnya berterus-terang. Aku terdiam.
"S-Saya tak tahu menari!" aku beri alasan. Walhal aku tak berminat untuk pergi ke majlis itu.
"Tak apa. Tak susah pun. Saya boleh ajar," balas Edwin. Dia nampak bersungguh-sungguh sekali.
Tiba-tiba, kami berdua dikejutkan dengan suara Louis dan Adam yang menyampuk perbualan kami.
"Discussing prom without me, Edwin? Really?" Louis memerli.
Edwin menarik tangannya semula. Tumpuannya beralih kepada Louis dan Adam.
"What's wrong with you guys? Jangan la rosakkan hari aku," sama ada Edwin berseloroh atau memang tak puas hati, yang penting dia cuba berlagak biasa macam tak ada apa-apa yang berlaku antara kami tadi.
"Aku cuma nak periksa kalau-kalau kau lagi advance daripada aku," balas Louis, penuh maksud tersirat. Pandangannya dialihkan kepada aku seketika sebelum kembali memandang Adam.
"Adam, what do you think?"
"Prom Night Party is all about meals and drinking blood liquor. I like that idea!" Adam menjawab. Macam biasa, creepy.
YOU ARE READING
Diabolic [[✔]]
VampireSetelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Ackerman. Tanpa sedar, rumah itu dihuni oleh sekumpulan puntianak remaja 7 bersaudara yang menawan mata h...