[Ariana's Point Of View]
***
"Apahal dengan perempuan tu hah?! Suka hati dia je buat keputusan sendiri! Dia ingat dia tu siapa?!"
Sejak tadi lagi kepala aku berasap dengan Lisara. Bila dia menghilang dari pandangan mata aku, aku terus rasa macam nak memaki-hamun si manusia tu!
"Sabar la weh! Kau tak faham yang Lisara sayang gila kat ibu tiri dia, sebab tu dia nekad nak cari jugak Maria tu!" Reece tiba-tiba mencelah. Yang lagi menyakitkan hati aku, boleh pula dia sokong Lisara!
"Kau diam la, Reece! Masalahnya sekarang ni, kalau Monica datang balik ke sini kejap lagi macam mana? Kalau dia jumpa Lisara kat dalam tu, mampus perempuan tu nanti!" aku membalas kata-kata Reece dengan intonasi tinggi. Peduli apa, kan? Aku lagi tua daripada dia.
"Dah-dah la tu kau berdua ni! Jangan bertekak boleh tak? Lebih baik sekarang ni kita sembunyikan dulu mereka bertiga sebelum sesiapa nampak kita semua kat sini," Edwin menyampuk.
"Betul tu. Bukannya masalah boleh selesai kalau kau berdua bergaduh. Lagi melambatkan masa adalah!" kata Louis pula.
Ah, betul juga cakap mereka ni! Nak tak nak, aku kena juga mengalah.
Akhirnya, kami mencari tempat yang agak terpencil untuk menyembunyikan Chris, Kyle dan Yoru buat sementara waktu ini- iaitu di sebalik pokok-pokok besar di kawasan itu.
"Sekarang kita nak buat apa?" tanya Adam.
"Aku cadangkan tiga orang berjaga kat sini. Lagi dua orang pergi check on Lisara inside there," cadangku.
Edwin mengangguk tanda dia bersetuju dengan cadanganku.
"Biar aku masuk," Reece bersuara.
"Aku ikut Reece," kata Edwin pula. "Ariana, kau tunggu sini dengan Louis dan Adam. Kalau kau nampak sesiapa nak masuk dalam gua tu selagi aku, Reece dengan Lisara belum keluar, kau orang tolong lengahkan mereka. Lagi-lagi Monica, boleh?"
"Geez..." aku berdecit. Geram apabila disuruh-suruh begitu oleh Edwin. Kalau bukan kerana Lisara, mesti kami dah lolos daripada tempat ni!
Sebaik saja Edwin dan Reece bergerak pergi, aku berpandangan dengan Louis dan Adam.
"Stop looking at me like that!" aku menyergah si kembar itu. Mana taknya? Mereka tiba-tiba saja tenung aku macam aku ni pembunuh bersiri!
"Kau ni kenapa sakit hati sangat dengan Lisara?" Louis membuka mulut. Sambil itu, Adam pergi mencari tempat selesa untuk bersandar.
"Apa maksud kau ni?" berkerut keningku mendengar soalan Louis.
Sebenarnya, aku faham soalan dia, cuma aku sendiri tak pasti apa jawapan kepada soalan itu.
Kenapa aku sakit hati dengan Lisara?
Entahlah. Aku tak tahu. Kalau diikutkan selama ni perempuan tu tak pernah nak cari pasal dengan aku, cuma aku yang selalu marahkan dia.
Aku pun tak faham kenapa aku selalu sangat rasa tak puas hati dengan dia, walhal Lisara tu sebenarnya nampak baik je.
Ah, mengarut! Apasal aku nak puji dia pulak?!
"Alah, aku tahu la kau ada hati kat Chris, kan? Sebab tu sejak Lisara datang sini, kau layan dia teruk. Aku tahu kau cemburukan Lisara sebab Chris selalu bagi perhatian kat dia. Mengaku je la!" Louis memandangku bersama sengihan penuh makna pada wajahnya.
YOU ARE READING
Diabolic [[✔]]
VampireSetelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Ackerman. Tanpa sedar, rumah itu dihuni oleh sekumpulan puntianak remaja 7 bersaudara yang menawan mata h...