Saya baru balik majlis perjumpaan dan dialog bersama industri, penat rasanya berperang mulut dengan orang yang tidak faham dengan tugas-tugas pegawai JAS.
Berbuih mulut cakap banyak-banyak tapi kesudahannya begitu juga pemahamannya.
Sakit hati dan marah tapi saya masih mampu bersabar. Kawal diri.
Alhamdulillah! Saya pujuk hati. Kerja itukan ibadah.
Kemudian saya terima mesej dari sahabat. Wah! ada berita gembira rupanya. Tahniah kawan!
Beliau hadir temuduga jawatan yang sama dengan saya bulan lepas dan beliau berjaya.
Alhamdulillah! Saya tumpang gembira.
Dapat tahu sahaja, saya pun terkocoh-kocoh balik ofis untuk tengok keputusan temuduga saya pula.
Keputusannya, apa?
Tidak berjaya ditemuduga. Kecewa.
Alhamdulillah! Saya redha, tapi dalam hati menangis. Huhuhu.
Belum ada rezeki. Sabar. Sabar.
Selepas itu, dapat pula panggilan dari sahabat yang juga hadir temuduga yang sama dengan saya di Putrajaya.
Keputusannya juga mengecewakan. Tidak berjaya ditemuduga.
Katanya, "Kau berprasangka baik saja Jah. Allah sahaja yang Maha mengetahui segalanya."
Sedih. Berair mata.
Macam-macam perasaan bercampur baur. Sekejap marah, sekejap kecewa, sekejap gembira, sekejap sedih.
Fuh!!
Saya tarik nafas panjang-panjang. Ini semua ujian dari Allah. Ada sebab setiap sesuatu yang berlaku itu.
Bila fikir-fikir balik, memang betul.
Kena belasah dalam majlis dialog, sebenarnya saya dapat refresh kembali ilmu dalam bidang kerjaya saya. Selain dapat juga meningkatkan lagi skil komunikasi.
Paling seronok, saya dapat membentuk keberanian dan kekuatan diri. Kebal menjawab dan menepis soalan-soalan berapi.
Kawan berjaya temuduga, saya lah insan paling gembira. Sekurang-kurangnya tips yang saya beri pada beliau menjadi.
Gagal dalam temuduga, saya dapat belajar untuk berusaha lagi dan lagi untuk berjaya. Untuk info, ini adalah temuduga saya yang kedua untuk jawatan yang sama dalam tempoh dua (2) tahun.
Bak kata suami saya, kalau lapan (8) tahun boleh bersabar untuk dapatkan anak, apa lah salahnya bersabar untuk dipanggil temuduga lagi. Jangan putus asa!
Setiap kekecewaan dan kegagalan itu semua Allah dah aturkan cantik untuk kita. Hanya kita saja yang perlu menghadapi dan menilai setiap satunya dari sudut positif.
Allah adalah sebaik-baik perancang dan setiap ketentuan-Nya pasti ada hikmah disebaliknya.
YOU ARE READING
Cerita Aku Buat Kamu
Short StoryKisah benar yang ditulis dan dikongsi di Facebook. Semoga bermanfaat dan menginspirasi.