Cinta Masjid

37 1 0
                                    

Kau ke masjid bukan sebab kau nak menunjuk kau ni orang yang baik-baik. Bukan juga sebab ada majlis sungkai atau moreh selepas terawih.

Eh, bukan! Bukan!

Perbetulkan niat. Niat kerana Allah, kerana cintakan rumah-Nya. Niat kerana ingin beribadah.

Jika kau tiada halangan dan keuzuran ambillah tempat di rumah Allah. Pintunya sentiasa terbuka, ruangnya luas.

Bulan inilah masa kau nak rebut peluang keemasan. Bukan lama sangat, paling-paling pun 2 jam dalam tempoh 24 jam yang kau ada. Itupun cuma untuk 30 hari dalam 365 hari. Tak lama mana aih!

Kalau kau tak mampu nak berterawih, niat saja beritikaf di masjid. Lepas tu kau tolong bentangkan sejadah untuk orang bersolat. Senang-senang ja kau kumpul pahala.

Kemudian, kau duduk baca Al-Quran dan paling tidak pun kau berzikir memuji-muji Allah dan berselawat ke atas Nabi.

Kau nak lagi pahala, kau jangan lupa bawa duit barang seringgit dua untuk masuk dalam tabung masjid. Tak cukup tu kau bawa makanan atau minuman untuk jamu orang makan lepas terawih.

Kalau semua tu pun kau tak mampu nak buat, kau senyumlah kat jemaah masjid dengan niat sedekah dan memanjangkan ukhwah.

Ya Allah, mudahnya menjemput pahala di masjid. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, pahalanya berlipat kali ganda weh. Dari niat, saat kau mengatur langkah ke masjid dan sehingga kau melangkah keluar masjid semua ada ganjarannya.

Jom ke masjid!


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 12, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita Aku Buat KamuWhere stories live. Discover now