[Di Amarika,Delto]
Aku Lee Shinji. Aku suka main lawan –lawan. Cita-cita aku nak jadi super hero. Sangat klise kan? Tapi itu la aku. Ada sesiapa suka berkungfu? Ada? Tiada? Haaa! Lantak la. Kisah pulak aku. Yang pasti aku minat sangat lawan-lawan ni dan rutin harianku setiap petang akan berlatih seni bela diri kat satu tempat lapang yang tiada orang tahu kewujudan tempat tu.
Ok. Cukup la diskripsi tentang diriku. Mari kita kembali pada jalan kisahku.
Aku tengok jam. Pukul 4.30 petang. Okay! Masa untuk berlatih. Aku siap ala kadar dan oh tak lupa juga bawa air masak. Nanti haus susah..hehe..
Aku keluar bilik tidur. Turun je tangga aku terdengar suara ayah menjerit.
"Tengok semua sekolah dah tak nak terima Lee masuk sekolah!Ini semua salah awak!" Marah ayah.
"Mungkin kita boleh masukkan Lee di sekolah Asia," cadang ibu pula.
Well, aku lupa nak bagitau korang semua. Ini Puan Rose, ibu tercinta aku. Sangat sporting dan pandai memasak. Aku sayang ibu. Dan ini Encik Nakajima, ayah aku. Seorang yang sangat tegas. Yup seperti yang korang agak, iya ayah aku memang asal dari Jepun. Ibu aku pula orang cina dari Malaysia. Dengar cerita mereka berjumpa masa belajar dan terus bercinta seterusnya mendirikan rumah tangga.
Oh berbalik pada masalah ayah menjerit tadi. Merujuk pada kes buang sekolah. Iya aku kena buang sekolah sebab tuduhan memukul pelajar-pelajar. Disebabkan itu aku kena buang sekolah. Tapi tunggu. Bukan macamtu. Cerita sebenarnya ialah aku cuba hendak menolong Ramy dari kena buli dengan geng Black Mambar tapi lain pulak yang jadi. Aku ditangkap dengan cikgu disiplin pula.
"Lee, kamu pindah sekolah di Asia ya," pujuk ibu.
"Tak nak! Saya tak ada kawan la," kata aku. Serius tak mahu aku. Nanti takde kawan susah.
"Dengar sini, kamu kata kamu nak jadi super hero kan? Pak Cik kamu tinggal di Asia jadi kamu perlu lindungi Pak cik kamu," pujuk ibu.
Melindungi seseorang? bunyi macam menarik je..
"Baik saya setuju," aku mengalah.
YOU ARE READING
Budak Kungfu
ActionNovel ini mengisahkan seorang pelajar yang bernama Lee Shinji yang meminati kungfu dipaksa bersekolah di Asia atas sebab kes kena buang sekolah iaitu atas kesalahan tidak pernah dia lakukan. Mampukah dia melindungi orang yang disayangi? Nikmati la...