The End (part 1)

59 7 0
                                    

Aku bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk ke hospital. ya aku nak melawat Cikgu Merlin. Oh, pasal kaki aku dah okey dah tak sakit lagi. Aku pergi ke rumah Suzu dahulu sebab nak ajak dia teman aku.

"Suzu... Suzu..." aku memanggil Suzu dari luar rumah.

"Sekejap ya. Saya nak pakai kasut," Suzu mengambil kasutnya dan menyarungkannya ke kaki.

--

[Di hospital]

Cikgu Yushida terlebih dahulu sampai sebelum Lee dan Suzu. dia mengupas kulit oren dan memasukkan buah oren itu ke dalam mulut. Cikgu Merlin sudah pun sedar. Dia melihat Cikgu Yushida makan buah oren.

"Masam ke buah tu?" tanya Cikgu Merlin.

"Tak la manis" jawap Cikgu Yushida.

Tok.. tok.. tok

Pintu diketuk. Lee dan Suzu baru sampai. Lee menghampiri Cikgu Merlin.

"Cikgu Merlin maafkan saya," Lee meminta maaf atas perbuatannya.

"Tak ape la Lee.  Lain kali jangan buat lagi," jawap Cikgu Merlin.

"Bila cikgu boleh keluar?" tanya Suzu.

"Sekejap lagi. Kamu dah tengok surat khabar hari ni ?" kata Cikgu Merlin.

Lee keluar dari bilik rawatan dan pergi ke kauter dan bertanya kepada nurse.

"Ada tak surat khabar hari ni?"

"Nah, ini surat khabar hari ini."

Lee menyelak nyelak surat khabar tersebut dan ternampak gambar seekor arnab.

"Eh! Ini bukan ke Midyon?" kata Lee kepada Suzu.

"Ya. Lee cuba awak baca yang ini pula," Suzu menunjukkan sesuatu di surat khabar.

Sekumpulan penjenayah mencuri dan menjual haiwan dengan harga yg tinggi masih diburu pihak polis.

Lee mengajak Suzu dan Cikgu Yushida untuk pulang. Tempat ni sangat bahaya.

semasa ingin keluar dari hospital empat orang lelaki berlari dan menyerang aku, Suzu dan Cikgu Yushida.

"Lari!" jeritku supaya Suzu dan Cikgu Yushida pergi dari situ.

Mereka serang aku serentak. Aku menghalang serangan mereka semula. Aku menyepak kepala lelaki pertama. Aku menumbuk perut lelaki kedua dan menendang dada lelaki ketiga. Aku berlari ke arah Cikgu Yushida dan Suzu yang diheret oleh dua orang lelaki untuk masuk ke dalam perut van yang berwarna hitam.

aku menendang tangan lelaki yang mengherit cikgu Yushida tapi malangnya lelaki pertama yang menyerang aku tadi menarik baju aku kebelakang dan menendang perutku. Aku mengejar mereka. Sementara itu Cikgu Yushida dan Suzu telah pun masuk ke dalam van hitam itu.

"Cikgu! Suzu!" jeritku.

Mereka berjaya melarikan diri. Tetapi mereka meninggalkan sehelai kertas bersama amaran. Di dalam kertas itu tertulis.

"Jika kamu nak Cikgu dan kawan kamu selamat bawa arnab itu ke gudang bersebelahan dengan laut di Shang Hai."

--

Aku pergi ke kedai haiwan bersama pakcik Shizo. Aku mencari arnab yang berwarna putih seakan akan serupa dengan Midyon. Midyon aku tinggalkan saja dirumah Suzu. Aku membonceng skuter bersama pakcik untuk pergi ke gudang.

Sekarang dah malam gelap. Aku dah pon sampai dekat depan gudang ni. Aku masuk ke dalam gudang bersama pakcik. Aku ke kanan manakala pakcik pula ke kiri.

Budak KungfuWhere stories live. Discover now