Aku... dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku tapi aku tak pasti apa.
----------------------------------
Dari dalam kereta Mitsubishi putih. Terdapat seorang lelaki dan seorang wanita. Ya mereka dari kumpulan Dark Side. mereka sedang mencari kelibat Lee di sekolah High School Tang Ho."Kau ni biar betul? Ini ke sekolah budak tu?" tanya perempuan itu.
"Yela ini la sekolah budak tu. cuba kau tengok betul-betul," kata lelaki itu pula.
Hampir setengah jam mereka berpusing-pusing di kawasan sekolah tetapi tidak menemui Lee.
----
Aku dan budak kelasku turun ke bawah untuk ke bilik seni. Aku terlihat seseorang yang cuba membuli pakcik Shizou. Kesian Pakcik kerana diperlakukan sebegitu . Pakcik tidak melawan dia seorang yang penakut. Merah mukanya akibat di malukan di hadapan pelajar perempuan dan depan Cikgu Yushida.
'Aku mesti buat sesuatu,' bisik hati kecil Lee.
"Hem.. korang kenal tak cikgu tu?" tanya aku ingin tahu.
"Oh, itu Cikgu Merlin. Ramai pelajar cakap dia tu kejam," terang Leo.
Tiba-tiba sekumpulan pelajar. entah dari mana tak datang. sesedap dia je main langgar aku.
"Woi! Jalan tu pakai mata bukan hidung," kata seorang pelajar yang lebih tinggi dari aku.
"Er.. maaf," kataku dan terus berjalan.
"Jadi kau lah Lee Shiji yang kononnya kuat?" tanya dia lagi.
aku hentikan langkahku.
"Ye. aku Lee Shiji kau ada masalah ke?" tanyaku tenang.
"Aah. Aku memang ada masalah dengan kau," katanya dengan nada yang geram.
"Hek ele. Kalau kau hebat marilah lawan dengan kami," cabar seorang lagi lelaki.
"Aku on je. Tapi aku tak nak la dekat sini kita lawan dalam tu," aku menunjuk ke arah papan maklumat yang tertulis hari Ahad ini akan diadakan perlawanan kungfu.
"Baik kami tunggu kau di sana," kata lelaki yang melanggar aku tadi.
YOU ARE READING
Budak Kungfu
ActionNovel ini mengisahkan seorang pelajar yang bernama Lee Shinji yang meminati kungfu dipaksa bersekolah di Asia atas sebab kes kena buang sekolah iaitu atas kesalahan tidak pernah dia lakukan. Mampukah dia melindungi orang yang disayangi? Nikmati la...