Korang mesti nak tau kan siapa menang perlawanan. hemmm .. nanti saya flashback balik untuky korang. sebenarnya saya nak lajukan sikit cerita ni. baiklah flashback semula. linki start.
Flashback.
Perlawanan kedua Lee lawan dengan Hyuga. Lee menang. Dia membuat satu perangkap dimana Hyuga telah pon termasuk perangkapnya. kesimpulannya Lee menang. (hahaha sakit hatikan bila dapat baca tapi pendek jalan cerita). baiklah saya akan ceritakan perkara sebenar.
"Arghh... rasakan ni," Hyuga meluru laju ke arahku.
Aku menghalang serangannya dengan menendang bahagian pinggang kirinya. Hyuga terjatuh. aku dapat satu markah.
Hyuga bangun semula. Aku berada depan dia. Hanya beberapa tapak saja yang memisahkan kami. Aku cuba fikirkan sesuatu.
"Macam mana nak buat dia masuk perangkap aku," bisik Lee di dalam hatinya.
Ya tektik yang selalu digunakan bila kecemasan iaitu tektik mengejek.
"Marilah sini si Hyuga lembab," aku membuat aksi seperti memanggil.
"Marilah sini.. uwek," kali ni aku membuat muka sambil menunjuk lidah.
Hyuga berasa bengang dengan perbuatanku. Dia berlari dengan laju ke arahku. Aku hanya membiarkan saja. Tiba di satu masa yang sesuai baru aku mengelak.
"Sekarang!" kataku dia dalam hati.
Aku mengelak ke tepi dan menungkai kaki. Hyuga masih lari berkari.
Bam!
Hyuga jatuh sekali lagi.
Hidungnya merah berserta mukanya. Dia memang sangat marah. Mana taknya sesuka hati je Lee ejek dia. Hyuga menendang aku bertubi-tubi dibahagian lutut dan menolakku jatuh sebaik saja aku cuba menyerang.
"Ahhhh!!" jerit Lee kesakitan.
"Kamu akan dibatalkan perlawanan," kata pengacara.
Aku masih lagi terbaring di atas lantai. Aku hampir menangis tetapi aku tahan juga. Tiba-tiba datang pakcik Shizou entah dari mana tah. Dia bawa aku ke hospital.
Sampai dihospital aku terus dirawat oleh doktor.
"Doktor bagaimana keadaan anak buah saya?" tanya Pakcik kadapa Doktor Ravi.
"Tulang lutut dia tidak dapat bergerak buat masa ni. Jadi kamu tak boleh berlawan," kata Doktor Ravi sambil mengerakkan kakiku ke kiri dan ke kanan.
"Tolong la pakcik kali ni. kali je. berilah saya peluang untuk buktikan yang saya boleh," aku merayau kepada Pakcik.
"Lee awak okey?" tanya Suzu yang baru saja sampai dengan perasaan risau.
Aku tutup mukaku dengan tangan kiriku. Hilang macho aku depan Suzu.
"Saya okey. Sakit sikit je. Jangan risau la," kataku cuba cover sakit.
"Doktor, Suzu boleh tak tinggalkan saya bersama pakcik sekejap," aku meminta izin untuk bersama Pakcik.
Mereka keluar dari bilik rawatan. Suzu menunggu di dewan Shang Hai. Manakala Doktor Ravi kembali bertugas.
"Pakcik jangan beritahu ibu tentang perkara ya. Saya tak mahu dia risau," kataku.
Pakcik mengangguk dan berkata.
"Lee, kamu dah tak boleh berlawan lagi. Kalau kamu berlawan juga berkemungkinan lutut kamu akan retak dan patah," kata Pakcik dengan perasaan risau.
Pakcik memang sayangkan aku tapi dia lagi takut dengan ibu. kalau ibu tahu hal ini pasti dia akan bawa aku kembali ke Amarika
"Pakcik. Kali ni saja. Kali ni tolong la yang penting sekarang saya akan buktikan saya boleh dan saya mampu untuk menang," aku membuat muka kesian.
"Kali ni je. Pergi la dan tunjukkan yang kamu boleh!" Pakcik membenarkan aku berlawan buat kali terakhir dan memberikan semangat kepadaku.
Aku pergi semula ke dewan Shang Hai. Semua orang menantikan kehadiran aku. ramai yang bersorak kerana aku masih lagi berani untuk lawan meskipun lutut aku sakit. Suu juga memberi sokongan kepadaku. Ya. Perlawanan kali ini adalah perlawanan penetuan terakhir antara aku dan Mika Tokiya iaitu pesaingku.
"Lee Shinji dah kembal!" jerit pengacara perlawanan.
Kemudiannya perlawanan bermula seperti biasa. Aku memberi tunduk hormat kepada Mika. dia pun melakukan pekara yang sama antara semua pesaing hanya aku dan Mika yang berjaya ke peringkat akhri. Tentang lelaki yang melanggar aku tempoh hari pon aku dah bantai dia cukup-cukup masa perlawanan.
"Fokus Lee fokus," aku cuba fokus dan mengalihkan tumpuang dari memandang lututku.
"Haiya!" jerit Mika berlari ke arah aku.
Dia menyerang aku dengan cuba menumbuk. Aku menghalang semua serangannya. Aku menolak dia jauh dari ku. Dia berlari sekuat hati dan melompat ke arahku. Aku menyerit lutut dan menundukkan sedikit kepalaku. dia terlepas serang tetapi dia tidak berputus asa. Dia pusing ke belakang dan menendang dadaku kebelakang sebaik sahaja aku toleh ke belakang dan bangun.
"Bam!" aku terkeluar dari kawasan perlawanan. satu markah diberikan kepada Mika.
Aku bangung semula. Kami berdua berlari serentak ke arah masing-masing. Aku melompat dan memberi tendangan maut berputar kepada Mika untuk membuat tendangan tersebut Lee mesti lompat setinggi yang boleh supaya serangan dia berhasil. Mika terjatuh ke tepi dan dia memusing-musingkan kepalanya yang pening akibat tendanganku. Ya, sesiapa saja yang melalui perkara tersebut akan pening. Satu mata diberikan kepada aku.
Mika bangun kembali.perasanan marahnya membuak-buak terhadap aku. Dia berlari ke arahku sambil tangan mengepal penumbuk. Aku menghalang dengan memberikan tendangan kaki kanan. Dia menendang kaki kiriku diikuti dengan satu lagi lompatan tepat ke arah lutut kiriku.
"Aaaaagrh," aku mengerang kesakitan yang teramat sangat. aku terterap ke lantai.
Pengacara mula mengira.
Sepuluh.... sembilan.... lapan.... tujuh.... enam..
Aku masih lagi terterap sedaya upaya aku cuba bangun tetapi jatuh semula.
Lima.... empat.... tiga...
aku paksa juga diriku bangun walaupun kaki masih menggigil- gigil aku tetap tabah. Akhirnya aku berjaya jua bangun.
"Lee Shinji, Lee Shinji, Lee Shinji," para penyokong memberi sokongan kepadaku. Ya air mataku hampir menitis tetapi aku paksa juga diriku.
Aku lakukan serangan terakhir. aku mengangkat kaki kiriku yang sakit. Tangan kiriku ke belakang manakala yang kanan pula masih di depan dengan aksi kepala ular. Aku memandang ke arah Mika. Mika melihatku pelik. dia cuba mengikut gerak geriku. Aku toleh ke kiri dia juga ke kiri. Aku toleh ke kanan dia juga ke kanan. Aia semakin hairan dengan tindakanku. Aia menggeleng-gelengkan kepala. aku mengambil peluang ini untuk menyerang tetapi dia terlebih dahulu menyerang. Dia mengumpal satu penumbuk untuk menyerang aku. Aku mengelak dengan melompat dan aku bagi satu tendangan yang aku panggil deadth spint ke mukanya. Dia jatuh. Satu marah lagi diberikan kepadaku.
"Pemenang pertandingan karate di menangi oleh Lee Shinji," umum pengacara perlawanan.
Aku berasa lega. Akhirnya perlawanan tamat. Mika mengambil trofi hadiah dari juri dan diberikan kepadaku.
"Tahniah. Kau memang hebat Lee Shinji," katanya.
"Terima kasih. Mika Tokiya," aku senyum padanya.
Pakcik datang menghampiriku. Dia memapah aku. Oh pasal sakit. Aku dah tak kesan. perlawanan pun dah tamat tapi masih kena rawat. Lagi satu aku lupa aku nak melawat Cikgu Merlin di hospital. Aku pulang ke rumah dengan perasaan yang tenang. Aku penat sangat hari ni. gaduh dengan gengster dekat kedai permainan, skuter rosak, lompat atas bumbung dan perlawanan. huh.. sengguh penat. Akhirnya aku terlena diatas katil.
bersambung..
YOU ARE READING
Budak Kungfu
ActionNovel ini mengisahkan seorang pelajar yang bernama Lee Shinji yang meminati kungfu dipaksa bersekolah di Asia atas sebab kes kena buang sekolah iaitu atas kesalahan tidak pernah dia lakukan. Mampukah dia melindungi orang yang disayangi? Nikmati la...