Maaflah kalau sebelum ni cerita saya update pendek ni jalan cerita yang sebenarnya.
--
Aku bangun dari tidur dan mencari cari jam tanganku. Aku melirik jam.
"Aaaahh... dah lambat," jeritku.
Aku bangun dari katil dan berlari ke bilik air. Setelah bersiap aku keluar dari rumah dan menghampiri skuter milik pakcik Shizou.
"Pakcik, saya pergi dulu ya," aku meminta izin pakcik untuk keluar.
"Naik skuter tu baik-baik," pesan pakcik.
Enjin skuter dihidupkan dan aku berlalu pergi. Aku akan ke Sang Hai kerana perlawanan tersebut akan diadakan di sana tepat jam 10 pagi.
Dalam perjalanan aku ternampak sebuah kedai yang penuh dengan permainan yang menarik. Aku meletakkan skuter di bahu jalan lalu masuk ke dalam kedai permainan tersebut.
Aku main game lawan-lawan Naruto lawan Sasuke. Tiba -tiba datang lima orang lelaki yang berpakaian ala-ala gengster. Buat kali pertama mereka mengacau aku tetapi aku hanya membiarkan saja tetapi kali kedua pula aku memandang dengan muka bengang. Kali ketiga pulak aku bagi satu tumbukan pada salah satu dari lima lelaki tadi.
"Heh... berani kau ehh," kata lelaki pertama yang aku bagi dia penumbuk.
"Oi budak kau memang nak kena kan?" kata lelaki kedua pula.
"Kalau kau nak lawan just bring it on la," kataku selamba.
"Kalau kami menang kau jangan menangis ehh budak," kata lelaki ketiga.
"Kita tengok saja nanti sapa yang menangis dulu," kataku.
"Oi, budak bukan main belagak lagi kau bercakap," kata lelaki keempat.
"Tak guna banyak cakap. Jom lawan," kata lelaki kelima.
"Bring it on."
Lelaki pertama melontarkan bola jaring entah dari mana diambilnya ke arahku. Aku lompat dan menendang bola jaring itu tepat ke arah perut lelaki kedua.
"Arrgh," lelaki kedua mengerang kesakitan.
"Nah rasakan!" jerit lelaki ketiga. Dia menyerang serentak bersama lelaki keempat. Satu tendangan terkena di dadaku manakala yang satu lagi terlepas. Kini lelaki kelima mahu menyerang. Dia mengeluarkan pisau kecil dari dalam poket seluarnya.
Lelaki kelima berlari dan menyerangku dengan pisau kecilnya. Aku mengelak ke kiri dan ke kanan. Dia menyerang lagi bertubi-tubi. Aku menyepak pergelangan tangannya dengan kuat. Pisau kecil itu terlepas dari genggaman tangan lelaki tersebut.
Lelaki tersebut tidak berputus asa dia menyerang dengan menggunakan tangan kirinya ke arah Lee. Lee menahan dengan menggunakan sebelah tangannya. Kemudian dia memulaskan tangan lelaki itu dan membalingkannya ke udara.
"Krak," bunyi tulang lelaki kelima patah.
Lee mengalihkan pandangan ke arah lelaki pertama. Lelaki pertama menyerang dengan menyondol perut Lee. Lee menahan kepalanya menggunakan sebelah tangannya. Lee menghadiahkan sepakan lutut ke muka lelaki pertama.
"Beres boh.. aku bantai budak," Lee membuat aksi seperti melaporkan apa yang berlaku di dalam telefon.
"Ehh! Aku dah lambat," jerit Lee.
Lee berlari mendapatkan skuter milik pakciknya.
Di tengah jalan, tiba-tiba saja enjin skuter terhenti. Lee cuba menghidupkan skuter itu kembali tetapi gagal. Dia bangun dari skuter dan menongkat skuter itu.
"Aduh! Time ni la kau nak buat hal," kata Lee dengan perasaan bengang.
Dia melirik jam. Dah lewat dah ni. Lee terus berlari dengan sekuat hatinya menuju ke dewan Shang Hai. Dia memanjat bumbung kereta dan lompat ke atas bumbung sebuah kedai. Aku lompat dari bumbung ke bumbung untuk sampai ke dewan Shang Hai.
Tiba di dewan Shang Hai. Perlawanan dah bermula. Aku memang dah lambat. aku pergi ke meja pendaftaran dan bertanya.
"Tumpang tanya masih bolehkah untuk saya sertai perlawanan ini?" tanya Lee.
"Ya boleh. Sila beri nama dan kamu boleh berlawan," kata lelaki itu.
Aku memberi nama dan duduk di kerusi yang telah di sediakan untuk peserta.
"Lee Shinji," namaku dipanggil.
"Miyo Nezumi," nama pesaingku dipanggil.
Perlawanan kali ini bukan bermotifkan kungfu tetapi karate dan semua pesaing aku berbadan besar dan lebih tua berbanding aku.
Sebelum perlawanan bermula aku tunduk memberi penghormatan sebelum berlawan. Miyo memulakan serangan dengan bertubi-tubi ke arah aku. Aku mengelak ke kanan dan ke kiri. Kini giliran aku pula menyerang. Aku menolak perutnya kuat sehingga terjatuh. Satu markah juga dia beri kepadaku kerana berjaya menumbangkan pihak lawan.
Peraturan perlawanan sangat mudah sebenarnya jatuhkan pihak lawan dan jangan keluar dari kawasan perlawanan. Jika tiga kali berturut-turan dapat tumbangkan pesaing kita akan menang pusingan.Miyo tidak berpuas hati. Dia melakukan serangan hendam semasa aku leka melihat paparan skrin. Dia menyelek kakiku. Aku yang sedari perbuatannya terus melompat tinggi dan memberi satu sepakan percuma ke perut Miyo. Satu lagi markah diberikan kepadaku. Miyo bangun semula. Dia kelihatan bengang.
Miyo berlari ke arahku. Aku menangkap tangan Miyo dan melambungkannya ke udara.
"Bam..." bunyi Miyo terjatuh.
Prff.. prfff..
Wisel dibunyikan. Aku mendapat satu lagi markah.
Pengacara mengumumkan aku menang pada pusingan ini. Aku berasa lega perlawanan ini sudah pun terlerai. Aku kembali semula ke tempat duduk dan minum air mineral yang aku bawa di dalam beg sandangku.
Aku terlupa nak tinggalkan Midyon dekat rumah. Aku mengusap belakang Midyon.
"Makin besar kau ya," aku memuji Midyon.Perlawan kedua aku akan bermula sebentar lagi. Aku sorokkan semula Midyon dalam beg.
"Lee Shinji," nama aku dipanggil sekali lagi.
"Hyuga Sufi," nama pesaingku di panggil.
Pengacara mula mengira satu hingga tiga.
Satu... dua.. tiga...
YOU ARE READING
Budak Kungfu
ActionNovel ini mengisahkan seorang pelajar yang bernama Lee Shinji yang meminati kungfu dipaksa bersekolah di Asia atas sebab kes kena buang sekolah iaitu atas kesalahan tidak pernah dia lakukan. Mampukah dia melindungi orang yang disayangi? Nikmati la...