"Iya iya saya datang ni," aku menjawap panggilan pakcik.Aku dan Pakcik menaiki sebuah skuter pergi ke sekolah. Pemandangan di sini sangat indah. Ditambahkan pula dengan angin yang sejuk di pagi hari.
----
[Di perkarangan sekolah]
"Hah. Cepat masuk cepat," kata seorang cikgu kepada seorang pelajar.
'Dalam masa lima saat lagi Cik Yushida akan sampai,' bisiknya di dalam hati.
"Lima, empat, tiga , dua.......satu."
Muncul Cik Yushida sambil tersenyum.
"Selamat pagi." katanya.
"Ya, selamat pagi cikgu Merlin ".
"Mari kita masuk," dia mengajak cik Yushida masuk ke dalam sekolah.
Tidak lama kemudian, Lee dan pakcik Shizou tiba di sekolah. Mereka ternampak cikgu Merlin dan cikgu Yushida sedang berjalan bersama memasuki kawasan sekolah.
"Kenapa pula Cikgu Merlin dan Yushida rapat."
"Ohh.. Cikgu perempuan tu nama dia Yushida. Heh...Pakcik suka dia ye?" kata aku sambil tersenyum sinis.
Cik Yushida berjalan dan bertembung dengan kami.
"Selamat pagi Cikgu," tegur pakcik Shizou.
"Selamat pagi Shizou," balasnya.
Dia memandang aku.
"Kalau tak silap saya, awak ni mesti Lee kan?"
"Ye,sayalah Lee."
"Lee, Cikgu Yushida ni guru kelas kamu," kata Pakcik Shizou.
Berjalan punya berjalan. Kami dah pun sampai depan kelas.
"Lee, belajar elok-elok ye jangan gaduh," pakcik memberi amaran kepadaku dan meneruskan perbualannya dengan Cikgu Yushida.
Tiba-tiba muncul seorang pelajar perempuan yang sudah lewat masuk kelas. Dia sangat comel. nama dia Suzu.
Aku menuju ke arah perempuan itu. Apabila dia hendak ke kanan sengaja aku halang laluannya. Apabila dia hendak ke kiri aku terus menghalangnya. Aku menahan dinding kelas dengan menggunakan tangan kananku. Perempuan itu terkejut dengan perbuatan ku dan tidak bergerak lagi.
"Hai, my name is Lee Shinji. What is you'r name?" aku mula memperkenalkan diriku.
"Lee Shinji apa awak buat tu?" marah Pakcik
"Saya cuma nak berkenalan saja," jawabku.
"Baiklah cikgu saya pergi dulu. Tolong tengok-tengokkan Lee ye," katanya kepada Cikgu Yushida.
"Baiklah. Kelas, kita ada pelajar baru. Lee sila memperkenalkan diri."
"Aku Lee Shinji. Umur aku 15 tahun aku suka berlawan. Cita-cita aku nak jadi Super Hero. Kalau ada orang jahat yang mengganggu ketenteraman Asia aku akan jadi penyelamatnya."
Tok..tok..tok.
pintu diketuk.
"Maaf mengganggu Cikgu Yushida, macam mana perkembanga pelajar baru tu?" Tanya Guru Besar.
Cikgu Yusihida dan Guru Besar berbual di luar kelas manakala yang di dalam kelas.
"Saya nak duduk sini boleh?" tanya aku kepada pelajar perempuan yang datang lewat tadi.
Betul memang ada lagi dua tempat duduk yang kosaong salah satunya di sebelah pelajar ini dan di belakang.
"Jangan kau berani nak duduk situ" kata pelajar lelaki yang di belakangnya.
"Aku cuma nak duduk sini," aku terus duduk disebelah perempuan itu.
"Amboi sedap-sedap je kau main duduk situ," kata seorang lagi lelaki yang tidak berpuas hati.
"Ada sesiapa lagi yang nak bangkang aku duduk sini?" tanya aku selamba.
Bangun dua lagi pelajar lelaki.
"Kalau aku nak juga duduk sini apa kaorang nak buat?"
"Berani kau !" Kata lelaki kedua.
"Bring it on," kataku.
Aku menendang perut pelajar lelaki yang kedua. Argh! dia meraung kesakitan. Lelaki ketiga dan keempat pula menyerang serentak.
"Nah, ambik ni!" Jerit lelaki ketiga.
Selesai semua pelajar-pelajar lelaki tu aku bantai. Habis kerusi kayu itu patah aku buat. Tiba-tiba bunyi tapak kasut terdengar. Cikgu Yushida sudah pun selesai berbual dengan Guru Besar.
YOU ARE READING
Budak Kungfu
ActionNovel ini mengisahkan seorang pelajar yang bernama Lee Shinji yang meminati kungfu dipaksa bersekolah di Asia atas sebab kes kena buang sekolah iaitu atas kesalahan tidak pernah dia lakukan. Mampukah dia melindungi orang yang disayangi? Nikmati la...