Oh... berbalik semula dekat lapangan terbang tapi kali ni bukan dekat Lee. Kali ni aku nak cerita pasal satu kumpulan jahat yang bernama Dark Side. Mereka ini mencuri dan menjual haiwan dengan harga yang sangat mahal.
Seorang perempuan berkaca mata gelap berjalan sambil memegang sebuah sangkar bertutup yang berwarna kelabu. Dia sedang bercakap ditelefon.
"Ya. Baik la saya akan ke sana segera," belum sempat dia mematikan panggilan tiba-tiba seorang lelaki meragut sangkar itu dan berlari dengan lajunya. Tanpa berlengah perempuan itu pantas membuka langkah seribu tetapi dihalang seorang lelaki lain yang membawa troli beg. Habis semua beg bersepah. Lelaki itu memandang dengan perasaan yang bengang. Perempuan itu terus berlari mendapatkan lelaki yang meragutnya tadi. Pada masa yang sama Pakcik Shizou telah pun sampai dan terus mencari kelibat Lee.
Aku berjalan keluar dari pintu utama ke bahagian teksi. Aku bertanya kepada seorang pemandu teksi yang berada di situ.
"Boleh Pakcik hantar saya ke alamat ini? Aku menghulurkan sehelai kertas. Pakcik itu mengangguk.
"Ya boleh, silakan masuk."
Pakcik itu memasukkan beg roda yang aku bagi kepadanya ke dalam bonet. Tanpa segan silu aku terus membuka pintu kereta untuk masuk.Tiba-tiba seorang lelaki datang merempuhku sambil memegang sebuah sangkar yang berwarna kelabu. Aku berasa bengang kerana diperlakukan sebegitu rupa. Aku terus mencampakkan beg galasku ke arah Pemandu teksi itu dan terus berlari mengejar lelaki yang melanggarku.
Semasa mengejar banyak sungguh halangan yang perlu aku lalui. Sekarang aku betul-betul di atas jambatan yang penuh dengan orang.
''Oi! Berhenti!" aku menjerit suruh lelaki itu berhenti. Kata-kataku tidak dihairankan. Dia terus melajukan langkahnya. Lelaki itu menolak orang dihadapannya sehingga terjatuh. Aku membuat hand stand untuk melepasi orang yang terjatuh itu.
Di hadapan terdapat papan tanda yang mengatakan jalan itu licin. Lelaki itu terus merampas sebuah beg dari orang yang datang bertentangan dengannya, lalu dibaling ke arah aku. Aku segera mengelak daripada terkena balingan itu. Manakala lelaki itu terus melarikan diri. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh melajukan pergerakanku. Aku terus menendang papan-papan tanda yang berada di hadapan aku dan loncat ke atasnya.
"Lari, lari. Laju lagi," bisik lelaki itu. Ada pulak orang melintas sambil membawa sebuah lukisan. Dia terus melompat melepasi lukisan tersebut tapi malangnya lukisan itu berlubang, nasib dirinya tidak jatuh. Tiba giliran aku, aku terus membuka kangkang. Akhirnya lepas jua.L elaki itu menuruni anak tangga. Masa inilah aku ambik untuk menendang papan tanda tadi.
Dup...dup..dup..dup
Lelaki itu jatuh dari tangga. Namun dia masih lagi berdiri dan berlari. Aku melajukan langkah menejarnya. Aku mengikut jalan pintas untuk turun tangga. Aku lompat dari palang turun di atas sebuah kereta.
--
Sementara itu Pakcik Shizou masih lagi mencari-cari dan bertanya kepada beberapa orang.
"Maaf, ada nampak tak budak ni?" Dia menunjukkan gambar Lee.
--
Aku masih lagi berlari mengejar lelaki itu. Kini tiba di tempat parking kereta. Lelaki itu dalam keadaan tercungap-cungap kerana penat. Aku muncul di hadapannya. Dia terkejut memandang aku.
"Okey budak, nah ni duit pergi main jauh-jauh," dia mengeluarkan duit dari kocet seluarnya. Aku membuat isyarat tak mahu duit itu dengan menggunakan tangan. Aku menunding jari ke arah sangkar yang berwarna kelabu itu.
Lelaki itu membuka kekuda dan kepalanya di pusing ke kiri ke kanan. Dia mengepal penumbuk sudah bersedia untuk menyerang aku.
"Rasakan ini!" jerit lelaki itu. Kakinya mula bergerak untuk menyepak.
Aku membalas serangan semula. Lelaki itu berundur ke belakang. Lelaki itu cuba untuk membuat serangan kedua tetapi aku berjaya mematahkan serangan tersebut. Lelaki itu sekali lagi cuba menyerang. Kali ini kakiku tepat hinggap di atas mukanya. Sangkar yang tadi tertutup itu kini terbuka. Di dalamnya terdapat seekor arnab.
YOU ARE READING
Budak Kungfu
ActionNovel ini mengisahkan seorang pelajar yang bernama Lee Shinji yang meminati kungfu dipaksa bersekolah di Asia atas sebab kes kena buang sekolah iaitu atas kesalahan tidak pernah dia lakukan. Mampukah dia melindungi orang yang disayangi? Nikmati la...