BAB 2

9.5K 259 0
                                    

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Yang berusaha tuan pengetua Encik Razak Bin Idrus, yang dihormati penolong kanan pentadbiran Encik Ghazali Bin Yaacob s-"

"Kau bagitahu yang ada kat situ dah lah, kalau takde kat situ tapi kau sebut jugak memang malu muka lah kau" Ujar Adli, membuat muka selamba

"Aku tahulah! Ni kan practice je bukan real pun"

Sebenarnya, Adli dan Qaisara berada di sebuah taman untuk berlatih. Qaisara sengaja tidak memberitahu Liya tentang ini, kalau diberitahu memang tidak berlatih lah jawabnya

Tiba-tiba deringan telefon Qaisara berbunyi, dia terus mengangkatnya

"Assalamualaikum? Ni sape?"

"Waalaikumussalam, aik tak ingat kat abang sendiri ke?"

"Abang Naz! Maigod bila balik? Rindunya! Abang kat mana sekarang?"

"Abang kat rumahlah! Adik kat mana? Tengah dating eh?"

"Mana ada! Tengah practice untuk majlis persaraan cikgu-cikgu sekolah adik minggu depan"

Sepanjang Qaisara berbual bersama abangnya, Adli ralik memerhati tingkah laku Qaisara

"Cepatlah balik! Abang ada hadiah ni untuk adik. Lambat balik hadiah habisss"

Tut.. tut...

'Dah letak? Vangang punya abang!'

"Sape tu? Abang kau ke?" Soal Adli selepas telefon Qaisara kembali di tempat asalnya

"A'a. And aku kena balik sekarang ni. Abang aku dah balik daripada Jordan so, esok atau lusa kita practice pulak. Bye!"

"Eh meh lah aku hantarkan"

'Kau? Hantar aku? Pakai motor? Aku mabuk naik motor kau tahu tak?'

"Eh tak payah lah, aku boleh jalan kaki je" Dalih Qaisara

Sebenarnya tadi pemandu Qaisara menghantarnya tapi sekarang dia harus menghantar papa dan  mamanya ke sebuah majlis. Nazmi? Dia kan baru sahaja pulang, tak ke kasihan?

"Apa? Motor aku ni murah sangat ke sampai kau tak nak naik?" Soal Adli menarik muka

"Yelah-yelah, aku naik" Qaisara akhirnya mengalah

*****

Sampai sahaja di rumah agam itu, Qaisara terus sahaja muntah. Mana taknya dah dipecut macam ada orang nak bersalin, memanglah. Tadi juga Qaisara terpaksa pegang pinggangnya dek takut terjatuh

"Thanks hantar aku balik" Ucap Qaisara

"Ni rumah kau?"

"Eh tak ni rumah parents aku. Aku menumpang je"

"Erk. Anak orang kaya rupanya, patutlah mabuk motor. Tak pernah naik motor agaknya, kalau kau biasa naik mabuk tu akan hilang dengan sendirinya"

Qaisara membuat muka selambanya

'Fikir aku nak ke ada mabuk entah pape ni? Fikir aku mintak?'

"Woi tak nak ajak aku masuk ke?"

"Tak boleh. Aku tinggal sorang!"

Sebenarnya dia tidak keseorangan, pembantu-pembantu, tukang kebun, pengawal peribadi dan abangnya ada sahaja di dalam. Sengaja dia malas untuk mengajak Adli masuk ke dalam

"Takkanlah rumah besar kedabak ni takde orang?"

"Ta-"

"Eh Ad!"

"Weh Naz! Waa lama tak jumpa kau!"

'Abang kenal Adli ni? Hmmm, dia buat dah. Tahukan bila lelaki jumpa lelaki. Berborak mengalahkan pompuan bergosip. Huh'

Qaisara terus masuk ke dalam biliknya. Penat. Mahu tidur katanya

*****

"Cik Qai? Cik?"

"Mmmm"

"Dinner dah siap"

Qaisara mengatur langkah turun ke bawah, menuju ke ruang makan

"Baby mama ni nampak penat je? Kenapa?" Soal mamanya sambil memeriksa muka Qaisara

"Adik kena jadi MC minggu depan so, tadi adik practice ngan kawan abang tu. Leceh lah practice dengan dia. Itu tak kena ini tak kena, macamlah dia tu hebat sangat jadi MC" Adu Qaisara

"Adik, tak baik cakap macam tu. Adik kena terima teguran orang, dia tu kan tua 2 tahun daripada adik. Maybe dia tahu lebih daripada adik kan?" Nasihat ayahnya dibiarkan sepi

"Ad tu memang camtu, tapi camtu dia pun dia dapat MC terbaik tau masa form 3 dulu. Kalah abang" Tambah Nazmi

'Kisah pulak aku, dia dapat MC terbaik ke tak terbaik ke suka hati dia lah'

"Adik naik atas dulu eh?" Qaisara meminta diri

"Eh dah kenyang ke? Mama tengok tak sentuh pun nasi tu. Ala mama tahu baby busuk mama ni nak makan, mama tahulah adik tak makan petang tadi. Adik terus tidur kan? Dah duduk, Kak Su! Tolong buatkan omelete untuk Qai"

'Omelete?! Terus aku duduk sambil makan balik makanan aku tadi. Semua dah ketawa terbahak-bahak tengok perangai gila aku. Hidup omelete!'

*****

"Abang, abang kan kenal dengan Adli tu kan?" Soal Qaisara

"Then?"

"Abang mesti tahu IG dia, am I right?"

"Hmmm, kenapa adik nak kat dia eh? Tadi kemain adik kutuk dia" Ejek Nazmi

"Eeeee mana ada! Kawan adik suka dia. Takde masa adik nak sukakan dia pulak. Lagipun tahun ni adik kan exam, adik i-"

"Dah. Adsar nama IG dia" Ujar abang

'Terfikir pulak aku asal nama ig dia 'Adsar' sedangkan nama dia Adli Hanafi'

"Thank you abang, then adik kan kena practice dengan dia tiap-tiap hari. So, boleh tak adik nak nombor phone dia?"

'Sorry abang, adik terpaksa tipu'

"Adik cari dalam buku atas meja belajar tu, cari nama Ad MC"

Boring kan? Mianhae! Jngn kecam saya😯

Encik Prefect, Ms Perfect✔ [Completed]Where stories live. Discover now