BAB 15

5.4K 155 4
                                    

"Sedap tak kek ni?" Soal Qaisara kepada Wafiy yang sedang enak mengunyah kek

Wafiy pantas mengangguk

"Kakak... kakak cuba rasa ni" Wafiy menghulurkan kek itu kepada Qaisara

'Mampos aku! Dah lah aku tak boleh makan cheese!' Teriak hati Qaisara

"Kak!" Wafiy mula merengek, sekarang ni mereka berdua berada di belakang rumah. Mereka sedang duduk di atas sebuah buaian

"Aduh macam mana ni?" Bisik Qaisara

"Kak!"

"Yelah, yelah akak makan! Aaaaa"

Qaisara terpaksa akur dan membuka mulutnya untuk Wafiy menyuap sedikit kek ke dalam mulut Qaisara. Qaisara menguyah kek itu perlahan-lahan. Qaisara hanya tersenyum nipis, tengkuknya sudah berasa loya

"Dap?" Soal Wafiy dan Qaisara mengangguk. Kepala Qaisara sudah berdenyut-denyut

Qaisara memicit-micit kepalanya, terasa seperti kek tadi masih ada di tengkuknya. Rasa mahu keluarkan balik

"Kak nak agi?"

"Wafiy makanlah, kak Qai bawakkan untuk Wafiy. Tadi, Kak Qai dah makan baaaaanyak sangat. Tengok perut Kak Qai, dah besar" Gurau Qaisara sambil menunjukkan perutnya yang kempis kepada Wafiy, Wafiy hanya ketawa walaupun tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Qaisara

'Aku nak muntah! Takkan aku nak tinggalkan Wafiy kat sini? What should I do? What should I do?!'

"Qai!" Panggil Adli

"Mmmm?"

'Nasib baik kau sampai Ad! Aku dah tak tahan ni!'

"Kau okey tak ni? Semacam je aku tengok"

Qaisara hanya memberi isyarat dengan tangan supaya Adli menjaga Wafiy, kalau dibuka mulut makin kuat rasa loya

"Okey... tapi kau nak pergi mana?" Soal Adli

Tapi Qaisara hanya bangun dan melepasi Adli, malangnya Adli menarik tangan Qaisara dan......

"BLEWRKKKK"

"Qai!"

"Sorry, aku tak tahan! Sorry Ad!" Ucap Qaisara

Habis kotor baju Adli dimuntahkan oleh Qaisara. Wafiy sudah ketawa terbahak-bahak. Qaisara berlari ke singki dan membasuh mulutnya

"Nah, Kak Mar bagi pinjam" Ujar Qaisara sambil menghulurkan baju T-shirt kelabu

"Kau ni kalau dah tahu nak muntah pergi tandas terus. Baju aku jugak yang kena" Kata Adli

"So sorry, aku dah tak tahan gila daripada rumah lagi"

"Daripada rumah? Rasanya kau tak makan tadi kan?"

"Eh dah lah! Busuk bau kau! Pergi tukar cepat!"

"Bukan bau aku tapi ba-"

"Eh dah lah! Aku muntah lagi baru tahu!"

*****

"Eh mana Syafiq, Ad?" Soal Qaisara sewaktu memakai kasutnya

"Dia dah balik tadi. Katanya ada emergency sikit" Jelas Adli

'Bagus jugak Si Syaf tu balik, boleh aku berkepit dengan kau! Wait what?! Aku cakap aku berkepit dengan dia ni?! Back to your senses Ad! Hurry up!'

"Woi! Jomlah"

Adli tersedar daripada lamunannya dan berjalan ke arah kereta, ketika memasuki kereta semua ahli penghuni Teratak Raisyah melambaikan tangan ke arah mereka

"Hahha, comel je budak-budak tu. Rasa macam nak je tinggal sini dengan diorang tak pun bawak balik diorang" Ujar Qaisara, ikhlas

'Mulianya hati kau, Qai... beruntung sape jadi anak kau nanti, mesti kau jaga betul-betul kan anak kau nanti kan?'

"Sorry tau pasal baju Ad tadi, aku betul-betul tak sengaja" Ucap Qaisara

"It's okay benda dah jadi dah pun. Ni aku nak tanya, kau ada tersalah makan ke? Sampai muntah bagai" Tanya Adli

'Patut ke aku bagitahu Ad? Should I? Should I?'

"Aku tanya ni"

"Erm tadi Wafiy... dia.... dia paksa aku makan kek tu" Jawab Qaisara

"Then? Kenapa?"

"Aku tak boleh makan cheese, tapi Wafiy suap jugak"

"Eh jap! Tadi kat rumah tu sebab cheese lah? Tapi kau tak makan pun kan?" Kata Adli

"Memanglah, aku terhidu bau cheese tu"

"Kau ni dah tahu tak boleh bau cheese tak payah lah buatkan!" Omel Adli

"Aku nak buat kau maafkan aku je"

'Kau ni Qai, sengaja kan buat aku rasa bersalah?'

"Dah lain kali jangan paksa diri kau tu kalau dah tahu tak boleh" Tambah Adli lagi

Rasa terharu pun ada, kerana Qaisara sanggup membakar kek untuknya

*****

"Eh Ad? Tukar baju ke?" Soal Nazmi sebaik sahaja Qaisara dan Adli memasuki rumah

"Ni ha adik kau termuntah atas baju aku"

"Ish adik ni, kan dah pesan kalau nak muntah terus ke bilik air"

"Heheh, masa tu tak tahan gila bang. Dah lah Si Ad ni boleh pulak dia tarik tangan adik then termuntah lah adik kat situ" Jelas Qaisara

Nazmi melepaskan ketawanya

"Naz, aku balik dulu lah eh?"

"Erm okeylah, besok pun sekolah an? Hati-hati!"

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Jawab Nazmi dan Qaisara

"Mana Syaf? Abang tak nampak pun dia, bukan ke tadi korang pergi sekali?"

"Dia ada emergency tadi tu yang dia balik awal" Jelas Qaisara

*****

Pelik pun ada, entah kenapa semua pelajar memandang Qaisara sambil berbisik

'Aku dengar lah kan, singa betina ni keluar dengan Abang Ad semalam'

'Really? Eeeee gatal jugak kan betina ni!'

'Dah kenapa pagi-pagi ni cabar kesabaran aku?!'

"Qaisara, Cikgu Faridah panggil dalam bilik dia" Kata seorang pengawas perpustakaan

Qaisara terus ke bilik disiplin, sebelum masuk Qaisara mengetuk pintu bilik terlebih dahulu

"Qaisara! Kamu sedar tak kamu tu seorang pengawas?! Pengawas sekolah pulak tu!" Tengking Cikgu Faridah

Menitis air mata Qaisara, bukannya dia manja tetapi tengkingan Cikgu Faridah itu terlalu kuat sampai keluar bilik pun masih boleh didengar

Apa yang Qaisara dah lakukan sampai Cikgu Faridah marahnya sampai begitu sekali?

Encik Prefect, Ms Perfect✔ [Completed]Where stories live. Discover now