"Qai!" Panggil Nazmi saat melihat adiknya memegang tombol pintu utama rumah mewah itu
"Kenapa?"
"Cik Na call abang, dia cakap Syaf demam panas. Dia asyik sebut nama adik, Cik Na mintak tolong adik datang rumah dia sebab Syaf tak berhenti sebut nama adik" Terang Nazmi
'Syaf? Aku kena pergi, yes aku kena pergi! Syaf perlukan aku'
"Erm, adik pergi dulu ea?"
"Careful!"
"Pak Yus, ambikkan kereta. Kita pergi rumah Cik Na sekarang" Arah Qaisara sambil mencari telefonnya, dikerling jam pada telefonnya 2:43 petang
Setelah sampai ke destinasi, Qaisara terus membunyikan loceng rumah itu
"Nasib baik Qai sampai cepat. Syaf duk sebut nama Qai je, dia asyik cakap benda-benda mengarut je bimbang pulak Cik Na" Ujar Puan Rohana
"Qai masuk dulu ya?"
Puan Rohana mengangguk. Qaisara terus bergegas ke dalam bilik Syafiq di tingkat atas. Benar kata Puan Rohana, Syafiq memejam matanya sambil menyebut nama Qaisara. Bibirnya tampak begitu pucat, seperti kehilangan banyak darah
Badannya pula menggigil walaupun diselimuti comforter yang tebal. Mulutnya tidak berhenti menyebut nama Qaisara. Qaisara berjalan mendekati Syafiq, dia melutut di tepi katil Syafiq
"Syaf, aku kat sini"
Syafiq membuka mata
"Qai? Qai, k-kenapa kau sampai lambat?"
"Sorry, aku... tadi-"
'Maigod! Adli! Macam mana aku boleh tak ingat?! Alamak! Phone tertinggal atas kereta! Tulah kau panik sangat!'
"Tadi apa?"
"Ouh tadi aku bersiap lama sangat. Tu yang lambat sikit, sorry" Tipu Qaisara
Syafiq hanya memejamkan matanya
'Aku tahu kau tipu aku, sebab tu aku panggil kau datang sini'
"Teruk sangat ea demam kau? Aku tak boleh nak sentuh kau hehe"
"Sebelum ni memang teruk tapi sekarang dah surut dah kut sebab bidadari aku dah datang"
Qaisara terkedu, perkataan Syafiq mengingatkan dia tentang pergaduhannya bersama Syafiq tempoh hari
"Nasib baik hari ni hari Sabtu, esok ada lagi sehari cuti so kau tak boleh bagi alasan tak nak datang sekolah hari Isnin ni"
"Yelah Puan Syafiq,eh tersilap Cik Qaisara" Sindir Syafiq
"Tak pasal-pasal aku hantukkan kepala kau dekat bucu meja ni" Kata Qaisara, menunjukkan meja di sebelah kanannya
"Hehe"
Di cafe'...
"Manalah budak ni?"
3:26 p.m.
"Dah sejam aku tunggu, tak sampai lagi. Call tak angkat, mesej tak reply eii mak cik ni" Bebel Adli
'Thanks my angel💞sbb temankan orang sakit heheh🙈'
(A/N: Bayangkan ada gambar Syafiq selfie ngan Qaisara)
Telefon Adli ditutup. Benci melihat mereka berdua
'Syafiq... Syafiq... kau memang nak adakan battle dengan aku ke camne ni?'
Adli mendengus kecil kemudian berlalu ke arah keretanya
Kembali di rumah Syafiq...
"Syaf, aku balik dulu ea? Ngantuk" Ujar Qaisara
"La, tidur kat sini pun boleh"
"Nanti mama bebel, bye!"
"Hmmm, takpelah dah orang benci kan?" Rajuk Syafiq
"Haish kau ni, esok aku datang lagi 'kay? Sekarang ni aku betul-betul nak balik" Pujuk Qaisara
Sebenarnya sekarang dia 'Bendera Jepun' jadi tak selesa duduk lama-lama lagipun hari ni hari pertama
"Janji tau?"
"Ye janji!"
*****
34 missed calls
23 messages
"Habis aku, mesti Ad marah gila!"
Me: Ad! So sorry!🙆
'Yes! I got ignored'
Me: Aku janji tak buat lagi!😿
Me: Aku buatkan kau kek🎂lagi nak?
Me: Janganlah macam ni, please reply..😣
Me: Ad! Please, kau cakap je kau nak aku buat apa😔
"Pak Yus, jom" Ajak Qaisara lalu melangkah masuk ke dalam kereta
"Kita teruih balik rumah ka lagu mana?" Soal Pak Yus dengan loghat Kedah
"Ha la, bihtu Pak Yus nak pi mana lagi?" Ejek Qaisara, Qaisara memang suka berseloroh dengan Pak Yus
"Amboi, sedap na hang"
"Pak Yus boleh rasa ke?"
Pak Yus hanya menggelengkan kepalanya
'Takde modal lah tu Pak Yus hahaa. Pak Yus pun kalah debat dengan aku'
Di rumah Qaisara...
"Ada-ada je Pak Y-"
Terlopong mulut Qaisara saat melihat kelibat Adli yang sedang bersembang dengan abangnya
"Ya Allah, tercegat apa lagi kat situ? Meh la masuk, ni Ad pun ada"
Adli mengalihkan pandangannya ke arah Qaisara, lalu memandang ke depan semula
'Sah pak cik ni merajuk, habislah aku dah lah nak pujuk dia susah. Takkan aku nak kena buat kek kut time2× camni memang tak ah'
"Sembanglah dulu, abang naik mandi kejap"
'Eii saja je abang ni'
Krik, krik, krik, krik
Qaisara berdehem sebelum membuka mulut
"Erm Ad" Panggil Qaisara tapi sayangnya Adli hanya menghiraukannya
"Ad, janganlah macam ni. Tak handsome dah, pandanglah aku yang comel molek ni. Cepatlah pak cik" Pujuk Qaisara
Sebenarnya Adli sudah tersenyum senget
'Best jugak kenakan budak ni'
Battle antara Adli&Syafiq? Sape agaknya yang menang? Adli? Syafiq? Syafiq pura-pura demam je ke? 😕 next chap leggo! Sorry lambat published😢
YOU ARE READING
Encik Prefect, Ms Perfect✔ [Completed]
Teen FictionIa diantara aku atau dia. Battle on tak on? Let's do this. #1 in Persahabatan - 3/9/19 #1 in Malaysia- 4/10/19 #6 in Sekolah- 4/12/19 #1 in Kakinovel- 13/1/20 *****