BAB 19

4.9K 160 2
                                    

Qaisara dan Syafiq berpaling, and...

"Sanggup kau Qai!"

"Emy, let me explain e-"

"No! Aku tak nak dengar apa-apa!" Bentak Emy sebelum meninggalkan kedai tersebut, semua mata tertumpu ke arah mereka

Qaisara mengutip kembali buku-buku yang dijatuhkan oleh Emy tadi. Syafiq ingin menolong tetapi Qaisara cepat-cepat menepis dan pergi ke kaunter untuk membayar

"Qai! Wait!" Panggil Syafiq

"Pebenda?!"

"Ni ke sebab kau ignore aku?" Soal Syafiq

"Puas hati kau kan? Kau tengok tadi Emy dah marahkan aku, and semua tu berpunca daripada kau!" Marah Qaisara, dia sudah tidak menghiraukan orang sekeliling yang sedang memerhatikannya

"Qai! Aku mintak maaf, tapi kalau Emy tu kawan yan-"

"Dah lah! Serabut aku! Baik kau pergi dari sini"

"T-"

"Aku cakap pergilah!"

Syafiq terpaksa mengundur langkah mendengar tengkingan Qaisara

"Astaghfirullahalazim, kenapa dengan aku ni?" Istighfar Qaisara sambil mengusap dadanya

Kemudian dia melihat kelibat Emy sedang menunggu teksi. Terus sahaja Qaisara berlari ke arah Emy

"Emy!"

Emy berpaling sekilas dan kembali melihat ke depan

"Emy, aku mintak maaf sebab tak kasi tahu kau"

Emy hanya memekakkan telinganya

"Memang dia confess kat aku, but aku tak terima dia. Aku buat semua tu untuk kau and aku l-langsung tak s-suka kan dia" Rasa berat pulak lidah Qaisara ingin mengungkapkan perkataan itu

"Betul ni?" Soal Emy

"Betul. Aku janji aku tak akan layan Syaf lebih daripada seorang cousin okay?" Janji Qaisara sambil mengeluarkan jarinya

Emy menyambut jari itu dan kemudian tersenyum manis

"Nah buku kau" Kata Qaisara sambil menghulurkan plastik buku

"Thank you" Ucap Emy lalu memberikan Qaisara duit sebagai ganti

"Eh aku belanja tanda mintak maaf. Next time kau pulak belanja aku" Tolak Qaisara

"Sekaranglah aku belanja! Ais krim kat dalam mall. Tadi aku teringin nak makan masa lalu tapi aku nampak kau kejar aku then aku go straight je lah heheh"
"Okey jom"

*****

"Ya Allah sedapnya" Ujar aku

"Kan. Kau ni suka sangat Oreo, cuba kau try perisa Lemon ke, Orange ke Strawberry ke? Ni asyik Oreo, Oreo, Oreo. Lama-lama aku tengok muka kau pun dah macam Oreo! Hahah" Gurau Emy

"Eeeee, suka hati je nak kutuk kita ya? Sedap apa oreo ni? Fav aku dari kecik tau tak?" Tutur aku

"Pape j-"

"Hai! Boleh join tak?"

"Eh Adli, boleh je duduklah" Pelawa Emy

"Thanks, lawa korang hari ni. Daripada mana ni?" Soal Adli plus memuji kitorang

"Jangan puji lebih-lebih kang kitorang jadi ikan buntal baru tahu"

Meletus ketawa kitorang

"Fakta. So korang kena terima" Kata Adli lagi

"Kau buat apa kat sini? Sorang je ke?" Soal aku

"Asal? Tak boleh? Eh tak lah, aku datang dengan wife aku sekarang ni. Dia duduk depan aku je ni" Jawab Adli sambil tersengih

"Eeee sape nak jadi wife kau? Tolong sikit ea"

"Waaaa I ship!"

"Ha tengok Emy pun dah ship kita" Kata Adli lagi

Eeee tampor jugak karang kang!

"Amboi jeling, sampai menusuk ke kalbu abang"

"Tolonglah, tak hingin nak panggil kau abang!"

"Okay enough both of you. Ad, ada lah hari tu aku terserempak dengan Kak Raja" Ujar Emy

"Then?"

Kak Raja? Siapa dia tu?

"Dia memang suka kat kau eh?" Soal Emy

"Erm, sebenarnya kitorang pernah couple tapi break then dia nak getback. Tapi jawapan aku still 'no' " Jelas Adli

Maigoddd, yang ni kena dengar

"Tapi kan Kak Raja tu baik, cantik, bijak kan? Sesuailah dengan kau, kenapa kau tak terima?"

"Memanglah, tapi lepas Sofia tu aku nak stop couple bagai ni. Buang masa, habiskan topup and everything also dosa pun dapat"

'Kayh, yang ni deep and sentap' Cetus hati Emy

"Erm so, aku d-"

"Kejap eyh Emy, aku nak pinjam Qai kejap. Kejap je" Kata Adli

Aku?

"Mmm, jangan lama-lama tinggal aku tau?" Pesan Emy

"Ya"

Adli bagi isyarat mata suruh aku ikut dia. Sampai jugaklah kat bangku

"Aku nak cakap sikit pasal Emy"

"Okey..."

"Aku dengar cerita lah, Emy ni tak boleh buat kawan. Dia a-"

"Kau jangan nak burukkan Emy depan aku. Aku dengan dia dah berkawan since 2 months ago and takde pape pun yang jadi. Aku tengok dia ikhlas kawan dengan aku" Bantah aku, pehal dia nak cakap macam tu setakat percaya cakap orang aku pun boleh

"Kau jangan nilai orang camtu je, kau tak tahu dalaman dia lagi. Kau je yang sudi berkawan dengan dia, kalau ikutkan hati aku tadi tu nak je aku ignore dia tapi tak sampai hati pulak kan? Aku mintak kat kau please jaga-jaga dengan manusia macam dia" Tambah Adli lagi

"Apa masalah kau ni? Kau dah tahu pasal dia sampai dekat mana hah? Sampai dekat nenek moyang atok aki dia? Kau jangan cuba nak rasuk aku!" Marah aku dan terus aku bangun pergi dari situ.

Yes memang dia panggil aku tapi aku biarkan panggilan dia sepi takde jawapan atau sahutan. Sedap dia je kutuk kawan aku

'Aku akan buktikan kat kau siapa Emy tu sebenarnya, kau tunggu Qai'

Cover baru! Ngeh2×😂sya tahu cover ni tk brape cantik and if ada yg baik hati nak buatkan cover untuk sya, sya amatlah appreciate❤ annyeong!

Encik Prefect, Ms Perfect✔ [Completed]Where stories live. Discover now