BAB 12

6K 171 2
                                    

"Mama tengok adik dengan Ad tu sesuai sangat"

"Ma, PT3 pun adik tak lepas lagi ni dah nak cakap sesuai ke tak. Lambat lagilah ma" Balas Qaisara sambil meneguk air kosong

"Tak salah kan apa yang mama cakap. Lagipun mama cuma cakap je mama tak maksudkan apa-apa cuma adik tu yang fikir ke situ"

Mereka berdua bergelak ketawa

"Amboi rancak berborak" Tegur Nazmi

"Ni ha mama ada ke patut mama padankan Ad dengan adik"

Flashback

"Kemain kau kan dalam Instagram selfie dengan adik aku"

"Alah, dia jugak yang janji dengan aku"

"By the way thank you Ad, sebab kau dah kembalikan adik aku yang dulu. Aku lebih rela dia jadi singa daripada dia jadi cengkerik. Aku happy sebab kau dapat kembalikan senyuman dan ketawa dia. Aku hutang dengan kau Ad" Luah Nazmi

"Naz, bagi aku adik kau, adik aku jugak. Jadi di sekolah aku bertanggungjawab untuk pantau keselamatan dia. Aku tak akan biarkan dia disakiti mana-mana manusia. Itu janji aku Naz" Ucap Adli

"Beruntung aku dapat kawan macam kau Ad"

End of flashback

"Erm dik, abang ingat besok adik tolong temankan abang pergi mall boleh? Lagipun dalam tu ada SMO so, adik boleh lah beli buku rujukan yang adik terlupa nak beli hari tu kan?"

"Eh nasib baik abang ingatkan adik! Kalau tak sampai PT3 pun adik lupa tau. Pukul 11 kita gerak eh?"

"La kenapa nak pergi lewat-lewat nanti orang ramai?" Tanya Nazmi

"Adik nak kena bersenam dulu kat atas, dah lama adik tak bersenam kat gym atas tu entah-entah semua peralatan dah berhabuk entah? Kan, so besok kan weekend then sesuailah untuk adik bersenam pagi besok" Jawab Qaisara

"Whatever lah dik, yang penting adik bahagia. Dah pergi masuk tidur tapi sebelum tidur ambik wudhuk, baca surah al-mulk, tiga qul then baring sebelah kanan tau" Pesan Nazmi

"Ya abangku sayang"

*****

"24, 2....25, 26, 27, 2-"

"Cik Qai, ni Encik Ad datang" Ujar Kak Ros, pembantu baru

"Eh Ad! Kau buat apa kat sini?"

'Mesti serabai gila kan muka aku sekarang ni? Dengan berpeluh bagai ni. Aku tak boleh tunjuk muka ni dekat dia'

"Eh kenapa nak menghadap tingkap tu? Aku kan kat sini bukan kat sana"

"Erm, s-saja je nak tengok scenery kat sini. Dah lama aku tak naik atas ni" Tipu Qaisara

"Kau takut aku tengok muka kau ke? Qai, aku tak kesah lah muka kau serabai sekali pun. But please aku tak suka orang bercakap dengan aku tapi tak pandang aku" Tegas Adli

Qaisara segera memandang Adli takut kalau-kalau Adli memarahinya

"La, tak serabai pun. Cantik je aku tengok. Orang bila dah cantik tak kemananya cantik tu dekat situlah dia. Takut jugak kau dengan aku ya?"

"Eeee seronoklah tu dapat takutkan aku"

"Alololo, best friend aku ni merajuk ke? Kalau aku tak pura-pura tegas tadi kau tak akan pandang aku kan?"

Qaisara masih merajuk

"Comelnyaaa lah best friend kesayangan aku ni merajuk" Ujar Adli

"Siapa best friend kau? Bukan ke Luqman best friend kau? Hmmm?" Soal Qaisara masih lagi bengang

Ingatkan dengan Qaisara menyoal sebegitu Adli akan memujuknya tetapi

"Berapa kali aku cakap, jangan sebut nama jantan tak guna tu! Macam mana kalau aku ingatkan kau pasal Liya?! Hah?!" Bergema satu bilik itu dengan tengkingan Adli

Terhinjut-hinjut Qaisara dibuatnya. Berkaca mata Qaisara apabila dimarahi Adli dengan kuat

"A-Ad...... A-aku min-nta maaf kat-t ka-au" Ucap Qaisara dalam sedu-sedan tangisannya

Adli keluar dan menghempas pintu bilik gym itu dengan kuat. Qaisara menyesal dengan kata-katanya

*****

"Ya Allah apalah budak dua orang tu buat kat atas" Bebel Puan Lestari

"Eh Ad, kau dah nak balik ke? Sekejapnya" Tegur Nazmi tapi Adli hanya pergi begitu sahaja

"Ni mesti gaduh dengan adik ni, tahu sangat muka bengang Si Ad tu" Teka Nazmi

"Naz, pergi tengokkan adik tu" Arah Tuan Qhairul

"Okey"

Nazmi naik ke tingkat 3 dan seperti yang diagak Qaisara menangis sampai serak suaranya

"Adik?" Panggil Nazmi

Qaisara terkejut dan segera mengelap air matanya. Habis bengkak matanya

"Eh abang? Abang buat apa naik atas sini? Ke kita dah nak gerak?" Soal Qaisara dengan suaranya yang serak

"Dik, abang tak buta lagi tau. Kenapa adik nangis ni? Hmmm? Cerita dekat abang mana tahu abang boleh tolong"

"Eh nak cerita apa? Mana ada adik nangis. Ouh, ni ha adik tersadung tadi dekat bucu tu, ni yang air mata mengalir sakit" Tipu Qaisara

"Adik, it's not funny at all. Jawapan adik tu ialah jawapan yang paaaaling bodoh tahu tak?"

"Okey fine..." Qaisara mengaku kalah akhirnya

Qaisara menceritakan segala-galanya kepada abangnya

"Adik, adik tahu kan Ad tu sensitif orangnya bukan boleh buat main. Tambah lagi adik sebut pasal orang yang dia benci memang kenalah" Ujar Nazmi setelah mendengar cerita adiknya

"Adik tak tahu dia nak marah sampai macam tu sekali"

"Adik, cepat siap abang tahu nak buat macam mana dengan Si Ad tu" Tutur Nazmi

Assalamualaikum! Gud morning🙆Gong Xi Fa Cai❤

Encik Prefect, Ms Perfect✔ [Completed]Where stories live. Discover now