"Kau ingat lagi username aku?" Soal Syafiq
"Username ig kau?"
Syafiq mengangguk perlahan. Sebenarnya agak malu untuk diakuinya, tetapi terpaksa diakuinya kerana kini dia tahu statusnya sebagai seorang suami dan seorang ayah lagipun, dia sudah tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Qaisara
"SyaFiq... kenapa?"
"Sya means Felisya... Fiq means Syafiq. Aku saja gabungkan nama kita, sebab dulu aku... aku ada perasaan dekat kau, sebab tu aku selalu gaduh dengan Ad hanya disebabkan kau. Aku sukakan kau dulu. Aku sengaja tipu yang aku demam waktu tu. Aku nak luangkan banyak masa dengan kau. Aku tak sedar masa tu, aku memang bodoh masa tu" Satu keluhan berat dilepaskan sebelum disambung kembali pengakuannya
"Qai, aku minta maaf dekat kau. Aku dah banyak buat dosa kat kau. Kita still boleh jadi cousin macam dulu kan?"
Qaisara mengangguk laju, lalu tersenyum. Kalau dulu, mesti sekarang ini air matanya boleh ditadah baldi tapi sekarang, setitik pun tidak menitis. Malahan dia gembira mendengar pengakuan itu
"Baguslah kau dah sedar sekarang. Beruntung Kak Ieka dapat kau"
"Lelaki yang dapat kau lagi beruntung"
"Sapelah yang nak dekat aku?"
"Aku Qai"
Mereka berdua berpaling. Air matanya menitis melihat lelaki yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Lelaki yang selama ini Qaisara menunggu panggilannya, mesej daripadanya. Lelaki yang selama ini bermain di kotak fikirannya. Lelaki yang dirinduinya
"Mana kau pergi selama ni?" Soal Qaisara lalu mengesat air matanya
"Kayh, korang boraklah dulu. Aku masuk ea?"
Mereka mengangguk. Syafiq menepuk bahu Adli lalu meninggalkan mereka berdua
"Aku ada je"
"Penipu! Orang call tak angkat pun, mesej tak reply! Ig pun dah tak up kan?"
"Yelah, lepas kau pergi everything changes include of me"
Qaisara menunggu penjelasan daripada Adli
"Budak perempuan yang selekeh. Tak tahu nak urus diri even dia kaya sekali pun. Dia tak hirau kalau aku panggil dia budak hingusan. Dia tak kisah semua tu, dia juga prefect yang perfect kat sekolah dulu. Dia Ms Perfect yang aku rindu. Dia, Ms Perfect yang aku cari selama ni. Dia, Ms Perfect yang aku sayang. Dia, Ms Perfect yang membuatkan aku terjatuh cinta dengan dia"
Air mata Qaisara menitis laju
"Tapi, hati aku dah berubah"
Qaisara terkedu
"Dulu aku akan menganggap dia as crush aku, tapi sekarang aku akan anggap dia as my future wife"
Qaisara kembali menangis
"Ms Perfect, jadi milik Encik Prefect please?"
Air mata Qaisara berhenti seketika sebelum tumpah kembali
"InsyaAllah, I will"
Wajah Adli terus bersinar-sinar mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Qaisara. Cincin yang tadi digenggamnya terus sahaja disarungkan ke jari manis Qaisara
"Thanks, future wife...."
*The End*
Sorry ending dia tak best😔crita ni dh habis😄thanks for readers yg still baca cerita ni walaupun idea tak logik and jalan cerita yg mengarut😂
Thank u again for 1K+ ! I luv you so much readers❤🙆💞😻
Assalamualaikum&bye!😍
YOU ARE READING
Encik Prefect, Ms Perfect✔ [Completed]
Novela JuvenilIa diantara aku atau dia. Battle on tak on? Let's do this. #1 in Persahabatan - 3/9/19 #1 in Malaysia- 4/10/19 #6 in Sekolah- 4/12/19 #1 in Kakinovel- 13/1/20 *****