9 || Trust Issues

13.3K 1.2K 284
                                    

Mata aku terbuka luas. Rangkulan aku di lehernya aku lepaskan dan aku mundur ke belakang beberapa langkah. Pipi aku pegang sebelah kiri, tempat aku dicium tadi.

Dia cium pipi aku.

Byun Baekhyun cium pipi aku.

"A-awak cium pipi saya."

"Ya dan kenapa reaksi kau sampai macam ni sekali?"

"Sebab awak cium saya!"

"Pipi."

"Ya samalah tu! Sepatutnya saya yang cium awak tapi kenapa awak—"

"Bukan ke kau patut berterima kasih kat aku? Bukan senang untuk lelaki cium kau tambah-tambah lagi gay macam aku." Dia tersenyum bangga dan aku mula mempersoalkan tahap mental kepala otaknya sekarang. Dari tadi aku perasan yang dia jadi baik dengan aku dan diingatkan bahawa itu tersangatlah abnormal bagi aku.

"Awak suka saya?"

Matanya menatap mata aku dan aku membalasnya. Oh tidak adalah ini mimpi takkanlah dia dah—

Gelak tawa dia musnahkan kegembiraan aku. Dia berjalan meninggalkan aku dengan langkahnya yang sengaja diperbesarkan bukaannya mengalahkan askar Rusia. Biasanya aku rasa lelaki yang ketawa macam ni comel tapi sekarang aku cuma rasa nak pakukan kepala dia di batang pokok. Dan lagi satu, dia gay. Jadi konklusinya tak. Tak comel.

"Tak pernah sekali pun aku terfikir untuk sukakan kau, Shin. Aku cuma tak nak bercium mulut dengan perempuan dan uhm, ya perempuan tu kau. Aku tak rasa kau tahu cara nak bercium."

"Kalau saya kata saya pernah bercium sebelum ni?"

Dia buat-buat muka terkejut dan sekali lagi tawanya pecah. Aku berani bersumpah kepala dia pula akan pecah kalau dia ketawa lagi sekali.

Baekhyun berhenti ketawa bila melihat muka aku. Tawanya ditahan lalu dia tersenyum penuh makna sambil memandang aku. Aku dapat dia sengaja tundukkan kepalanya sambil berjalan untuk pandang aku. Dan paling ngerinya kali ni aku tak perasan, tapi dia betul-betul pandang aku macam aku ni snek tengah malam. Aku mula fikirkan kemungkinan dia ni adalah kanibal atau ahli sihir yang bakal masak aku dalam kawah besar.

Aku patut berhenti fikir benda yang mengarut.

"Byun Baekhyun,"

"Apa?"

"Ni kali kedua saya cakap, tapi saya betul-betul rasa pelik kalau awak buat semua ni."

"Apa.. Aku buat?"

"Tegur saya, cakap dengan saya, ketawa sebab saya, dan tak lupa juga awak dah cium pipi saya tadi walaupun awak dah bagi alasan cukup-cukup makan. Dan sekarang, awak pandang saya dengan lapar."

"Shin, ayat kau pelik."

"Awak beratus ribu kali ganda lebih pelik."

"Jadi kau nak aku layan kau macam mana? Sekurangnya aku perlukan lakonan yang mantap untuk yakinkan orang lain yang kita ni bercinta. Lagipun aku dah bosan bergaduh dengan kau, kau susah dipujuk dan aku tak suka memujuk. Kau pun satu, berbahaya dan aku tak suka cara kau ugut aku. Aku takkan biarkan kau bongkarkan rahsia aku."

Dan aku terdiam. Sekurangnya dia dah berhenti pandang aku macam tadi. Tu lebih baik. Dalam lebih kurang 2 minit aku dan dia tak cakap apa-apa. Bukannya tak tahu topik apa yang patut dibuka, cuma aku dan dia masing-masing hanyut dalam fikiran sendiri. Mungkin dia juga fikirkan perkara yang sama dengan aku, tentang Chanyeol.

Aku berdehem dan buka mulut. "Baekhyun," Dia tak membalas tapi pandangannya teralih kepada aku. "Awak.. Ada suka siapa-siapa?"

"Kenapa?"

[WARNING] Don't Fall In Love With HimWhere stories live. Discover now