20 || Killjoy

12K 1.2K 1.2K
                                    

(Aku bersyukur sebab dapat readers yang sengal-sengal semuanya. Hahahaha comment korang seriously.. Sakit perut aku gelak. And update hari ini aku tak sure macam mana, sebab aku dah lama tulis haritu so tatau okay ke tak. Have fun btw, I love you guys so much muah muah ♥)

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku benci mendapat perasaan yang berbelah bahagi seperti ini. Jika boleh, aku tidak mahu menduakan Mingyu dengan perasaan aku tetapi lelaki ini sentiasa menganggu fikiran aku, setiap masa. Memang, aku sudah mencuba sedaya upaya untuk melupakannya dengan pelbagai cara termasuklah bercinta dengan Mingyu, menyibukkan diri dengan hal sekolah dan kawan-kawan. Ya, semua itu berjaya buatkan dia tidak bermain di fikiran aku. Tetapi apabila aku berhenti melakukan semua itu, aku akan terfikirkannnya.

Dan hati aku akan pedih.

Aku tidak tahu bagaimana patut aku melupakannya kali ini, lagi-lagi dengan pertemuan ini. Dia kelihatan seperti terlalu membenci aku, tetapi dalam masa yang sama berjaya menganggu hati aku dengan setiap kata-katanya, tenungannya, dan perbuatannya.

Sejak tadi lagi, jantung aku tidak pernah berhenti berdegup dengan pantas sekali. Sejujurnya aku tidak faham— mungkin kerana aku terlalu suci, dengan apa yang dilakukannya sekarang. Dia hanya membenamkan mukanya di leher aku, tetapi aku dapat perasaan aneh dari cara dia menahan pinggang aku dengan sebelah tangannya yang mengenggam kot tuksedonya.

"Baekhyun?" Aku memberanikan diri bersuara. Dan pada saat itu juga, perkara yang aku tidak jangkakan berlaku.

Dia mencium leher aku.

Mata aku membuntang. Tipulah jika aku tidak terkejut. Bibir aku terkumat-kamit menggumam sesuatu tetapi tiada suara yang dihasilkan. Aku kehilangan kata-kata. Badan aku tertolak ke belakang tetapi tangannya segera menahan belakang badan aku.

Apa lelaki ini buat?

Rasa ini.. Aku tidak pernah rasakan sebelum ini. Bukan, aku tidak sukakannya kerana ianya terasa seperti dihina, seolah-olah ini caranya dia melepaskan kemarahan kepada aku.

"B-Baek—" Amat susah sekali untuk aku mengutarkan apa-apa sekarang. Kepala aku berserabut setiap kali merasakan pergerakannya di leher aku. Aku cemas, risau hal seperti ini akan membawa kepada hal lain yang lebih buruk.

Tangan aku bergerak ke bahunya lalu aku menepuknya beberapa kali dengan laju. Apa dia fikir dia sedang lakukan?

"B-Baekhyun saya tak nak.." Lemah sahaja suara aku. Terasa seperti aku dimalukan. Dulu ketika dia meminta putus juga aku berkata hal yang sama. Sebenarnya aku takut, dan aku risau.

[WARNING] Don't Fall In Love With HimWhere stories live. Discover now