35 || This Is Not You

11.7K 944 1.1K
                                    

(Disebabkan ramai yang tak faham chap lepas, meh sini aku explain. Yang unknown no tu bukan baek, tapi mingyu. Shin je anggap tu baek sebab dia bengong kepala masuk air. Haaa lagisatu en sorry tau tak sempat nak reply mesej. Aku reply dalam 100+ haritu pastu tertidur dengan phone kat tangan then esoknya aku busy nak mampus so tak sempat. But sokay ada masa malam ni aku reply huehuehue..)

.

.

.

.

.

.

.

(Warning: Slight ehem. This chap may be risky for you to read but HAHAHAHAHAHAHA ITS NOT A SMUT NO WORRIES I DONT LIKE IT TOO)

.

.

.

.

"B-Baekhyun.."

Itu sahaja yang mampu aku katakan ketika itu. Soalan yang telah diajukan oleh Mingyu tadi terus terpadam dari ingatan aku.

Baekhyun di sana.

Dia betul-betul di sana, memerhatikan aku dan Mingyu sejak tadi.

Hati aku tidak berasa tenang apabila melihat wajah dinginnya ketika ini. Aku malah berasa bersalah sebaik sahaja menyedari bungkusan sekuntum bunga di tangannya, yang sejujurnya tidak boleh dibandingkan dengan jambakan bunga di tangan Mingyu yang mahal. Barangkali dia menyedari itu, jadi disebabkan itu dia menyorokkan bunga itu di belakang badannya secara senyap-senyap.

Tetapi aku mahukan bunga itu.

Aku tidak menyedari bahawa Mingyu telah mendengar kata-kata aku, hanya selepas aku mendengar dia menegur Baekhyun dengan nada yang tidak begitu ramah.

"Well, hello. Bukan saya dah tempah ke tempat ini hari ini?" Soalnya kepada pelayan di belakang kami setelah dia berdiri semula, membetulkan pakaian formal yang dipakainya.

Baekhyun terbatuk kekok, sementara itu matanya meliar-liar melihat tempat ini dengan matanya yang bergetar. Aku menyedari lengannya yang sengaja diletakkan di badannya, mungkin berniat mahu menutup pakaiannya yang juga kasual seperti aku ketika ini.

"A-aku minta maaf.." Seketika jarinya menggaru-garu wajahnya dan lehernya. "Aku.. Tak tahu.. Bukan, a-aku tersalah tempat. Ya, bukan.. Di sini.. Uhm lama tak nampak kau, Mingyu." Dia tersenyum janggal. Badan aku membeku apabila pandangannya teralih kepada aku. "Kau juga, Shin."

Dia tidak dapat bercakap dengan baik.

Ini kali pertama aku melihatnya seperti ini.

Aku memusingkan badan aku menghadap meja semula, tidak sanggup memandangnya buat sekarang. Semakin lama aku melihat dirinya, semakin berat rasa bersalah yang aku terpaksa tanggung. Aku tidak suka setiap kali Baekhyun kelihatan rendah seperti ini, kerana bagi aku dia segalanya. Dia segalanya yang aku perlukan.

Mata dan hidung aku mulai pedih tetapi aku tetap menguatkan diri juga, menahan diri daripada menangis di situ. Aku tidak mahu membuat hal, dan aku juga tidak mahu menghancurkan acara istimewa yang telah disediakan Mingyu ini.

"Fuh, dia itu pelik." Kata Mingyu sebaik sahaja Baekhyun sudah beredar. Aku tidak menjawab, hanya menatap pinggan kosong di atas meja makan itu.

"Soo?" Mingyu menundukkan badannya untuk melihat aku. "Awak okay?"

[WARNING] Don't Fall In Love With HimWhere stories live. Discover now