37 || Never Change

12.2K 921 1.2K
                                    

Aku dapat membayangkan, betapa galaknya rama-rama di dalam perut aku berkepak. Setiap kali wajah Baekhyun muncul di benak fikiran aku, bibir aku menguntumkan senyuman yang tidak tertahan, serta dada aku yang tiba-tiba sahaja menjadi sesak. Rasanya bagaikan bukan aku yang mengawal semua ini, tetapi perasaan itu sendiri yang menganggu proses biologi di dalam tubuh badan aku. Dan semua itu ada hubung kaitnya dengan Baekhyun.

Selama aku bertemu dengan Baekhyun, baru hari ini aku menyedari betapa aku mencintainya. Bahkan semasa aku di sekolah tinggi perasaan aku tidak begini. Dahulunya aku memerlukan dia, atas banyak perkara dan aku fikir pasti aku masih lagi keliru tentang perasaan aku ketika itu. Tidak ada perkataan cinta, hanya perasaan suka. Aku malah tidak pernah terfikir aku akan sebegini obses dengannya sehingga kami boleh berakhir di atas katil bersama-sama, melakukan aktiviti yang bagi aku amat gila. Tambahan lagi aku dan dia masih belum mempunyai apa-apa ikatan yang sah.

Namun entah ada apa yang merasuk aku ketika itu, kerana aku benar-benar merasakan bahawa aku memerlukannya, tetapi dari segi yang lain. Aku sangat menyukai sisi Baekhyun yang lembut, sering tersenyum kepada aku seolah-olah aku ini merupakan adiknya tetapi sejujurnya aku tidak boleh menipu bahawa sisinya yang lagi satu itu amat menarik perhatian aku. Di mana dia melayan aku sepertimana dia sepatutnya melayan wanita, pandangan matanya yang tersimpan beribu makna, dan sentuhannya yang mampu memberikan kehangatan yang luar biasa kepada seluruh badan aku disertai dengan kehadiran sensasi yang amat menakjubkan.

Adakah ini yang dinamakan fasa kedewasaan? Kerana aku tidak sabar untuk menanti fasa yang seterusnya.

Pagi aku tidak pernah seindah pagi ini. Memandangkan aku terlalu gembira.

Dan aku juga terlalu lelah.

Meskipun badan aku berasa sakit sehingga amat tidak selesa sekali apabila aku mahu tidur di posisi asal di atas katil, namun aku tidak menyesalinya. Aku dapat mengagak betapa banyaknya tanda yang telah ditinggalkan Baekhyun, dan aku berbangga dengannya kerana itu menunjukkan bahawa aku miliknya. Hanya dia yang pernah menyentuh aku sebegitu, dan hanya dia yang boleh memberikan aku perasaan sebegini.

Mata aku terbuka separuh, hanya untuk melihat sesuatu yang aneh di hadapan wajah aku. Barangkali aku masih lagi mamai, jadi disebabkan itu otak aku mengambil masa yang lama untuk memproses apa-apa sahaja yang menghalang pandangan aku sekarang ini.

Oh, itu adalah telefon aku.

"Baby girl.." Suara Baekhyun kedengaran juga akhirnya. "Good morning."

Aku menahan senyum apabila melihat jarinya menyelingkari telefon aku tadi. "Apa awak buat?"

"Kau nampak begitu cantik ketika tidur. Sayang kalau aku tak hargainya."

Sekali lagi aku mengambil masa yang lama untuk menghadam ayatnya. "Awak rakam saya?"

"Iya."

"Janganlah, saya tak pakai baj-" Tangan aku bergerak, mencuba untuk merampas kembali telefon aku tetapi cubaan aku gagal apabila tangannya terlebih dahulu sudah menggenggam kemas pergelangan tangan aku.

"Bukannya aku mahu bagi sesiapa tengok. Lagipun kau cantik, Shin. Aku maksudkannya."

Aku tersenyum juga akhirnya sementara dia tersengih lebar, memaparkan giginya yang tersusun cantik. Selimut aku tarik dengan perlahan sehingga ianya menutupi seluruh badan aku. Bukannya aku langsung tidak berpakaian, sudah tentulah tidak memandangkan ada pakaian dalam yang masih lagi tersarung di badan aku.

Buat seketika aku hanya merenung kamera itu dengan senyap, dan dia juga tidak kelihatan seperti mahu bersembang. Aku tertanya-tanya apa yang sedang bermain di fikirannya kerana dia terlalu senyap. Dari sini jelas dapat aku lihat, senyumannya telah pudar. Matanya benar-benar tertumpu pada skrin telefon yang memaparkan aku di situ.

[WARNING] Don't Fall In Love With HimWhere stories live. Discover now