26 || Real Man

11.8K 1.1K 1.5K
                                    

(Happy 100k+ reads gais :") tersentuh ai hohoho btw jangan terkejut dengan cover baru fic ini. Saya tukar and thanks sesapa yang puji tu awww hahahaha malulah titee >< okay pahal aku gedik sangat ni. Tetiba formal hahahaha aku rasa reader book ini banyak yang talkactive sebab komen semua merapu dan diingatkan bahawa merapu itu bagus. Dan oh ya, aku dah ready untuk dikecam kbye sayang hang ♥)

.

.

.

.

.

.

.

Bunyi air yang berkocak-kocak bergema di telinga aku. Dan secara tidak langsung, membuatkan aku terjaga dari lena. Tangan aku meraup wajah aku sambil aku menguap perlahan.

Tirai mata aku terbuka, memaparkan pemandangan yang serba putih. Buat seketika aku berkhayal memerhatikannya. Katil aku tidak pernah seselesa ini jadinya badan aku amat susah untuk digerakkan.

Aku selesa begini.

Bersenang-senangan, di atas katil.

Bilik ak-

Ini bukan bilik aku.

Mata aku terbuka luas. Secara pantas, langsung aku berdiri dari pembaringan lalu melihat sekeliling aku. Apabila diingatkan semula, aku tidak pernah balik ke rumah selepas menghadiri kelab itu semalam. Dan aku juga ke sana dengan menumpang kereta kawan-kawan di Universiti aku jadi tidak mungkinlah aku balik sendiri ke sini.

Selimut yang menutupi bahu aku terselak lalu jatuh ke riba aku. Sekali lagi aku dikejutkan dengan pemakaian aku. Hanya singlet hitam aku yang masih tersarung di badan. Tangan aku segera menutupi bahagian dada aku sementara ianya berdebar-debar hebat. Mata aku teralih pula kepada jaket denim seseorang yang ada di lantai bersebelahan dengan katil ini. Jelas sekali itu adalah kepunyaan lelaki.

Ya Tuhan..

Apa yang telah aku lakukan?

Aku menelan liur apabila mendengar bunyi daripada bilik air di sini. Pejam celik, pejam celik, barulah aku menyedari bahawa ini adalah bilik Baekhyun. Ingatan aku melayarkan semula apa perkara terakhir yang aku sempat alami semalam. Ciuman bersamanya, dan.. Aku pengsan.

Oh tahi.

Aku benar-benar berasa tidak sedap hati dengan perkara ini.

Aku menarik selimut di riba aku ke bahu aku sambil mencerlung pintu bilik air itu tajam. Seseorang yang penuh dengan ketahian sedang bermandi manda di dalamnya dengan begitu galak sekali. Aku akan pastikan, sebaik sahaja lelaki tahi itu melangkahkan kakinya ke luar, wajahnya akan ditampar kuat dengan telapak tangan ini.

[WARNING] Don't Fall In Love With HimWhere stories live. Discover now