32 || This Kind Of Relationship

11.6K 1K 1.4K
                                    

(Selamat hari raya keenam! 😁)

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku mengelus lembut rambut Baekhyun yang sedang berbaring di atas riba aku. Dia sudah tertidur selepas aku menenangkannya beberapa jam yang lepas. Entah mengapa aku tidak boleh tidur, mengenangkan apa sahaja yang telah berlaku. Dan apa sahaja yang aku baru sahaja aku tahu.

Mata aku teralih pula kepada ruangan di biliknya ini. Rasanya begitu selesa dapat kembali ke rumah ini, rumah sewa aku dahulu. Amber pasti sudah tidur kerana aku tidak mendengar suaranya. Biasanya dia akan melakukan regangan dahulu sebelum tidur tetapi aku datang ke rumah ini disambut dengan kesunyian. Ditambah lagi dengan rasa hiba yang aku peroleh daripada Baekhyun.

Ini kali pertama aku melihat Baekhyun dalam keadaan sebegini. Aku pernah melihat dia mengalirkan air mata, tetapi dia tidak menangis. Tetapi kali ini dia teresak-esak, dan badannya terlalu lemah. Aku tidak tahu sama ada aku patut cemburu atau sedih kerana Suzy yang menyebabkan dia menjadi tidak bermaya seperti ini. Sekarang aku sedar, bahawa Suzy seseorang yang amat penting dalam hidupnya. Tipulah jika aku kata aku tidak merasakan apa-apa, sudah pastilah aku berasa.. Agak cemburu. Namun apabila difikirkan semula, tidak guna juga aku cemburu akan seseorang yang sudah tidak ada.

Mata aku tertancap pada Baekhyun semula. Beberapa jam yang lepas aku mendengar tangisannya tetapi sekarang hanya bunyi kipas siling yang kedengaran. Dia menangis di sisi aku, dan aku menjadi orang yang harus menenangkannya. Baru aku tahu bahawa dia seorang yang susah untuk ditenangkan sehingga aku terpaksa memeluknya. Dia menjadi sangat manja ketika dia menangis, seakan kanak-kanak. Sehingga dia meminta izin untuk tidur di atas riba aku, malah meminta aku supaya tidak pergi meninggalkannya selagi dia tidak terlena. Namun aku di sini, masih tidak pulang atas sebab yang tidak pasti.

Aku gembira dapat menjadi seseorang yang penting buatnya sekarang, sungguh. Aku cuma risau sekiranya aku melakukan ini dengan tidak ikhlas. Aku tidak mahu menjadi seseorang yang mengambil kesempatan dalam kesempitannya, tetapi hati aku kuat mengatakan bahawa itu yang dilakukan aku sekarang. Mengapa perasaan aku ini terlalu sukar untuk difahami?

Namun aku tidak tipu apabila aku mengatakan yang aku sedih atas kepergian Suzy. Walau apa-apa pun yang terjadi, walau sekejam mana pun perempuan itu, dia tetap kawan aku dahulu. Dan aku membesar dengannya. Jadi mendengarkan berita bahawa dia telah pergi itu sememangnya sesuatu yang aku tidak boleh terima. Walhal aku baru sahaja bertemu dengannya beberapa minggu yang lepas. Aku pernah mendoakan dia supaya mati, tetapi aku tidak sangka bahawa aku yang akan menanggung kesedihan.

Jari aku menyentuh kelopak mata Baekhyun sambil aku tersenyum hambar. Alangkah bagusnya jika aku dapat membuatkan dia menangis seperti tadi kerana aku, barulah aku tahu bahawa aku penting di matanya. Aku seharusnya menerima hakikat bahawa aku tidak boleh dibandingkan dengan Suzy. Perempuan itu begitu bermakna di matanya atas sebab yang aku tidak tahu.

"Saya minta maaf.. Sebab saya cemburu." Bisik aku perlahan di telinganya. Tangan aku menggosok perlahan rambutnya.

Tanpa aku sangka, kelopak matanya dibuka separuh dan tangannya mengenggam tangan aku di rambutnya. Itu menandakan bahawa dia telah mendengar apa yang aku katakan tadi. Aku menjadi segan apabila dia bangun dari pembaringannya lalu dia menyandarkan kepalanya di bahu aku pula. Tangannya menggenggam erat tangan aku.

[WARNING] Don't Fall In Love With HimWhere stories live. Discover now