31 || I'm Sorry

14.3K 1.1K 1.4K
                                    

Dia.. Baru sahaja meluahkan perasaannya?

Mata aku terbuka luas, memandangnya dengan tidak percaya. Walaupun bukan ucapan cinta yang diucapkannya, aku tetap terkejut. Setidaknya selama ini dia mempunyai perasaan suka terhadap aku. Mata aku terkebil-kebil apabila jarinya menyentuh dagu aku.

"Shin?" Ekspresi wajahnya yang serius tadi bertukar kepada risau. Aku tidak tahu mengapa aku berasa begini sekarang, dan aku tidak dapat meluahkan apa yang dirasakan aku sekarang.

Aku mengalihkan wajah aku sehingga sentuhannya tidak lagi terasa di wajah aku. Jika dia menyentuh wajah aku berlama-lamaan, pasti dia dapat merasakan bahang di pipi aku. Padahal kami berada di pantai dan cuaca pula amatlah dingin. Rasa terperanjat aku masih lagi tidak hilang sehingga aku langsung tidak sedar sejak bila badan aku menggeletar. Entah mengapa kaki aku menjadi longlai, sehingga aku rebah dengan cara yang aneh. Mujur aku sempat melabuhkan punggung aku di bawah. Air pantai itu sampai ke paras dada aku tetapi buat masa sekarang aku tidak kesah.

Aku tidak takut lagi.

Aku cuma malu.

Mengapa aku harus jatuh di hadapannya?

Dia juga duduk seperti aku lalu memeluk lututnya. Kepalanya direhatkan pada lengannya. Walaupun dalam keadaan wajahnya yang comel begitu, otak aku tetap memproses dengan tidak lancar sehingga dia kelihatan begitu menggoda di mata aku.

"Kau tak suka aku, ya?"

Aku menggigit bawah bibir, tidak mampu walau hanya untuk berkata satu patah perkataan. Jika keluar pun, pasti ianya akan keluar dari mulut aku secara tidak teratur. Tidak mahu kelihatan seperti perempuan gagap, aku hanya mengetap bibir aku.

Dia tersenyum nipis. "Tak apalah, kalau kau tak nak cakap tentang hal ini, aku takkan." Tangan kanannya menyentuh air. "Lagipun aku ajak kau bermain air, bukannya luahkan perasaan."

Setelah itu dia tidak banyak suara lantas berdiri semula. Hanya pergerakannya serta bunyi air yang dipukul-pukul sahaja yang kedengaran. Dia membasahkan rambutnya dan badannya menggigil perlahan. Sempat pula dia ketawa kecil. "Sejuk pula."

Aku mengambil masa itu untuk mengamati lelaki ini. Dia telah melukakan aku, mengecewakan aku, malah lelaki sudahpun mendaratkan tangannya di pipi aku tetapi semua kesalahannya sudah hilang dari ingatan aku sekarang. Aku hanya keliru sama ada perasaan aku terhadapnya masih kuat seperti dahulu ataupun tidak. Jika diri aku ini merupakan Sookyung 3 tahun yang lepas, pasti aku akan segera membalas luahan hatinya lalu menjalankan hubungan semula dengannya tetapi sekarang aku malah bingung. Aku dalam dilema.

"Sejak bila.. Awak sukakan saya?"

Dia berpaling ke arah aku lalu mengangkat bahunya. "Entah. Aku cuma mula rasa kehilangan kau sejak kau pergi, dan aku tak suka tengok kau dengan lelaki lain. Itu maksudnya aku suka, kan?"

"Oh." Aku menundukkan kepala.

"Itu jawapan kau?"

"Saya tak tahu apa patut saya balas sekarang."

"Aku takkan minta kau untuk jadi teman wanita aku, jangan risau. Cuma aku tak tahu.. Macam mana untuk anggap kau sebagai kawan aku kalau aku ada perasaan ini."

"Saya akan buat-buat macam awak tak pernah luahkan perasaan awak."

"Itu kejam, Shin." Dia mencebik. "Kau pasti kau tak ada perasaan terhadap aku?"

"Kalau ada pun, apa yang akan berubah?"

"Maksudnya aku tak bertepuk sebelah tangan."

"Dan?"

[WARNING] Don't Fall In Love With HimWhere stories live. Discover now