Hujan.
Lebatnya menderu di angkasa.. Langit juga kian gelap, ditemani angin yang mula menampar pipi remajanya. Dia berlari, menuju ke bumbung yang hanya beberapa langkah lagi. Aduhhh...basah lencunlah dia kali ini. Sudah dipesan tadi, tapi dia degil. Kalau dia bawa bersama dengannya sekaki payung, pasti panjang saja langkahnya. Basikalnya pula, waktu beginilah mahu putus rantai. Haishhhh...tapi kalau tak kerana dia yang mahu makan cekodok pisang, taklah dia yang kena ke kedai. Nasib baik tepung gandum dan telur yang dibelinya kalis air, selamat dalam plastik yang dijinjingnya. Huh, kalau tak makan pisang masak sajalah. Dia memeluk tubuhnya. Lencun. Basah lencun dia. Mungkin masih belum jam tujuh, tapi hujan dan kilat meneduhkan cuaca. Kian gelap. Bunyi motorsikal masuk ke laman rumah tinggal itu buat hatinya berdebar. Sekilas kilat melintas di ruang angkasa buat dia kian gentar.
Zarra peluk lutut. Matanya bulat memandang sesusuk tubuh. Siapa tu? Dia telan liur, kecilkan tubuh. Bila kelibat itu memanjat tangga dan duduk di anak tangga yang kedua, dia sekali lagi telan liur. Dalam kilat yang sesekali yang memancar, dia nampak wajah itu. Oh...sepupu kak Husna, ustazah di sekolahnya. Hisham kan, anak orang kaya kampung sebelah. Inilah jejaka yang selalu disebut-sebut Tuty dan kawan-kawan sekelasnya yang lain. Nampak dari sisi memang hensem. Dia palingkan muka, tarik nafas dalam-dalam. Bila dia kembali menoleh, matanya bulat memandang Hisham yang memandangnya tajam. Lelaki itu tiba-tiba bergerak mendekatinya. Hati remaja diselubung risau. Kali ini jejaka itu bangun, menguak rambut yang terjurai di dahi sambil bergerak kian hampir dengannya. Hatinya kian melompat ketakutan. Apa mahunya?
Ya Allah...ya Allah...
Dia buka mata, perlahan-lahan.
"Abang Sham minta maaf, maafkan abang..."
Lelaki itu merayu, berlutut dihadapannya.
Zarra mengongoi. Ya Allah, kenapa aku? Dia mengesat bibirnya yang sedikit berdarah. Pakaiannya disarung kembali dengan perlahan. Tubuhnya serasa luruh dari tulang dan lemah. Dia menangis lagi. Hujan masih lebat, guruh kian sabung-menyabung tanpa sedar ada insan yang menderita kerananya.
"Abang Sham minta maaf, I'm really sorry...ya Allah...ampunkan abang..."
Kali ini lelaki itu merayu, pandang tepat pada matanya yang masih merembes airmata.
"Pergi! Pergi!!!" Dia menjerit sehabis daya. Menggeletar jemarinya namun dia tidak mampu mengangkatnya. Dia mengongoi.
Hisham terpana. Ya Allah...apa yang sudah dia lakukan? Dia pandang Zarra yang kian hebat tangisnya. Apa yang dah kau buat, Hisham Adli, apa yang dah kau lakukan ni? Dia ketuk dahi berkali-kali. Tak sanggup dia memandang Zarra yang masih lagi teresak.
Zarra.
Dia tahu. Dia kenal siapa Zarra. Dia selalu pandang gadis itu sewaktu pulang dari sekolah. Cuti semesternya yang pertama, dia banyak ke kampung ini untuk bermain futsal. Sesekali dia menjeling apabila gadis ini mula menampakkan bayang. Ke kedai mahupun ke bengkel batik milik bapa saudaranya. Hati mudanya terpaut dengan kelembutan dara sunti itu. Namun, apa yang dia dah perlakukan pada Zarra sebentar tadi bukan niatnya. Dia digoda nafsu. Allah...ya Allah, dia tewas pada bisikan nafsu. Macam mana ni?
"Pergi! Aku bunuh kau! Pergi!!!"
Hisham berteleku, menyarung t-shirtnya lalu meredah hujan bersama EX-5 milik abangnya. Sekilas dia memandang, mengutuk diri yang hilang pertimbangan.
Dia tekup mulut. Segala barang yang dibelinya diletak pada meja didapur. Dia masuk ke bilik, mengunci diri dan menangis dibantal dalam diam. Ya Allah, apa salah aku? Kenapa aku? Nafasnya turun naik, menahan gegar dalam dada. Pintu biliknya diketuk beberapa kali.
"Zarra? Zarra tak apa-apa?"
Dia kesat mata, telan liur.
"Zarra okay, mak. Nak salin baju, basah. Zarra nak mandi kejap, nanti Zarra keluar."
"Okay. Mak buat jemput-jemput dulu ya. Nanti sudah mandi, kita makan sama-sama."
"Okay."
Bunyi derap kaki dari lantai kayu itu buat dia menangis lagi. Mak, andainya kau tahu.

YOU ARE READING
SERIBU RINDU
RomanceZarra. Nampak saja suka ketawa, gila-gila. Hatinya? Menangis dan menderita. Sepuluh tahun lalu, Zarra lalui satu kepedihan hidup dek kerana lelaki yang bernama Hisham. Dia benci Hisham. Benci sebenci-bencinya! Dewasa, dia mengerti bagaimana mahu mel...